Aku cukup hairan. Ini adalah paling hairan dalam mana-mana hairan yang aku pernah hairan. Bila makwe dah pasang niat nak turun naik banggunan 2-3 tingkat untuk beli itu dan ini, sikit pun dia tak pernah nak mengadu penat atau sakit kaki. Gila ba kan?
Aku tak tahu stamina apa dia pakai. Cukup konsisten. Aku pernah juga nak maintain stamina macam itu,tapi gagal la bai. Memang makwe-makwe born to be a shopper .Kau kena ikut mana-mana makwa beli-belah satu kali. Tengok jauh mana kuat tenaga kau. Lepas itu baru lah kau boleh agak yang kau ni bukan hebat mana pun.
Gila apa, kalau setakat naik tingkat 3 lepas itu, "eh? macam syok nak turun tingkat bawah lah! yay!" dan lepas itu tiba-tiba mencanak pula naik tinggkat 4 itu belum kira terer lagi. Yang lagi terer bila dah setat sarung kasut. Satu kedai ada 4-3 kasut dia terai. Satu kasut bila pakai campur belek-belek harga sama belek depan cermin, ada dalam 5 minit. Dah jadi 20 minit dalam satu kedai. Cuba pulak tokey banggunan tu suka akan kedai kasut jadi suka letak banyak kedai kasut. Kan meriah becak dekat ketiak kau tu.....berbunga. Baru kasut...cuba ajak tengok-tengok baju, Aku rasa kau dah boleh lepak makan mekdi dulu tepi mana.
Tapi bila kau nak duduk sahaja luar kedai sambil silang kaki, malas nak ikut makwe masuk satu kedai ke satu kedai...kau akan nampak muncung makwe tu cukup tajam. Nanti dia buat-buat tak ada mood nak beli belah. Nanti dia kata dia nak sangat sebenarnya benda itu tapi sebab malas layan, dia tak jadi beli. Lepas itu kau jangan tanya lah kenapa kau makan nasi rasa makan pasir.
Aku macam dapat rumusan. Tenaga dan kuderat dalam badan ini macam minyak kereta juga. Bila kita bawak kereta lepas itu jalan raya macam haram banyak bumper, contoh dalam UTM. Memang kau bawak sikit-sikit kena break, sikit-sikit kena slow. Kereta viva yang jimat minyak pun nampak telan minyak macam air. Cuba bawa kereta untuk long distance, kan sambil bawak kau ukir senyuman sebab bar minyak degil sangat nak turun-turun. Jadinya, macam itu juga manusia, kejap kedai itu berhenti, jalan sikit nampak beg tangan berhenti, laju sikit jalan tapi tiba-tiba nampak SALE! pun berhenti....bengkok bai.
Jadi patut bila kau rasa nak ikut mana-mana makwe beli belah, kau dah boleh siap-siap jogging 2-3 pusing dalam taman dulu atau tekan tubi banyak mana yang patut supaya bagi diri kau steady.

22 comments:
Salam,
Hu hu hu sila! sila! sila tingkatkan stamina anda terutama setiap kali datangnya musim jualan hebat ;)
Agreed. Gua rasa juara iron man pon tak boleh buat macam diorang buat.
Pure energy comes from pure passion.
hahaha.. betul2.. lps ni para lelaki silalah berstamina tinggi ya.. nk jd tkg angkat brg.. agagaga
ngee!! kalau mcm tu laki2 kena g gym dulu b4 teman aweks shoping! haha ade kekuatan sikit, baru machoo
hahahaha kelakar gileeeeeeeeee~
hahaahha..
sama kes dengan lelaki jgk kalau datang gian nak merokok, tp time tu rokok takde. semua halangan sanggup tempuh utk dptkan sebatang rokok. betol tak?
:) lelaki dan pompuan sama2 hebat bila tiba bab yg dia suka.
hahahaha.. persediaan untuk si lelaki nak temankan wanita bershopping.. kena jogging dlu!
kiranya nak bershopping sabtu minggu depan, start isnin ni dah berjogging. nak maintain stamina bukan senang bai.. mau makan masa jugak tu..
mengalahkan atlet sukan komanwel! =P
yang peliknya kan, ingatkan makin tua makin tak larat. cuba ko keluar teman mak ko pergi shopping. tak larat dah wei~ nak menangis aku dan abah aku dibuatnya.
entry tak boleh blah!kelakar tapi benar!hehehehehhe
tapi lagi tabik spring kat perempuan yang boleh shopping pakai heels 5inci tu hah!fuh~~!terer betol!
baru tau brtapa kuat semangat kental ny kitorg! haRharhaR!
hehehe..
tergelak lah baca entry..
:D
well.. huhu.. baru nampak fakta ni?
yang bawa 3- 4 kilo dekat 5 bulan tu hape?..haha
super girl.. super women.. yang super strong di mana-mana!
kami mmg makhluk seksi paling hebat. dr segi emosi dan kemahuan, kami lebih hebat dari para lelaki sekalian. even tak cukup kuat dari segi kudrat pun.. :P
dah kawen nti rasalah n lihatlah pengorbanan the-woman-of-ur-life nti ;)
haha memang guys nampaknye kene pick up hobi baru la. shopping! jadik rival hehehe
oh yeah! aku suka entri ni! tp mmg tak tahan shopping ngan pompuan ni.. kita tak ikut kang takot ilang kena culik plak.. sape nak jawab.. kalo ikot jd tensen plak..haha
alamk..bukti yg jelas kat atas2 ni, lelaki tak suka girlfriend shopping sakan sampai nak tercabut kaki...
@humbleyat one of those things yg guys kene learn to live with and girls kene tau that guys don't shop like they do IMHO
gurl! carik la laki yg kuat stamina badan dan yang penting SUKE TEMAN GF dia COPING! ngee
kalau sekali sebulan boleh terima akal lagi yedak..ini pantang ade mase pun boleh hentam..perghhh..hahahaha
itu kalau beli, kalau window shopping bulan depan pulak beli lain cerita pulak tu haha.
window shopping tapi try mcm nak beli terus
steady la ! tapi bagi pengalaman ghua , bila ghua yang nak beli barang , Hati ghua kene redha la .. ala , selalu asik beliau je yang ada boyguard , bagi la lelaki pulak sometimes ..
apa , ingat perempuan je leceh nak shoping ?? lelaki pun ada nafsu terhadap material maa ..
dulu selalu teman unty aku shopping... wah penat gila..
Post a Comment