Wednesday, September 15

Clarky: Eid ul-Fitri dan Sepuluh Tahun Lagi

Salam peeps!
Selamat Eid ul-Fitri. Wawawa sakan beraya? Dah kira duit raya? Atau kira baki duit reserve untuk dibuat duit raya? Dah tawaf seluruh kampung/ taman/ blok untuk beraya? Untuk aku pula, raya sakan untuk sehari saja. Kemudian pening kepala dengan assignments dan research paper   T__T

Sebab dah ramai orang kata raya tahun ini sederhana, tak meriah dan ada antara kita kata bosan, jadi malaslah aku cerita tentang raya tahun ni. Jadi aku mahu cerita raya sepuluh tahun akan datang. Jadi Clarky ini akan berusia tiga puluh tiga awal 30-an lah waktu itu. Apa tunggu lagi? Dari duduk-duduk mengadap tivi dan membaham baki kuih raya dalam balang untuk tetamu petang tadi, marilah klik READ MORE juga!




Umur tiga puluh tiga awal 30-an ketika itu, aku seorang wifey kepada seorang hubby yang loving aish! Baik aku namakan dia Mr. D untuk tidak membuat dia sengih sendiri jika terbaca. Dia waktu tu dah tua..umur 40 dah. But peeps, men's life begins at 40 kan hoho! Kami ada anak perempuan bernama Sarah. Okey nama ni aku main letak saja. Sepuluh tahun lagi mungkin akan tukar.

Setelah kalah o-som dengan Mr. D, jadi aku berayalah di Subang sementara keluarga aku di Gombak pulang beraya ke Texas. Pada petang akhir Ramadhan aku kemas pakaian kami bertiga dan mengheret Sarah ke rumah keluarga Mr. D. Dia yang masih berkerja dah promise untuk terus ke Subang selepas kerja.  Mestilah, kalau tak raya soranglah dia. Tak merasa lontong feveret dia tu.

Malam raya kami memasak, mengemas rumah, mengumpat berbual sampai lewat pagi. Macamlah lama tak jumpa padahal selalu jumpa mereka di pejabat dan di rumah kami di Bukit Jelutong. Jam 4 baru tidur, tentulah terlajak hingga jam 7 pagi. Subuh gajah, bak kata mak cik yang kongsi wad sama aku dulu. Kelam kabutlah gosok baju dan siapkan diri. Sarah liat bangun. Hubby aku pula metrosexual. Kalau masuk bilik mandi paling kurang pun 30 minit. So how? Dialah siap paling akhir. Nasib baik hensem.

"D, cepatan dong! Udah kesiangan nih!" bebel ibu mertua dengan slang Indonesia.

"Biaq pi la sat...dia nak siap-siap tu. Orang segak lagu tu la.." balas bapa mertua dengan dialek Penang pekat.

"Hubby sape ntah." Adik ipar aku bagi soalan minta pelempang.

Last-last dia turun juga. Segak memakai sepasang baju Melayu Johor dan bersampin, dia berjalan ke kotak kunci.

"Eh??! Mana kunci Harrier?"

Sekali lagi kami kelam kabut cari. Elok-elok tadi pasang muka bersih suci untuk ke masjid untuk sebahyang raya, last-last berpeluh. Setiap inci rumah kami cari. Bawah tangga, celah sofa, dalam mesih basuh, di rak buku, bawah katil, dalam pasir kucing....

TAK JUMPA!!!

Kemudian Mr. D keluar seketika. Dan dia ketawa.

"Memanglah tak jumpa, semalam I drive Skyline, bukan Harrier!"

Ibu mertua sising lengan bajunya.

Er..itu saja. Aksi selepas itu terpaksa dipotong. Huhu!

Sekian yuolz!

15 comments:

kusut said...

skyline nak masuk 5 orang? ish kesian skyline itu. hehe, eh 6 orang (lupe adik ipar)

Mr. Asada said...

hahahaha... muat ke nak naik semua skali dlm skyline? adeh.. ke ada lamborgini lg sebuah utk ayah mertua? err..

Selamat Hari Raya.. masih dlm mode raya wlupun dh masuk hari ke 6..

Zahra said...

Dalam pasir kucing? Haha
Nape tak carik dalam
peyot kucing? kotkot
tertelan? ;P
Pesan kat Mr. D,
"Sabar jer lar~"

Mummy Nana said...

Selamat Ari Raya... eh samalah kita raya sehari jek. tapi akak demam...haish..Assignments? Apa tu?? Lama dah xdgr.. heheh... Selamat Maju Jaya...

lalatipah said...

wah, angan-angan (takpa, saya pon suka angan-angan ni). kalau 10 tahun akan dtg, mmg dh agak dewasa la layaknya,hihi..selamat hari raya in advance utk clarky, mr. d n sarah,heee :)

Pembayar cukai said...

selamat hari raya skyline and harrier..hehe

Miss Kira said...

hahahaha...
awat mr.d x bli lamborghini..
hahahahaha

humble.yat said...

bez r angan2 ni..seronok plak membacanyer..hehe

nur.sa said...
This comment has been removed by the author.
nur.sa said...

angan -angan yang best!! :B

cikpia said...

sepuluh tahun lagi memang mr D ada sorang bini ja ka.....???? ha ha.... soalan mintak pelempang. selamat hari raya.................... =)

chenta said...

ni angan2 ke kenyataan?heheheh

selamat hari raya ^_^

kz said...

hehehe.
suka dengan karutan realiti ni,
macam best pulak mak mertua orang indonesia.=D

Clarky Afif said...

kusut: betul kesian kereta itu huhu

asada: driver ayah mertua cuti raya

azza: kucing masih mode puasa haha

mummy: haha! aloh laaa...

syazy: ya slamat hari raya in advance utk kau juga hihi

iqbal: aku drive fairlady, takmo wish ke? :P

kira: dia tak minat lambo katanya...rugi minyak.

yat: haha...doa tuu doa

nur: nak jadikan kenyataan woh! :P

sofia: ha'ah nasib baik raya hoho

chenta: selamat hari raya duit raya lai lai~

koshary: ah, watak adalah real. situasi je tak :P

Fina Sophie said...

berangan je. meh sini, cubit sket! kahkah

happy eid juga clarky :)