Monday, August 1

Bila Hati Sudah Cinta

Menjemput anda ke blog ASaDa RyutaRo..

Assalamualaikum dan salam mesra semua. semoga kekal ceria dan sihat walafiat di mana jua berada. kepada yang tengah sedih-sedih dengan musibah yang melanda, semoga sentiasa sabar dengan segala dugaan. bawak bersenyum jugak ea. kalau anda senyum orang yang tengok pun senyum. tak caya, try la.. seeenyuum... =)

Entry kali ni adaptasi dari kisah benar.. yeah! seperti tajuknya yang jiwang.. ini adalah kisah jiwang asada tahun 2006 punya. meh layan..



BILA HATI SUDAH CINTA

Bila hati sudah cinta,
Segalanya manis tidak terkata,
Semua bertukar menjadi gula,
Kaki tersandung, kepala terhantuk, semua tak apa.

Bila hati sudah cinta,
Tidak cantik pun jadi lawa,
Semua harga boleh ditawar,
Duit keluar bagai nak gila,
Sebab nak pikat gadis tercinta.

Bila hati sudah cinta,
Hati tak susah hilang gulana,
Semua masalah tiada aralnya,
Sebut saja pasti kan ada.

Bila hati sudah cinta,
Dulunya selekeh jadi bergaya,
Muka berseri senyum menyapa,
Apa kau buat ni? dah nak gila?

Ohh..
Bila hati sudah cinta,
Kau kata gila, ku senyum saja,
Tak kan ku marah bukan nak auta,
Kerna hati dah jatuh cinta.

Wahai puspa karangan jiwa,
Hatiku ini terlalu cinta,
Sudikah kiranya dikau terima,
Aku yang hina lagi kedana,
Jadi pendampingmu setiap masa,
Pelindung dirimu tika sengsara,
Katakan saja apapun jua,
Pasti ku lunas bersama cinta.

Duhai sayang pujaan kanda,
Daku berjanji tetap setia,
Walau tsunami datang melanda,
Cintaku jaga sepenuh jiwa.

********

Nukilan di kala terkenang saat diri ini pertama kali di lamun cinta. sungguh manis. walaupun aku tidak dapat bersamanya, walaupun nanti tiada jodoh aku dan dia, doa ku kirim untuk dirinya di mana jua berada, dengan siapa pun dia bersama. semoga bahagia di dunia dan akhirat..

Apa pun.. dahulukan cinta Allah sebelum cinta kepada makhluk-Nya.. =)


Nota Kaki :
Benda ni di taip time blog akudakmalaysia dalam mode jiwang tak hengat.. saja nak kongsikan kat sini. sebab setiap kali baca, tersenyum sendiri.. hihi..

12 comments:

NIA said...

jiwang kemaen pakcik nih.oh ya.org yg lahir 28july kan romantik?kakaka:P

Kyra Ismera said...

Duhai sayang pujaan kanda,
Daku berjanji tetap setia,
Walau tsunami datang melanda,
Cintaku jaga sepenuh jiwa.

hoho..so jiwang..tak kusangka..
kerana cinta..
engkau berdrama..hehe..peace!!
kang tsunami betul..tak nak lari jugak ke?hoho..:P

nur.sa said...

hehe

bak kata oranglah, kalau dah cinta, kentut pun bau wangi.. :P

tapi tak salah kan.dah suka, nak luah takut takde org nak dengar, tulis aje la.

Sumandak Kinabalu said...

amboi amboi...
meriah juga sajak nie, siapa baca gerenti cair, hehehe...

KeCiK said...

The best ever jiwang karat I've ever met. Rusty blade pon tak karat mcm nih. Haha. Thumbs up dude!

Ilidina.. said...

huuuu..jiwang! hehe

lalatipah said...

wow, best. jiwang xjiwang..buatlah lagu plak, leh jd komposer :)

Fina Sophie said...

eh sedap ni kalo buat lagu. siyes. ala2 zeeavi hehe.

Miss Kira said...

2006??
lamanya..
hahaha

ieza ashaari said...

wah.. tak hengat yer.. agak jiwang juga di situ.. :)

humble.yat said...

ait..dalam hati ada taman rupanya:)

faizalnizam said...

mudah dan ringan - menghiburkan. puisi cinta patut begitu kadang kala sifatnya - mudah difaham dan cepat dicerna :) sekadar bahasa yang biasa-biasa tidak perlu terlalu puitika dengan perlambangan, metafora dan sebagainya. baik untuk bacaan di alam maya seperti ini.