Tanpa kita sedar, kadang kala kita mudah untuk ada perasaan tak suka or benci dengan someone. Mungkin bila orang tanya, kita mudah je cakap
"eh!takla. saya ok je dengan semua orang.."
Tapi bila kita fikir semula, mungkin ada orang yang kita tak suka. Tak suka sebab personaliti dia ke, percakapan dia ke atau pape je la. Mungkin juga orang tu pernah buat salah dengan kita, sampai kita rasa menyampah dan tak suka dengan cara dia..
I pun ada gak perasaan tak suka dengan orang lain dan pernah luahkan kat blog. Puncanya sebab orang tu terlampau gila kuasa, dan suka menunjukkan kesalahan pada orang lain tanpa usul periksa. Dalam hati memang geram sangat sampai blog jadi tempat luahan. Lagi pun kalau bukan kat blog, kat mana lagi nak lepas kemarahan. Ye tak??Tapi memang senang sangat kita nak rasa marah, tak suka, benci dengan orang. Memang terlampau mudah!
Tapi i dapat nasihat dari kawan i. Nasihat dia selalu buat i berfikir panjang dan terima apa yang dia cakap. Kiranya kawan tempat mendapat nasihat la ni. Meh i share dengan uols..
"cuma i nasihatkan janganlah terlalu pandang buruk pada org lain. mungkin dalam diri orang tu ada 1001 sifat yg kita tak suka tapi hidup kita ni kan macam roda, we wouldn't know satu masa mungkin hanya orang tu je yg ada waktu kita susah. i always believe kalau dalam 10 keburukan tu mesti ada 10 kebaikan, Allah jadikan semua mende sepasang so it balance. cuma kita ni sebagai manusia kita susah nak nampak 10 yg baik2 bila kita dh nampak 10 yg buruk... kita mudah saja nampak 10 yg buruk walaupun kita sedar dia ada 10 yg baik2... :)"
Then bila difikir balik, kalau kita ada benci or tak suka someone, mesti ada someone yang lain tak suka dengan kita kan? Kita mesti tak suka kalau ada orang yang benci or tak suka kita kan? Kita mesti nak baik dengan semua orang. So sejak dari tu, i cuba untuk latih diri i. Anggap je orang yang i tak suka or benci tu, tak pernah buat benda yang menyakitkan hati i. Anggap je dia tak sengaja.. Lagi pun kalau banyak sangat benda buruk dalam hati, lama-lama boleh makan diri sendiri juga ^_^
Update :
Tetiba teringat iklan Petronas sempena Deepavali. Bila seorang budak lelaki yang badannya besar sampaikan kawan-kawan sekolah dia tak suka dia, takut dengan dia. tak nak kawan dengan dia. Sampai dia tanya nenek dia kenapa dia tak macam budak-budak lain. Dia anggap benda tu macam suatu kelemahan. Tapi sebenarnya disebalik kelemahan yang dia rasakan, terselit kelebihan. Kelebihan bila dia boleh angkat nenek dia. Sama macam kawan i cakap tu. Bila kita asyik memandang buruk seseorang tu, kita tak nampak kelebihan dia.. ^_^
Pendapat uols plak??
25 comments:
i hate hate hate this feeling lalala~ benci x menyampah ajer ngeee
(post awal delete pasal typo)
'benci' is a very strong word. pada aku tahap 'benci' tu adalah tahap yg extreme
tapi hakikatnye.. tipu la kalau kita tak benci orang. honestly aku dulu tak reti benci orang. tak reti say No. tapi part of growing up is to learn to become a better person. and for that we need to stand up, have a strong backbone and, at times, hate certain people
aku rase.. benci, kalau tak digunakan sewanang2nye, adelah tool yg powerful
yes! cukup setuju lah dgn chenta...benci membenci tak kan sampai kesudah selagi name dia manusia. kalau kita dok baik2 belum tentu ada org suka.ade jgk org mengata, "budak tu senyap je..xde kawan ke hape.." tak pasal2 dah org pandang serong.. tapi bila kita mesra dgn semua org pun org pndang lain..jadi mmg kena ada kot bnde tu baru bumi ni berputar normal..macam chenta ckp..balance..n salute pada mmbe chenta tu..ayat dia boleh buat status fb hahaha
''bila difikir balik, kalau kita ada benci or tak suka someone, mesti ada someone yang lain tak suka dengan kita...''
last2 balik kt kite balik. sblum nk hentam ke ape..pkir 2 3 kali dlu..
btw..entry y buatkan ak bpkir..nice!
cik liz : ewah..nyanyi ke kak? ^_^
kusut : contoh benci yg sepatutnya?tidak sewenang-wenangnya?
hentakbelipat : yeah..kan hidup mcm roda ^_^
ayat dia boleh buat status fb ye?byk lagi ayat dia sebenarnya yg powerful!
kalau orang buat benda yg kita tak suka je terus nak benci. tak patut la tu.
tapi kalau kita ada pendirian, ada prinsip. kadang2 kita perlu benci certain individu utk mengukuhkan pegangan prinsip kita
tapi reason nye mesti lah kukuh. jangan semata2 kerana berbeza kita nak benci. racist la tu.
my 2 cent
setuju!tapi kan ada org dia benci seseorng tu sbb ramai org benci org tu..boleh terima?
tapi adakan?!
Salam,
kalau ikutkan kata Kusut tu...maknanya bukan benci tu Yang. Tu marah je. terlalu jauh beza benci dan marah.
Saya marah dengan orang yang suka susahkan saya. macam2 dia buat untuk sekat kemajuan dan kerjaya saya, tetapi...saya masih boleh berbual dengannya. Saya masih boleh bergurau2 dengan dia walaupun sesekali gurauan itu banyak sindir dia. Sindir tu antara perkara yang tunjukkan rasa marah tu masih ada. Tapi belum sampai tahap benci sebab interaksi masih ada.
Tak elok benci2 tau...marah bolehlah! Kitakan insan...macam2 rasa ada
anyss : tp ikut situasi sy yg dulu tu, dh smpai tahap tak berinteraksi...yg org yg sy tak suka tu pun sampai taknak tgk muka sy ni...tp itu dulu la...
rasa benci ni tak perlu ada. sebab kalau kita benci orang tu, fikir pasal orang tu pun dah boleh buat kita rasa menyampah, rasa sakit hati. yang merana emosinya adalah kita. tapi orang yang kita benci tu? gembira je dia ngan hidup dia kan?
mari pakat buang perasaan benci! hehe
tak elok sangat kot nak benci-benci orang kan.tak manis.muka asyik nak sakit hati je.orang cakap sape suke buat muka benci cepat tua*okay izzati buat teori sendiri*ngeeee~tapi ada betul jugak kan?benci asyik nak kerut2 je.nanti kerut jadi kedut.lalalala~
ckyn wan : ye2!setuju sekali..sebab tu skrg tengah motivasi diri.even marah dan tak suka sekalipun, tahan je jangan sampai ada benci..
sizuka : boleh gak guna teori sizuka tu..benci buat kerut jadi kedut..heheh
whatever it is, u got a very good friend there, chenta :)
Hebat. Masa member ko bagi nasihat mesti ko salin atas kertas kan. Panjang tu nasihat dia.
Setuju dengan Super-Kusut. Benci tu adalah tahap extreme. Benci-benci jugak tapi ingat balik orang suka sangat ke kat kita?
Aku benci sangat dengan Gary Neville tapi dia tak buat salah pon kat aku.
okay,looks like aku sangat memerlukan anger management class!
seriously -_-'
fina : yes...dia mmg kwn yg sgt baik!
kecik : i tak salin..i copy paste je sbb dia bg kat ym, i copy kat blog i..entry ni dh pernah ada dh kat blog i ^_^
fynn : why dear?
"Fear is the path to the dark side. Fear leads to anger, anger leads to hate, hate leads to suffering." kata sorang pakcik hijau kat skrin tv
pakcik hijau??siapakah??
Yoda anak Yokures D'Kana the Whill
atau lebih dikenali sebagai Yoda
1st time dengar nama tu..thanks kusut ^_^
chenta..saya suka advise tu...:)
hmm..teringat pula ada sorg insan ni, bila dia tak suka kat org tu, dia listkan nama dan perangai yg die xsuka dalam buku tu, supaya die akan ingat kesemua kesalahan org tu..
hrp2 sy tak tersenarai dlm buku tu huhu
Cara Elak Selsema
ada ke org mcm tu???teruknya!
Salam,
Usah terlalu benci, nanti akan terlalu cinta...susah tu!
Risisita III
maharam : takut gak mcm tu..tp mslh belum pernah alami la..ehhehe
Post a Comment