entry pertama dari ain di 100penulisDOTcom. untuk permulaan ain nak terus ketengahkan isu tentang Kahwin :) wahh, baru hari pertama dah sebut pasal isu berat! Relax, dah sampai usia kite tuk tahu tentang Kahwin kahwin dan Kahwin. bak kate PB ain, amik keberkatan sebelum merasa pengalaman. Hurm, sebut pasal kahwin semua jadi takut nak kahwin kan. kenapa yea? Alasan dorang, ekonomi tak kukuh lagi, kewangan masih dalam permulaan. nak teruk lagi, ade je yang suara " Kahwin? giler ko! susah wei nak jaga anak dara orang." SEBABNYA?? " Fikir kahwin boleh buat main ke? duit kalau ade, boleh la jalan beb!" uwh, pasal duit.. okey, Listen!
perkahwinan tak perlu besar-besaran. dalam islam pun, sudah memadai kalau kite buat majlis yang sederhana menjamu saudara-mara dan rakan terdekat. So, amik kire pasal makanan. LAGI perlu ke pelamin? kalau nak pelamin, mesti ade hiasan kan? dah mahal kat situ. reject pelamin, ikut cara Perkahwinan dalam islam. tak perlu ada tepung tawar, cukuplah kedua-dua pihak keluarga memperkenalkan Pengantin di khalayak ramai dan seterusnya terus buat Makan Beradab.
LAGI wang hantaran tinggi? kenapa mesti nak nilaikan wang hantaran dengan tinggi pendidikan seorang perempuan tersebut? kalau degree mesti atas dari RM15k dan keatas, macam tu? jangan, ukurlah nilai wang hantaran itu dengan tingginya pendidikan agama seorang perempuan tersbut, tak payah nak mahal2 sampai pihak lelaki pun tak mampu. tapi kalau pihak lelaki dah setuju, On jela! LAGI majlis besar-besaran dan mewah? zaman sekarang mementingkan perjalanan majlis perkahwinan, ada Majlis berinai, acara Potong kek lah padahal Berkahwin sebenarnya amat mudah. lakukan akad di masjid, seterusnya buat majlis kecil-kecilan di rumah, itu sudah memadai.
Hal yang perlu kite focus sebenarnya adalah kehidupan kite selepas berkahwin, bagaimana tanggungjawab kite dalam memimpin keluarga, bagaimana si isteri perlu melayan suami dengan baik dan cara macam mane nak dapatkan keberkatan dalam perkahwinan. bukannye mementingkan Majlis Perkahwinan yang gilang gemilang tu.
Hurm, bukanlah niat ain untuk menggalakkan pembaca kahwin muda, hehe! cuma sekadar letakkan diri kite untuk yakin melakukan sesuatu, tak merumitkan hal yang senang, dan lebih tepat lagi agar kite sentiasa membuat sesuatu berlandaskan ajaran Agama Islam, Insyaallah. Hurm, ain suka membaca maka ain berkongsi apa yang ain tahu dan faham. Untuk kite bersama-sama :)
16 comments:
entry ne best tapi kalo buat perenggan ag senang nak bace kot. :)
bab ekonomi tu memang kne fikir kot.sbb skg ni sume bnde gne duit.hehe.btw nice entry:)
hehe ekonomi tu jawapan textbook lah. kalau nk tunggu ekonomi stabil cakap je la tunggu umur 40 tahun baru nak kawin.
zaman sekarang ni laki ke pompuan ke.. dua2 pun kemungkinan besar akan keje kan? ego tu tolak jauh2 (both laki2 n perempuan) pastu berbincang la camne nk bina hidup sama2. lagi cepat ekonomi stabil. and lagi best bercinta bile dah kawin
haha bru perasan sebut 'BAB'.hadoiii.tetiba nak setuju dgn encik kusut:P
buat org yg masih blm lagi ke arah tu mcm saya, saya tumpang lalu je la. hehehe..
anyway, sy setuju. apa yg penting tu BUKAN majlis besar2 dan proses perkahwinan tu, tapi apa yg bakal dilalui selepas saja lafaz akad nikah tu. nak membina itu senang saja. tapi nak pertahankan tu, pengorbanan bukan alang2.
but still, buat mjlis tu jgnlah cikai2 sgt. utk kepuasan diri sndiri juga, yg penting kena ukur kemampuan. jgnla smpai dah tak ada simpanan utk kehidupan lepas kahwin. kan?
sy tahu apa yg sy sedang ckp ni ye. sy pembaca setia mjlh Mingguan Wanita HEHEHEHE
@izzati, so what with 'BAB'? :D
nak kahwin kena ada calon, jadi belum cukup syarat nak kahwin, bukan takut :)
adrina- Thanks! a'ah ek, kalau berperenggan lagi senang u'll nk fikir bab kawen ni :p hehe next time aien kreatifkan lagi entry dengan perenggan :)
sizuka, kusut- Ekonomi kalau nk tnggu stabil mmg berjnggut la.. prcaya pada rezeki, insyaallah semuanya akan lancar kan :) hehehe Motif? bkn nk suruh anak muda kawen cepat! kih3..
bercinta selepas kawen lagi indah tau :)
Fina- dat's ryte! zmn skrg bermegah dgn kenduri kawen, sampai snggup buat loan kawen. eh, ade tau Loan kawen kat bank..
yg pnting mjlis tu ikut kmampuan kite jelah.xpyh smpai buat 3ari 3mlm, dengan mjlis itu ini.. Focuskan pda kehidupan slps kawen, wut next..
nur.sa- :) hehe yg tak de calon pun boleh get ready ye, hehe. mane tahu jodoh dtg ttba, kena stndby awal2 :p
tapi ramai-ramai yang aku tengok bdk2 pompuan ni, sume nak kawen pakai cantik-cantik, pelamin besar2, tambah-tambah plak baru ni kuar video kawen anak tokey NAZA tu.. ala-ala fairy tale.. sume nak kawen camtu la pulak! ah, mati ar gini...
@muje- wanita adalah perhiasan dunia, secantik mereka pun tu semua hanya sementara. nanti bakal isteri muje, make-up la cantik dan sedap mata memandang TAPI biarla sederhana. :) asal cantek dimata Bakal suami dah cukup kan
upss! kalau aien xnk la smpai mjlis mcm tu, biarlah orang tgok kite miskin tapi kaya dengan budi bahasa dan tinggi pengetahuan agama:)
setuju dengan kusut, tak perlu tunggu ekonomi yang stabil baru nak kahwin. sekarang ni pun, suami isteri perlu bekerja untuk tingkatkan ekonomi, dunia pula pula makin membangun.Insha Allah , rezeki datang lepas kahwin. Just Believe in ALLAH:)
Emmmm betul tu... kalau dah jodoh dah suka kawin jeklah.. lagi elok.. kurang maksiat kurang dosa... jangan kawin kerana terpaksa nak lawan2 ngan org sapa hantaran tinggi.. kena buat grand grand...nanti yang susah kita jugak.. kalau mampu xsalah semua org pun nak... tapi bersederhanakan lagi bagus...
comment korang semua buat ain dan mereka2 diluar sane jadi semngt nk bina Keluarga baru. haha! i means xtakut la nk kawen, hanya disebabkan taraf hidup kite yg smakin tggi..
cukop buat sederhana dan yang WAJIB saje. asalkan HALAL :)
Peace!
Post a Comment