Wednesday, September 15

Kisah Aku Kena Ugut Dulu..

Assalamualaikum dan salam mesra kepada semua. semoga anda masih lagi riang gembira di hari raya. dah masuk raya keenam, tapi mode raya tak habis lagi. syawal ada 30 hari. hehe..

Kepada yang dah masuk bertugas, jalankan amanah anda dengan penuh dedikasi ye. fokuskan dengan kerja, usah dikenang raya yang dah lepas tu.. walaupun member tengah buat open house dan menjanjikan duit raya lebih, amanah kerja kena buat dulu..

Hari tu Q buat tag cerita A to Z kan, kali ni asada plak yang bercerita guna kaedah yang sama.. bezanya.. ini adalah pengalaman kena ugut. betul-betul punya. kisah berlaku oktober 2005, masa orang tengah berpuasa dan sedang membeli barang-barang untuk balik beraya..

Walaupun dah hampir 5 tahun kisah ni berlalu, tapi masih jelas dalam ingatan macamana tragedi oktober ni berlaku.. huhu..

A - Aku pernah kena ugut masa duduk kat kelantan dulu.

B - bengkak giler hati ni bila handphone kena ambik.

C - Cuba jugak kejar pengugut-pengugut yang ramai tu tapi tak sempat.

D - Diorang lari lepas tu naik motor, berdesup je hilang.

E - Entah ke mana diorang bawak handphone tak seberapa tu.

F - For your information, time tu aku berdua je ngan kawan aku, baru habis bershopping barang untuk balik raya.

G - Giler punya bengang, aku pegi kat pondok polis bagitau benda yang dah jadi tu.

H - Hahaha.. kelakarnya, boleh pulak polis tu tanya aku nak buat aduan je ke nak buat report.

I - If nak mengadu je, dengan mak aku pun boleh..

J - Jap lepas tu, sorang abang polis ni bawak aku pegi balai untuk buat report.

K - Kat balai ni aku tulis la cerita detail peristiwa ugutan tu dengan bantuan sorang akak polis.

L - Lepas tulis-tulis, aku hantar report tu kat sorang lagi brader polis di bangunan sebelah n dia bagi nombor report & ape semua yang berkaitan.

M - Macam tu rupanya buat report.. ye la, tu first time. dulu pernah jugak kena tahan dengan polis, tapi takde la buat report. hahaha..

N - Nak dijadikan cerita, esoknya aku ngan kawan aku ni keluar lagi pegi Kota Bharu jalan-jalan, pastu terserempak la dengan geng yang mengugut semalam.

O - Oh my God!! nervous jugak.. pastu aku terpandang sorang lelaki yang agak familiar.. rupa-rupanya brader polis semalam!!

P - Polis tu tengah follow 5 orang pengugut tu persis james bond yang sedang menyelesaikan tugasan. (dia menyamar jadi orang awam)

Q - Question di sini, siapa kata polis malaysia tak hebat??

R - Rasa-rasanya la, geng yang mengugut aku tu termasuk dalam geng yang paling disuspek polis kat Kota Bharu tu kot..

S - Setelah aku keluar dari tempat persembunyian dalam kedai jeans di tepi jalan, aku tak tahu dah ke mana arah diorang pegi.

T - Tu lah.. memang takde rezeki nak dapat balik handphone pertama aku tu. habis hilang semua nombor skandal yang aku simpan..

U - Untuk pengetahuan korang, benda ni jadi 3 hari sebelum aku balik KL. pastu nak balik ke sarawak plak nak beraya.

V - Vavi vetul mamat-mamat desperado tu.. sanggup diorang buat aku camtu..

W - Walaupun camtu, aku tau ada banyak hikmah disebalik kejadian ni. kalau takde kes ugut tu, takde la ayah aku bank-in duit lagi. hehe :P

X - X-factor dalam setiap kejadian tu pasti ada. kita je kadang-kadang tak tau..

Y - Yang peliknya.. sampai sekarang aku tak tahu apa perkembangan kes tu lepas sampai ke sarawak. hahaha..

Z - Zaman berganti zaman, kurun berganti kurun.. kes tu hilang dipuput angin.. lalala~

Kisah ni jadi pengalaman ngeri aku. sebelum tu aku memang alert, orang selalu pesan.. kalau nak naik bas, tunggu driver bas tu naik, baru kita naik. tapi hari tu aku ngan member aku naik awal sebab kat luar hujan renyai..

memang geng pengugut desperado ni aim awal-awal dah. tak sampai seminit kitorang kat dalam bas tu, dah kena serang. aku sayang nyawa dari harta.. kang tak bagi dia hempuk dengan topi keledar.

ahh.. kisah dah jadi. hahaha.. ambik sebagai pengajaran. berhati-hati di mana jua anda berada. penjenayah sentiasa mencari peluang untuk buat onar..

Nota Kaki :
ada satu gambar yg masih disimpan.. kenangan di kelantan.. [sini]

**lupa nk gtau, kisah ni dah pernah d ceritakan kat blog asada sebelum ni :D

30 comments:

Mr. Asada said...

saya nak 1st letak komen kat entry sendiri.. hahaha =P

anyss said...

Salam,
Saya pernah baca entri ni sebelum ni lagi...
Sebagai anak kelantan, saya rasa tersangat malu dengan hal ni, dan, nak minta maaf mewakili anak2 kelantan yang lain. Jenayah memang tak mengira tempat, tetapi tersangatlah tak patut berlaku pada bulan setan2 dirantai...

Dapat henpon baru yang lagi canggih tak?

kata kila said...

tak suka lah buli buli.grrr

Anonymous said...

ahahaa. alahai comelnya gambar tu ;PP muka innocent je kot. jambang pun takdak lagi :D


heishh bulan baik pun nak mengugut yee, takpelah redhakan aja, mungkin terlampau desperado nak HP barangkali :D


apa2pun kena jadikan cerita ini iktibar neh. beringat sebelum kena :)

Anonymous said...

ahahaa. alahai comelnya gambar tu ;PP muka innocent je kot. jambang pun takdak lagi :D


heishh bulan baik pun nak mengugut yee, takpelah redhakan aja, mungkin terlampau desperado nak HP barangkali :D


apa2pun kena jadikan cerita ini iktibar neh. beringat sebelum kena :)

Anonymous said...

aloloh comelnya gambar tu jugak..
hahahahaha~

saya orang asing kat sini..

tak kenal asada ni..

tak pernah smpai blog dia..

tak pernah dengar cerita ni.

salam kenal ye..










hahahaha~
~mood ngokngek wat esemen~

KeCiK said...

Hp 5 tahun dulu sgt mahal. Imagine, sapa yg pki 3310 dah OMG.

Bayangkan kalo item OMG itu kena copet. Nanges bai.

Nak jugak letak nota kaki: Mlm2 during the night guna jejantas sila alert se-alert main game Red Alert. Depan belakang kena block mmg setel. Pray to Allah dan bagi jelah apa yg ada.

Bardboo said...

hai asada...slm kenal...ada hikmah henfon ilang..blh cari skandal2 baru plak kot..hehe..

NIA said...

xpe.nl bt cmne kan.org2 mcm tu memang dh xdok keje lain.lps hilang handphone tu konpem dpt handphone baru kan?semua kan ada hikmahnya.lalala~

nur.sa said...

wah, aci jugak komen first eh? haha

kena ugut dan hilang enfon? sekarang kes2 lagi teruk kan. menda2 macam ni dah biasa sangat. T__T menakutkan.

Mr. Asada said...

@anyss :
tak apalah. bukan kamu yg salah. dh redha dgn hilangnya hp tu. hihi.. benda dh nk jd akn jd jugak. jenayah mmg tak kira tempat, kat mana2 pun kena hati2 & berwaspada.

sebulan lepas tu baru ada hp baru. canggih la sikit dr hp lama.

Mr. Asada said...

@kata kila :
uhh.. tak suka jugak membuli ni. err.. mengugut ni kira membuli jugak ea? ngee =P

Mr. Asada said...

@miss faten :
see.. mgg innocent. budak baik tuu.. hihi =P

sudah pun redha dgn kehilangannya. anggap saja takde rezeki nk pakai hp tu. berwaspada & hati2. kena alert dgn keadaan sekeliling.

Mr. Asada said...

@maCy :
eh.. eh.. ada la maCy dtg. comelkan dak tu. hahaha..

ye ke tak pernah dtg? tp cam nama ni je yg paling byk mengomen. hihi =P

Mr. Asada said...

@KeCik :
haha.. zaman tu dh turun sikit la harga dia, tp still ratus2 jugak. 3200 pun harga rm400 lebih.. nasib baik bengkak hati je lepas hp kena tibai..

bagus pesanan ni, kena alert cam main red alert. haha.. jgn sampai bunyi siren merah baru sedar org serang. kena tengok kiri kanan jugak..

Mr. Asada said...

@bArdbOO :
Salam kenal jugak =)
haha.. byk sangatlah hikmahnya. tp rasa kehilangan sangat sbb dah lost contact dgn sorang gadis kelantan. hahaha..

kusut said...

ntah2 brader polis tu still tgh buat long term undercover work kot. cam cite the departed tu. haha

teringat mase zaman skolah dulu bile hari outing kene pakai baju batik sekolah.. easy prey untuk kaki ugut atau 'pow/pau'(ejaan yg aku tak sure)

Mr. Asada said...

@sizuka[Izzati] :
uhh.. benda dah jadi. redha. diorang yg macam tu nak sangat makan benda haram. entah apa yg bestnya.

byk hikmahnya selain terpaksa beli hp baru. hahaha..

Mr. Asada said...

nur.sa :
hahaha.. well, kena jd org 1st. lalala~

skrg sampai berbunuh2 sbb nak reta dunia. lg dhsyat.. nasib baik tak jd berbunuh sbb nk hp cabuk tu. huhu..

Mr. Asada said...

@kusut :
hahaha.. melampau giler. dah selesai kes tu kot. rasanya mamat-mamat tu byk buat kes kat KB.

masa tu tgh guna baju batik la. maklumlah, budak skema. hahaha.. kadang2 je simpan baju batik dlm beg. ngee =P

Sumandak Kinabalu said...

hmmm....sekarang tak kira lelaki atau perempuan mmg kena belajar cara2 mempertahankan diri

Kes tu jadi Cold Case File lah jawabnya ^ ^
My friend pun pernah kena kes ragut nie, bertumbuk sampai masuk longkang. Apapun HP tetap melayang...
Setakat nie dah 2,3 kali turun naik court tp tak selesai2...Mak aiii, mengalahkan kes pembunuh bersiri lah pulak kan...

Chip said...

Aku tak penah di pow time pegi Kelantan tapi time sekolah ada jugak percubaan mamat Kelantan untuk mem-pow aku (dekat-dekat CMM, mana lagi ye?).

Rasanye kalau bukak kelab Mangsa Pow Budak Kelantan ramai tak ahli dia...ahaks!

Mr. Asada said...

@Sumandak Kinabalu :
kalau belajar cara mempertahankan diri pun, org mengugut sampai 5-6 orang, payah jugak tu. kena dgn nasib, sendiri yg arwah..

kena berwaspada.. klu tengok sekeliling sunyi dah berpotensi utk para pengugut, hati2. klu boleh jalan tu biar berteman.. =)

Mr. Asada said...

@Chip :
tiba2 terfikir jugak benda tu. buat kelab mangsa ugut. hahaha.. sape ntah yg nk join..

Anonymous said...

datang tolong tmbh bil komen. haha

i inesen tau jgn tuduh2 ;p

ganbatte 4 d nxt entry :)

humble.yat said...

@asada, ada vocab baru la "vavi" huhu..tak pernah dengar la plak.
@kawan2 100 penulis, jika diugut oleh sesiapa pun, tolong buat repot polis, sebab repot tu akan jd bhn bukti klu terjadi apa-apa, senang nak cri suspek.
saya pernah kene ugut by klien,die siap sebut nama penuh lagi..rasa nak resign tang2 tu jgak..tapi jiwa kene kuat ;-)

maharam said...

Salam,
Selamat hari raya aidilfitri.
Kita tak boleh duga bila jenayah akan berlaku. paling penting, berhati-hati.

Kalau dah hati2 pun masih juga jadi, itu namanya takdir. Tapi kalau kita yang lalai...jangan salahkan orang lain. Betul tak tuan tanah?

kz said...

uish, hebat jugak polis Malaysia nih!

nasib ni bukan kisah dekat Mesir, ingatkan kene ugut dengan pak arab dah tdi. dekat Mansoura ada woh! tapi member ak tu gelak jek kat dia. hehe.

Fina Sophie said...

seram. (- -")
tolonglahh nak hidup aman je, takleh ke.. tsk.

Jue said...

wow entry yg menarek sbb ade a b c
suke2! ^^
benci tol yg suke ugut2 org nie
wat takut jer
sy penah kena rompak dlm umah sbb kwn bukak pintu x tgk sape yg kat luar
rs mcm nyawa ujung tanduk
thx god, nothing happen