"Wanita ialah perhiasan dunia, seindah perhiasan adalah wanita solehah". Pernah dengar
ungkapan itu kan? Insya-Allah pernah walaupun sekali. Di dalam hadith Sahih Muslim dinyatakan "Dunia ini sebagai perhiasan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah".
Nah! di antara perhiasan di dunia, tidak ada yang mengatasi keindahan wanita solehah. Lebih mahal dan bernilai dari intan permata yang menjadi rebutan orang di dunia ini.

Jika ditanya, siapa dia Khadijah Binti Khuwailid, Fatimah az-Zahra, Mayam Binti Imran dan Asiah Binti Muzahim, percaya atau tidak, ada yang langsung tidak mengenali serikandi-serikandi muslimah tersebut.
Mereka lebih mengenali Lady Gaga, Avil Lavigne, Kelly Clarkson dan Rihanna. Masya-Allah. Bagaimana mereka mahu menjadi hiasan dunia dan menjadi bidadari syurga andai landasan yang dipilih sudah tersasar jauh?
Muhasabah!
Belum lagi dilihat bab pemakaian. Hari ini ramai wanita kita sudah 'malu' untuk memakai pakaian yang dianjurkan oleh Islam. Tidak 'up to date' kata mereka. Tabarruj di dalam berpakaian sudah menjadi kelaziman.
Tidak cukup dengan itu, pendedahan aurat sudah menjadi amalan seharian. Untuk siapa mereka berpakaian sedemikian? Mungkin ini jawapannya, untuk lelaki-lelaki yang hatinya mempunya 'penyakit'. Na'uzubillahi min zalik...
TBC.
8 comments:
"wanita hiasan dunia, seindah hiasan adalah wanita solehah"
bersama kita membaiki diri =)
wanita kadang2 merasa perlu global seiring dengan peredaran fashionisme dan lebih tepat kapitalisme..jika ini disalah pada perempuan 100% juga kurang tepat.lebih baik jika lihat pada setiap individu yang ingin membntuk islam. Apa yang kita mahu? tanya pada hati masing2..banyak juga lelaki yg kurang gmar pada prmpuan lebih fshion-islam..utk menyerap situasi itu..wanita bergaul dlm banyak dilema
cantik bukan ukuran... tp org skrg itulah yang dipandangnye..
setuju point hentakbelipat. noktah.
Salam,
Kalau wanita tahu had dan batas diri...tak timbul soal tu
Sokong hentakbelipat.
Sentiasa ingin perbaiki diri.
setuju sanagt, tak ramai prp bercita-cita menjadi Siti Khadijah, Rabiatul Adawiayh...
Kawan saya pernah bercita2 menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, terharu sy mendengarnya...
Cara Elak Selsema
Salam,
entri yang sangat berguna dan moga2 menyedarkan.
Risisita III
Post a Comment