Sejak kecil gua bayangkan ikan duyung itu yang paras rupanya cantik. Berambut panjang. Berekor ikan. Sering muncul dari lautan dan landing di atas batuan.
Dan gua memang sering bayangkan yang seronok-seronok mengenai ikan duyung ini. Lebih-lebih lagi ketika gua kanak-kanak, ada tayangan 'The Little Mermaid' di kaca tv. Maka fantasi gua semakin ganas mengenai hal ini. Tapi gua buat steady je time tu. Lagipun zaman tu belum ada versi Maya Karin.
Maya The Duyung: Ala abang Pert ni, jangan cakap macam tu, malu aiii.. |
Tapi semua fantasi aku itu luput secara drastik selepas aku mengenal seorang pemfantasi yang juga berfantasi mengenai duyung. Namun dia lebih matang dalam hal-hal ini.
Fantasinya lebih kejam. Berjaya buat aku berfikir luar kotak.
Dialah Lambok, kartunis dalam majalah 'Apo?'. Ada satu kisah 'Bedtime Stories' dalam majalah 'Apo?' tu. Dia berjaya menyampaikan idea melalui lukisan.
Duyung, makhluk separa ikan separa manusia.
Lebih kurang beginilah gambaran dalam komik Lambok tu.
Reverse Mermaid yang bukanlah dilukis lambok. |
p/s: ikan duyung memang 'menarik'.. hehehe..
Saki baki mengenai penulis ini:Pert Doherty, merupakan seorang anak jalanan, penulis picisan di ruang maya. Beliau juga bukanlah siapa-siapa. Tiada kelulusan bagus. Tiada ayat yang bagus dalam penulisan. Dan tidak banyak yang diketahui mengenai penulis ini. Beliau juga merupakan penulis di blog utamanya iaitu Otak & Jantung, kemudian di YM Doodle Art. Beliau ada juga menulis di blog rakannya (Karim) iaitu Country 20 Class.
2 comments:
ha ha.... buruk bebenor rupanya...... aku dulu teringin gak nak jumpak duyung, tapi sampai skarang lum berjaya. tapi aku tetap yakin natang tu wujud.
terus rasa nak muntah! *blergh
Post a Comment