Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Esok insyaAllah semua akan menyambut hari kebesaran dan kemenangan. Aidilfitri. 1Syawal.
Ini entri saya yang ke tiga. Enteri pengenalan saya cerita tentang blog Saat Kau Sentuh Hatiku, seterusnya berkongsi tips keselamatan rumah yang kita tinggalkan semasa balik kampung pada musim perayaan ini.
Bila musim raya, mesti ada hidangan yang lebih istimewa berbanding biasa. Ada ketupat, lemang, rendang, lontong, nasi impit. Itu yang biasa kita dengar. Pernah tahu tentang hidangan Hari Raya dengan ketupat pisang?
Biasanya kita dihidangkan dengan ketupat pulut atau ketupat nasi sahaja. Namun, di Kelantan, sejenis ketupat lagi yang popular adalah ketupat pisang. Ketupat pisang adalah ketupat pulut yang dibungkus dalam daun pisang. Di bahagian dalam ketupat itu pula di isi dengan pisang. Itulah keistimewaannya. Lain kan? Mungkin ramai yang tak pernah dengar tentang ketupat pisang ini. Tengok pun tak pernah, apalagi merasa kesedapannya.
Ada yang beranggapan, orang malas sahaja yang buat ketupat ini, sebab nampak ringkas, senang dibuat dan mudah siapkannya berbanding ketupat daun palas. Namun, ketupat pisang orang malas itu sebenarnya hanya dibungkus dengan daun pisang semata-mata tanpa diisi dengan buah pisang sebagai inti. Bila ada inti dengan buah pisang, rasanya juga dah jadi lain berbanding ketupat daun pisang orang yang malas itu.
Nak tahu rupanya? Saya pernah tulis tentang ini dalam satu entri berjudul Ketupat Pisang Untuk Raya. Siap dengan cara menyediakannya. Bonda tercinta yang jadi model tu...selamat mencuba.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin untuk semua di 100penulis.

21 comments:
wah 1st tyme dengar pasal ketupat pisang nie. dulu roomate org klate tapi x penah plk dia cerita pasal ketupat pisang nie..
lau dpt rasa best kan?
anyss meh la pos sket
:)
btw selamat hari raya!
nak makan ketupat pisang untuk raya!!
hehe.selamat hari raya anyss!=D
anyss buatkanlah sampel kat kitorang (hantar guna pos laju).. hehe
takpe kalau saya teringin sy amek ketupat dan pisang, makan serentak :D
first tym dgr gak..
huhu tp cam sedap sbb ada pisang
Ketupat pisang? Rasanya pernah dengar member cerita pasal ni. Tapi belum pernah rasa ;)
Selamat Hari Raya..
tak pernah dengar walaupun ada kawan rapat dari kelantan. maybe kg dia lain kot. saya pilih ketupat nasi. makan ngan rendang. hehe.
selamat hari raya!
ketupat pisang cam sedap jer...
apsal aku bile dengar ni kepala asik teringat kat lepat pisang lak ni? tapi aku termasuk la dlm golongan yg tak penah dengar ketupat itu.
sedap ke?
anyss! cikda juga mahu cuba, hailaaa, tergugat pulak niat nak diet nih..hehe, selamat hari raya yer anyss =)
Go cikda! Go diet! =D
owh..sedap ke ketupat pisang? heehe
mak sy suka wat ketupat pulut balut ngn daun pisang..tpi xde la plak letak pisang lam tu..hehe
^_^
first time dengar. dah tgok dah dekat blog anyss. n bleh bayang kot camana rasa dia. peh melelehh haha. nsb baik juga ramadhan dah hbs hehe.
Cik Jannah: Raya lepas Mek buat ketupat pisang ni...yummy! hadap sampai tak ingat!
Jommmm la raya di kelantan ;)
Koshary: Sila datang ke kelantan, tahun ni mek buat ketupat pisang ni, tapi...dah abisssss. Makan tak ingat doniaaaa hu hu hu Slamat raya :D
100Penulis: Tak sempat sampai kot...abisss kena bedal dek abang posmen :D
Ok gak makan ketupat dan pisang macam tu...jangan lupa goncang perut nanti ya, bagi sebati la la la
yui92: untuk ku...lebih sedap dari ketupat pulut atau nasi. Ikut taste masing2lah kan...jarang orang buat ketupat ni, payah skit nak rasa.
Aura Fiza: Paling kurang pernah dengar. nanti mintak kawan tolong masakkan ya...
nur.sa: semua ketupat saya sebat ;)
Malek: memang sedap!
Kusut: Sedap! Lagi sedap dari lepat pisang :D
Aida: esok2 je diet
koshary: hu hu hu
Nurul Zaty: cara buat dia sama je...bezanya letak pisang kat dalam. Tapi bukan semua jenis pisang boleh letak. Pisang awak baru sedap. Kalau pisang tu tak berapa masak (hanya kekuningan kulitnya) kurang sedap. Betul-betul masak baru sedap.
Fina Sophie: Itu baru tengok gambar...rasa dia macam ketupat pulut yang biasa tu, cuma tambah manis sikit lagi sebab rasa pisang tu...
Nizam: Salam Aidilfitri. Boleh juga kalau nak promosi kat tv3 hu hu hu ...untuk raya tahun depanlah ya ;)
Post a Comment