Kata orang, dengar perkataan bonus memang best. Realitinya? MEMANG BEST WEH! ^^ best sebab dengan bonus tu lah, ada yang dapat beli barang yang sebelum ni tak boleh nak beli. Dengan bonus jugak la, ada yang pergi bercuti merata-rata. Dan kali ni, kena dengan bulan puasa, perkataan bonus tu lagi best bila dapat time dekat nak raya ni. At least, ada yang boleh belanja guna bonus raya tu. Plus voucher raya? Haha. Sesiapa yang bertuah mesti dapat jugak voucher raya kan? Kurang-kurang RM500 pun dah best! Erk? ke ada yang lagi banyak dari tu? Pergh. Kaya! Siapa yang tak nak kalau dapat bonus raya plus voucher lagi tu. Anyway, sesiapa yang kerja dengan government, mesti dah dapat duit bonus raya kan semalam dan hari ni? Sekali dengan mak, ayah, tok dan nenek kalau dulu dorang pun pernah kerja dengan government sampai retire. Best! Best! Saya? Saya bukan government servant, ^^.
Pada yang bujang, kalau dapat bonus raya, kalau rasa dah tak ada apa-apa nak dibeli better korang simpan duit tu. Tapi, kalau bujang pun, kalau rasa nak bagi duit raya dekat mak ayah sekali pun best jugak kan. Bukan selalu bagi duit raya lebih dari biasa dekat mak dan ayah. Pada yang dah berkeluarga mesti dah tak kisah sangat pasal bonus untuk diri sendiri kan. Mesti nak guna duit tu untuk bini, anak-anak kan? Bagus-bagus. Moga bonus tu membantu sedikit dalam persiapan mahu raya ni. Dan berjimat-cermat jangan lupa. Pada yang tak dapat bonus raya, jangan lah sedih. Mesti ada bonus hujung tahun untuk korang. Allah kan Maha Adil. Tak dapat ikut sini, mesti esok lusa rezeki datang ikut lain. saya dah belanja voucher raya. Yeayy! Advan bonus pun dah dapat. Yeayy lagi. Selamat berpuasa!
p/s: rasa nak post dulu satu entry, baru nak kenalkan diri. aci aje lah eh :P
1 comment:
sa baru dpt bonus dari bos eyh? hehehe..
Post a Comment