Thursday, August 4

Jalan-Jalan di Kota Kinabalu


Satu perkara yang aku sangat suka buat dan teruja bila dapat lakukannya adalah jalan-jalan; tak kesahlah jalan-jalan makan angin ataupun kerana pergi kerja. Entri lepas aku ada cerita tentang pengalaman menarik aku di Semporna, Pulau Mabul dan Pulau Kapalai walaupun tak berkesempatan menjengah Pulau Sipadan. Kali ni aku nak cerita pasal Kota Kinabalu pula.

Aku pernah pergi ke Kota Kinabalu sejak 1998 lagi, namun dah tentu bandaraya ini alami banyak perubahan. Pada masa itu aku belum ada kamera, apalagi blog memang sangat-sangat belum ada. jadi semua cerita itu aku hanya simpan di minda sahaja yang akhirnya lupa begitu sahaja. Kali terakhir aku ke Kota Kinabalu pada Jun dan Julai lepas.



Walaupun dah banyak kali aku jejak Kota Kinabalu, dari 1Borneo belum ada hinggalah 1Borneo jadi kebanggaan orang Sabah, namun aku masih belum berkesempatan lagi mengunjungi Ranau, Poring, Gunung Kinabalu atau paling kurang Kundasang. Memandangkan aku ke sana sekejab sahaja dan semuanya bagi memenuhi tuntutan tugas, edisi jalan-jalan aku itu hanya sekitar bandar Kota Kinabalu sahaja. Pengalaman tersebut boleh baca semula di Kota Kinabalu, Kota Kinabalu Lagi malah berlaku juga pengalaman tak terjangka sepanjang perjalanan itu yang boleh dibaca di Kota Kinabalu Lagi 2 Jangan gelak ya...kalau nak gelak jugak, gelak perlahan-lahan je hu hu hu Malah, aku pernah berkenalan dengan seorang OKU semasa di sana, bolehlah baca entri Kota Kinabalu iii

Kalau ke kota Kinabalu, tak lengkap benar kalau tak ke pasar Filipina. Kat sini terkenal sebagai tempat jual mutiara dan barang kraf yang lain. mata memang akan rambang. Itu kalau pertama kali pergilah...kalau dah terlalu biasa dan kerapkali sangat sampai sana, dah rasa tak hairanpun. Suasana dan cerita tentang mutiara di Pasar Filipina ni boileh di baca di entri Kota Kinabalu ii dan Kota Kinabalu Lagi.
Kalau ke sini pada hari Sabtu (kalau tak silap), di belakang pasar Filipina itu kita boleh jumpa pasar malam. Meriah sangat. Barang-barang tempatan macam sayur dan ikan sangat murah. Hal ini juga aku ada tulis dalam entri. Makanan pelik yang aku tak pernah jumpa dan rasa dalam hidup inipun aku jumpa kat situ. Kalau nak tahu lebih banyak keistimewaan Kota Kinabalu, pergi ke blog aku je lah senang sikit kan...malas nak ulang tulis semula kat sini. Kat sana pun banyak aku tampal gambar-gambar menarik tentang Kota Kinabalu, tak sempat nak korek balik gambar-gambar tu dan tampal semula kat sini. Jadinya, silalah ke sana kalau berhajat nak menatap gambar-gambar indah.


Aku sebenarnya lebih suka bersidai di Waterfront yang letaknya bersebelahan dengan pasar Filipina itu. Pemandangan tepi lautnya sangat cantik. Nampak kapal dan bot di jeti berhampiran. Nampak juga pulau di seberang. Kalau malam...lagilah meriah dan cantik. Nak tengok semua gambar menarik tu, bolehlah ke entri Kota Kinabalu Lagi 1 walaupun pemandangan di sini sangat cantik tetapi masa tu aku belum ada kamera lagi. Ambil gambar pun dengan kamera cap itik angsa sahaja, jadi hanya boleh lihat gambarnya sahaja dengan kualiti yang rendah. Nanti, kalau berpeluang lagi ke sana, aku akan ambil guna kamera dan ambik gambar cantik-cantik ya...

6 comments:

Fina Sophie said...

saya dah hbs baca entri dekat link2 yang anyss bagi. seronok baca. sangat detail. :)

anyss said...

Fina: Waaaaa syaaaabassss inspektor Shahab! hu hu hu memang perlu kekuatan yang luar biasa untuk habiskan. Nasib baik banyak gambar2 yang cantik kan?

Kota Kinabalu memang bestttt tapi blom sempat ratah ikan bakar lagi ni...;)

100penulis said...

nanti buat Lagi-lagi Kota Kinabalu atau Kota Kinabalu The Return. Aitt macam tajuk filem? Heheh

Tak pernah keluar dari negeri ni jadi teruja baca cerita yang details begini. Terima kasih :)

chenta said...

tengah berkira2 utk ke sana juga ni..dah byk kali tgk tiket promo kat air asia..tp tak gak booking..hehehehe

so dgn entry ini, boleh la saya jadikan rujukan utk ke sana...byk btl entry nk kene rujuk ni..hehehe.. :)

anyss said...

100penulis: Saya sampai di singapura 2 kali. kali pertama ke kedutaan new zealand di orchid rood je...teman kawan. kali kedua hanya di changi airport, tak pijak tanahpun....entah bila boleh round 1 spore ;)

Tulis detail untuk jadi panduan orang lain

anyss said...

Chenta: Sekarang ni airasia selalu buat offer...berbaloi sangat kalau tempah awal. pelancongan budget.

Pilih juga tunehotel...kena gaya, memang sangat murah