Thursday, September 23

Destinasi Cinta

Destinasi Cinta --- karya cikda sendiri. Dua kisah cinta berdasarkan pengalaman dan pemerhatian penulis 'cikda'. 

"Perempuan mudah untuk jatuh cinta pada lelaki yang ikhlas dan jujur padanya. perempuan juga mudah jatuh cinta pada kata-kata manis dan layanan baik"

"Perempuan malu untuk memulakan sesuatu, seperti meluahkan rasa sayang dan rindu pada lelaki, walaupun di dalam hatinya sudah sarat dengan perasaan itu. takut sayang dan cintanya tidak terbalas"

"Perempuan sangat mudah menjadi pessimistic terhadap cinta"

p/s : cikda dah selamat sampai di UK, mohon maaf, disebabkan internet di rumah masih belum di set up, terpaksa menumpang internet rumah kawan. Jadi cikda terpaksa repost this entry. Untuk sambungan seterusnya, boleh ke DESTINASI CINTA


DESTINASI CINTA | PART 1




"Awak, siapa saya pada awak?" tanya Aleeya sambil mengusap lembut tangan Rayyan. "Awak adalah masa depan saya, dan yang paling penting awak adalah calon isteri saya, bakal ibu kepada anak-anak kita nanti" sungguh lembut bicara Rayyan dan saat itu jelas kelihatan sebuah senyuman manis dari bibirnya. Aku kelu. Tapi hati aku puas mendengarkan setiap kata yang diucapkan oleh Rayyan.

Aku terjaga dari tidur. Jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi.

"Laaaa, aku mimpi ke?" Dush!

"kalau aku tahu, aku tak bangun tadi, boleh jugak sambung mimpi tu" ngomel aku sendirian.

Alangkah indahnya, kalau mimpi tersebut benar-benar menjadi kenyataan. Girang juga kalau dapat duduk di pelamin, jadi raja sehari. Pagi itu hati aku berbunga-bunga, tengah mandi pun sempat lagi aku menyanyikan lagu cinta 'Yang Sempurnakanku', nyanyian 6ixth Sense. Mimpi semalam benar-benar membahagiakan aku. Kalau boleh, aku tidak mahu terjaga dari dunia itu. Tapi aku sedar, mimpi itu sama sekali tidak akan muncul di dunia realiti, hanya di dunia mimpi. Ada rasa kesal namun aku yakin pada janji Allah, sesungguhnya Yang Maha mengetahui ke atas sesuatu itu adalah Allah.

Aku melangkah perlahan ke bilik Kirana. Kelihatan, teman serumahku itu masih nyenyak tidur. Entah-entah, si Kirana ni pun tengah mimpi kahwin-kahwin. Bisik hatiku.

“Na, bangun Na, dah pukul 6 lebih ni. solat subuh yer".

Berkali-kali dikejutkan tapi tiada respon dari Kirana. Aku jadi penasaran. Biar betul minah ni, tidur mati ke apa. Disentuhnya badan Kirana.

 "Ya Tuhan, panas ni, Na, kau demam ke?panas gila ni" "Na bangun Na!"

Aku bergegas membawa Kirana ke hospital. Tapi doktor meminta Kirana ditahan untuk beberapa hari dan saat itu aku tidak tahu siapa yang patut aku hubungi. Ibu bapa Kirana jauh, dan aku kalau boleh tidak mahu merisaukan mereka. Aku yakin, Kirana juga tidak mahu aku berbuat demikian. Pantas, tangan aku mengambil Blackberry di dalam handbag Boniaku. Dicarinya nama Azri, teman lelaki Kirana. Mungkin aku patut memberitahu Azri, paling tidak, boleh jugak dia tengok-tengokkan si Kirana ni. Aku perlu ke sekolah, ada tugasan yang perlu diselesaikan. Lagi pula, Seminar PMR dah tak lama dah, bila dilantik sebagai Co-ordinator Seminar ni, memang macam ni lah, sibuk jer memanjang. Yang aku geram, cikgu-cikgu lain buat endah tak endah jer. Sakit hati aku. Sabar jer la dengan mereka ni. 

Nombor Azri di dail . . .

"Hello, assalamualaikum Azri, nie Leeya ni, ermmm..Kirana kena tahan la"

"What?? tahan? dia buat kes jenayah ape pulak?, kau jangan main-main Leeya"

"Eh, bukan bukan, adoyai, bukan kena tahan lokap, kena tahan hospital la, demam panas"

"Astaghfirullah, semalam Kirana ok jer. Dia kat mana sekarang? wad mana? Apa doktor cakap? dia ok kan?"

"Yie, boleh tak kau bertenang? tarik nafas, pejam mata, bukak mata, haaa, sekarang kau senyum. Kirana dah ok, cuma doktor perlu tahan dia untuk beberapa hari. Risau kalau-kalau terkena jangkitan demam denggi ke ape" " so, sekarang ni, aku perlukan pertolongan kau, aku memang tak boleh miss sekolah hari ni, mintak tolong kau jagakan si kirana tu, kau boleh tak ni Azri?"

Azri senyap. Dan aku masih menanti jawapan darinya. Lama.

"Hurm, Leeya, aku bukan tak mahu, tapi kau kena faham kerja aku macam mana. Bukan senang aku nak keluar-keluar ni. Lagipum semalam aku dah mintak half-day sebab nak keluar dengan dia"

Aku terpaku dengan jawapan Azri. Tadi bukan main beriya-riya, risaukan si Kirana, sekarang ni lain pula ceritanya. Sungguh aku tak faham. Lagi pula, ape kes nya mamat ni siap mengungkit-ungkit half-day dia. Itu pun nak berkira ke, jumpa teman wanita sendiri kot. Dush!

"Kau memang tak boleh ke Azri?, aku tak sampai hati la nak tinggalkan Kirana sorang-sorang kat hospital sana"

"Sorry la Leeya, aku memang tak boleh. Eh Leeya, ok la, aku ada meeting ni. Nanti apa-apa, jangan lupa inform aku yer, bye"


           ****Talian terputus****

Fuhhh, memang mencabar kesabaran aku. Macam mana si Kirana boleh sayangkan kau pun aku tak tahu. Nak tak nak, aku kenalah call pihak sekolah. Minta cuti, lagipun aku perlu buat report pasal kesihatan Kirana pada pihak sekolah. 

  *****
Aku melihat jam di tangan aku. Laa, dah pukul 12 ni. Patutla lapar semacam jer. Dahla aku lupa nak ambil breakfast pagi ni. Segera tangan aku mencapai handphone, mencari nama Rayyan. Best jugak kalau dapat lunch sama-sama. Hehe. Senyum sorang-sorang lagi. Lalala.Nak call ke, nak mesej, nak call ke, nak mesej. Hailaaa, macam budak-budak jer aku ni. Ermm, mesej la, tak ada la mengganggu sangat kalau dia ada meeting pun. 

"Yan, are you busy?" -mesej pertama dihantar-

"Hi Leeya, no, I'm not. Just finished my meeting.  Wanna have lunch together?  will pick u up =) " -diterima-

Wahhh, ada smiley, sukanya !! hehe

"Sure, but I'm still at the hospital. Can you?" -mesej kedua dihantar-

"no worries, will be there as soon as I can, can't wait to see you =) " -diterima-

"Alright Rayyan, drive carefully, see you soon" -mesej ketiga dihantar-

Jiwa wanita aku memaksa untuk tidak terlalu berharap. Risau kalau-kalau dikecewakan. Tapi jauh disudut hati, aku mengharapkan dia, Rayyan ; yang bakal menemani sunyi hati aku. Yan, Leeya tak mampu nak tolak perasaan ni, tapi Leeya juga tak mahu mempunyai harapan yang terlalu tinggi. Cukup la, hanya Leeya yang tahu. Kiranya, Yan untuk Leeya, Leeya terima, dan Leeya akan tunggu Yan. Dan andainya, Yan bukan untuk Leeya, Leeya redha dengan ketentuanNya. 

"...dan dua orang yang saling mencintai karena Allah, mereka berkumpul dan berpisah karena-Nya...."  (HR. Bukhari dan Muslim)

Doa Leeya cuma satu, 

"Ya Allah, jika dia benar milikku..dekatkanlah hatinya dengan hati ku..dan jika dia bukan milikku...damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu"

6 comments:

nur.sa said...

cerpen ke cikda?

Anonymous said...

@nur.sa : yupp, hehe..cerpen =)

NIA said...

cepat sambungggg.tak sabar.hahaha~

Anonymous said...

@sizuka : hehe, sambungannya di blog cikda =)

kz said...

off to part two! =)

lalatipah said...

rasa macam tunggu sambungan cerita hits kat tv,ngeee.. >.<