Thursday, August 9

Kisah Ketulan Di Dada

Artikel ini adalah sumbangan dari Rabia Sensei

Saya just nak share sikit pasal ketulan di salah satu breast saya. Memanglah kalau nak diikutkan topik yang nak diceritakan ini agak malu sikit nak dikongsi. Tapi kalau tak cerita, macam mana kita nak tahukan? Macam mana kita nak tahu atau tidak yang kita ini sihat walafiat sepenuhnya. Untuk makluman, breast cancer bukan sahaja berlaku pada perempuan sahaja, lelaki pun ada. So, kita semua kenalah ambik tahu. Tak kiralah anda lelaki atau pun perempuan. 

FYI, sejak dulu lagi saya biasa melakukan pemeriksaan sendiri di rumah. Jadi bila ada kelainan itu, saya dah boleh agak ada ketulan di breast. At first memang takut sangat-sangat bila rasa ada benda moving di breast. Macam mana kalau lump tu adalah cancer? Stage 3 atau 4 ker? Hidup saya pasti akan berubah 360 degree.
 
Jadi first step saya ialah pergi ke klinik. Doktor buat pemeriksaan dan dia mengesahkan memang ada ketulan di breast kiri saya. Based dari saiznya, dia menganggarkan sudah setahun ketulan itu. Kemudian dia buat surat untuk direfer mana - mana hospital yang kita prefer. Kalau yang ada insurans, sangat-sangatlah bagus coz semuanya ditanggung oleh pihak insurans. Apa-apa hal pun depends pada pelan insurans masing - masing. Kalau tak sure boleh tanya agen insurans anda sendiri.

Asalnya saya minta hospital government jer. Tapi setelah berbincang dengan mak, saya pergi ke private hospital sebab lebih cepat prosesnya. Ketulan ini kalau di biar lama - lama boleh membesar. Jadi haruslah diambil tindakan dengan kadar yang segera. So, pergilah saya ke Hospital Columbia Asia yang berdekatan dengan rumah.


Second step, make sure bawak surat yang doktor bagi dari klinik tadi. Untuk rujukan doktor di hospital. Saya minta buat ujian mammogram tapi since saya masih muda (muda ker?), dia suruh saya buat ujian breast ultrasound. Harganya berbeza setiap hospital. Ujian ini memang tak sakit langsung, cuma malu lah sikit. Tapi masa tu dah takut, tak fikir pun rasa malu tu. Masa ujian itu, anda dikehendaki menanggalkan baju dan baju dalam serta dikehendaki memakai baju yang diberi oleh pihak hospital. Doktor akan meletakkan sedikit gel di breast dan akan menggerakkan sejenis alat ke atas breast kita. Proses ini serupa macam orang pregnant nak tengok jantina baby. Bezanya yang pregnant scan perut, yang ini scan breast. Immediately, kita akan nampak resultnya di situ, sama ada you have lump atau pun tidak. Macam kes saya pula, saya ada one lump and one cyst. Ya Allah, masa tu saya hanya mampu berdoa je. Tawakal banyak-banyak pada tuhan.

Masa tu, doktor tak boleh confirmkan sama ada tu ada lah cancer atau pun ketulan biasa. Lagi pun rawatannya berbeza. Setelah buat ujian breast ultrasound, saya buat keputusan untuk buang ketulan itu. So, jumpa doktor. Doktor nasihatkan untuk buang ketulan tersebut dan mereka akan melakukan ujikaji sama ada ketulan itu cancer atau pun tidak. Lagi satu cara, kalau anda tak nak buat operation dulu pun boleh. Anda boleh melakukan biopsy procedures. Doktor akan mengambil sedikit sel ketulan dengan cara memasukkan jarum ke ketulan tersebut. Then, mereka akan kaji sel tersebut. Then, buat operation. Saya skip step itu. Saya terus set date untuk operation.

Sebelum dibedah, kita dikehendaki berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pembedahan dilakukan. So, saya berpuasa sebelum itu. Kemudian selepas zohor, pukul 2 saya di bedah. Proses pembedahan itu sekejap jer. Dalam 30 - 40 minit sahaja. Saya rasa saya sempat bermimpi semasa itu. (Bila difikirkan balik, pengalaman di bilik pembedahan takder lah ngeri sangat). Apabila saya terjaga, sudah pukul 3 lebih. Doktor gunakan gam diatas permukaan kulit untuk menutup luka saya, manakala di bahagian dalam dijahit dengan benang. Keesokkan paginya saya dibenarkan pulang. Rasa sakit di breast masih lagi terasa. Even apabila kereta melalui lubang-lubang kecil di jalan raya sekali pun, akan terasalah kesakitannya. Berjalan pun hanya boleh slow - slow jer. Selepas itu, saya terus balik ke Nilai untuk proses penyembuhan.

Selepas seminggu, saya buat pemeriksaan susulan dengan doktor. Keputusan ujikaji mendapati yang ketulan itu hanyalah ketulan biasa. Saya dapat cuti beberapa hari lagi untuk berehat di rumah. Alhamdulillah, selepas 2 minggu, saya sudah beransur pulih. Apa - apa pun, saya harap anda semua rajin - rajinlah buat pemeriksaan sendiri di rumah. Risiko lebih tinggi pada mereka yang ada sanak - saudara penghidap breast cancer. Doktor kata sampai sekarang tak tahu punca utama berlakunya kanser. Tapi selalunya benda ini berkaitan dengan hormon atau lifestyle kita.

Singgah ke blog penulis : http://rabiasensei.blogspot.com/

No comments: