Saturday, September 4

taaruf di tengahari

perghh.. dah ramai yang kenalkan diri. meh la saya pun kenalkan diri jugak. sesi taaruf eh? okes...^^ kenalkan diri dengan nama nur.sa. actually, tu singkatan dari nama penuh. kawan-kawan tak gunakan nama tu pun. tapi saya suka guna nama tu di blog. kalau dalam blog saya, saya biasa gunakan perkataan saya. berasal dari kuala terengganu, tapi sekarang bekerja di kemaman kat sebuah state company. kalau tanya weekend, saya buat apa, kebanyakannya tiap 2 minggu mesti saya cabut balik ke kampung, macam laa ni la. dok menaip kat rumah sambil adik-adik keliling pinggang. eceh. tak, saya tipu. sekarang adik kat rumah saya ada tiga je. :P


saya mula berblog di friendster sekitar tahun 2008 if im not mistaken. dan lepas tu mula rajin menulis. bukan pasal orang lain. cuma pasal diri sendiri. politik? korang tak yah cari dalam blog saya. tak ada pasal politik. haha, kebanyakannya memang berkisar hal saya aje. bosan? hahaaha. try le jenguk sana. saya mula rasa berblog itu tu best bila saya rajin blogwalking ke blog orang. waktu blog seseorang tu siap boleh buat saya senyum sendiri, gelak-gelak depan pc macam orang gila, okes itu saya suka! actually, satu cara untuk saya release tension. 

100 penulis?saya antara orang terawal juga memberi email pada admin dengan muka tak malu sebab orang yang offer untuk join 100penulis. itu pun selepas terbaca entry di blog fina. :P takde niat lain melainkan rasa blog 100penulis adalah satu platform untuk saya kenal lagi ramai blogger, since saya pun perasan kebanyakan blogger di sini pun masih baru macam saya. eh kalau berblog 3-4 tahun masih baru la kan? ehehehe.

dan saya rasa, melalui blog 100penulis, kita boleh sharing something yang harapnya bagus untuk saya, bagus juga untuk awak. atau bagus untuk awak mesti juga bagus untuk saya. huhu. merepek. tapi itulah. saya harapnya begitulah dengan blog 100penulis ni. :) 

saya dah start perasan saya ni macam penulis novel bila mata terjatuh ke perkataan 100penulis. hahaha. kan? kan? ok. maafkan saya. melalut lagi. 

kata admin, dia ada banyak plan untuk blog 100penulis. saya harap semuanya akan berjalan lancar untuk admin dan juga semua blogger yang menyokong. termasuk saya. saya sokong 100penulis! huh, semangat ni. walaupun masih berpuasa. ngeeeeee~

mahu stop dah. kalau anda rajin, saya jemput anda ke blog saya di sini. ini cuma sesi taaruf yang pendek. mungkin lain kali boleh muncul lagi dengan entry yang lain. okes. mahu memikirkan menu berbuka. :)

salam kenal buat semua blogger dan pada yang dah kenal, selamat berpuasa di bulan ramadhan mubarak. 


8 comments:

Zahra said...

Salam Sakinna! Hye!
Salam kenalyer :)

Cik Jannah said...

salam perkenalan sakinna
:)

Khairul27 said...

hye....salam berkenalan...

Mr. Asada said...

salam kenal nur.sa :)

link yg kamOo letak tu tersilap la. nti betulkan la ea.. =P

Azrul Hisham said...

salam perkenalan :)

nur.sa said...

terima kasih dan salam kenal semua..

asada, ok ok. sy dah tukar. thanks.

myraVea said...

salam kenal dari myravea *winkwink

Fina Sophie said...

heheh.. hai! :P
dah sedia kenal hehe.