Monday, September 20

kongsi knowledge - intro dan macro mode

oleh kusut, G4

untuk post2 mingguan aku bermula minggu ni, aku nak mulakan segmen 'kongsi knowledge' yg ditulis oleh aku sendiri.

tujuan segmen ni adelah utk berkongsi pengetahuan aku (yg tak seberapa) dalam design.. so that rakan2 editor dan pengunjung seme boleh improve blog masing2. aku percaya knowledge sharing adelah satu budaya yg sangat berharga dari zaman ilmuwan dahulu kala sampai sekarang

dengan pengalaman yg tak seberapa aku dalam industri animasi malaysia, dan jugak sikit dalam film production, aku rase benda2 basic pasal design ni aku boleh la kasik tips. and dalam studies aku dalam lukisan, photography, typography, design (in general) dan web design; media arts lah pendek kata.. bleh la aku tolong2

minggu ni aku mulakan dengan tips fotografi.. fungsi 'macro'. tak perlu DSLR pun boleh bergembira dgn fotografi!

klik 'read more' utk baca camne nak guna macro mode ;)

note: ni adalah satu repost entry zaman dahulu kala kat blog aku (in english).. dengan improvements sikit.

aku dapat ilham tulis post ni lepas tengok banyak blog yg post gambar makanan yg diambil dari jarak dekat.. terlebih dekat sampai gambar tu blur. solution dia biasenye ade pada semua compact camera biasa, bernama macro function atau macro mode.


gambar macro button pada kamera wife aku ni diambil dengan mode macro :D

ape bende macro ni? macaroni?
macro function (biasanya button yg ade logo bunga pada compact camera) adalah untuk mengambil gambar dr jarak sangat dekat. contohnya, kalau nak amik gambar bunga kecik sampai nampak detail bunga tu. bila kamera ditukar ke mode macro, kamera akan berupaya untuk fokus pada bunga dan gambar tak jadik blur.


gambar bunga liar sebesar coin lima sen (ringgit malaysia ye) kat celah2 rumput orang putih

note lagi: tips ni ditulis bukan utk mane2 brand of camera. setakat yg aku perasan, seme digital camera cara guna dia lebih kurang sama lah.

macam mane nak guna macro :-
- set kan kamera mode kepada Macro Mode (refer kat manual kamera kalau tak jumpa), biasenye tekan buttton yg ade icon bunga tu.. and icon bunga tu akan muncul kat display kamera.
- hala kan kamera pada subjek (objek yg nak diambik gambar dia).
- tekan butang amik gambar separuh jalan (sampai gambar subjek tu dah in-focus, jelas dan jugak crisp :D) dan hold butang tu. masa ni biasenye bleh rasa kamera tu berusaha nak fokus.
- bile subjek dah fokus dan memuaskan, tekan butang amik gambar tu all the way.

extra tips,
1 - amik gambar dari angle atau sisi, nanti area belakang akan blur dengan cantik.
2 - tengok dalam display tu, cari warna background yg 'naik'
3 - search google dan tengok contoh2 macro shots yg lain. even simple things macam butang baju pun bleh jadik cantik!

sekarang try lah guna macro mode compact camera masing2 ye. experimen, have fun, dan post la gambar tu kat blog masing2 ye. pastu share lah dengan kitorang kat blog ni, nak tengok :D

***

tamat lah kongsi knowledge minggu ni, kalau nak request tips apa2 dlm bidang yg berkaitan (design related), boleh la tanya ye. aku cuba bantu apa yg boleh. kalau aku tak tau, i'll at least point you in the right direction.

20 comments:

Fina Sophie said...

gmbr2 guna macro cantik2! ;)

kata kila said...

ehehehe.suka guna macro!

nur.sa said...

mekasih kusut.
lepas baca entry ni, sy check kamera phone saya ni. ada rupanya butang macro tu (close up scene)yang ada logo bunga. dan yes. gambar cantik. heehe. cun.cun.. suka! thanks.

Miss Kira said...

cantik2.. kalau kamera p leh gak ka???
*curious*

kusut said...

@Fina @kila - best kan gune macro. kadang2 excited sgt amik gambar macro sampai terbongkok2 kat celah semak. kene gelak ngan orang pun tak sedar.

@nur.sa - canggih nye henfon! hehe

tak penah perasan lak nama 'close up scene' tu. benda sama kan? thanks sebab bagitau :D

kusut said...

@Miss Kira - er.. kamera p tu apa ye?

kamera henfon tak semua yg ade macro mode. yg mahal2 tu mungkin ada. tapi kamera aku yg dibeli 3 tahun lepas memang takde lah.

kalau kamera P&S (point and shoot a.k.a. compact camera) almost semua ada macro mode.. agaknye 99% kamera ade macro mode kot.

Raja Fiqri Fauwaz said...

oh. mahu belek henfon juga. hehe.. :)

lezaqasandra said...

nice...gambar macro memang nice giler..hehe

kusut said...

@fiq - belek.. jangan tak belek.

@Leza - sangat nice!

anyss said...

Kusut: Terima kasih, cikgu! Siap ada keja rumah lagi ni...

Ada kala selalu gak lupa dengan butang macro ni...banyakl sangat butang nak tekan, tapi gambar yang jadi ntah apa2 je...

Cikgu, macam mana nak amik gambar bebudak tengah gerak ya? dah tekan butang "jangan gerak pun" still gambar tu tetap cacat sebab budak2 yang lasak payah nak amik gambar depa hu hu hu tolong cikgu ya...nanti banjer keyefsi :D

nur.sa said...

ada sesetengah camera phone ada function2 tu..

kalo kat kamera saya ni, kalau nak amik gambar tengah gerak, boleh pilih butang sports(ideal for fast moving subjects).

nanti kena wat entry jugak la. tunjuk gambar kita amik jadi ke tak. hoho. tangan bukan betul sgt nak tekan gambar2 ni..

kusut said...

eh toksah panggil ciklu lah. tak bertauliah ni.

a'ah macam nur.sa cakap. set jadik sports mode. tu nak amik gambar kucing berlumba pun boleh tu.

kalau gagal jugak, pasang flash.

kalau gagal jugak, pasang lampu biar terang sikit bilik

Sumandak Kinabalu said...

saya pun baru tau pasal fungsi 'macro' nie..
itupun adik yang ajar setelah sekian lama sejak i bought that digital camera...hahaha
thanks for this entry Kusut ^ ^
when my turn come, i will post about my 'macro' pics...hehehe

kz said...

yeahhh kusut!segmen pertama yg berjaya!=)

betul jgk kn, nnti aku ajarkn dekat akak ak, dia beli compact mahal2 xnak guna sbb ak yg selalu bwk camera.heish.

kalau phone cam mcm nokia n95 tu pun ada suma basic compact function. boleh jek try! camera mcm motorola l6, ha yg tu xdek option.

cadangan tambahan:sbb kebanyakn compact kadng2 ssh nak dpt steady shot, boleh invest sikit beli mini tripod. rajin bereksperimen insyaAllah berbaloi.=)

ade gmbr bunga macro kat photoblog-(kosharyphotos), tpi yg tu tk guna compact.=p

thnks kusut 4 da tips!=D

lalatipah said...

oh,thanx for the tips!! suka ambik gambar tp sgt tak tahu pun pasal semua bendalah nie,haha..tekan2, asal ada keluar gambar, cantik,happy..so, sekarang, bolehlah ambik gambar lebih cantik pakai dslr bapak!!weehooo~

thanx lagi! :)

kusut said...

@Sumandak Kinabalu - cant wait to see the macro shots.

@koshary - thanks for the input abt cameraphones. aku dah lama la tak update pasal henset2 ni. so tak reti sangat. yg tau henset kalau boleh call, mms, 3G, cukup.

@syazy_dzaima - give macro shots a try lah. kalau dslr lagi dekat lah macro nye. kadang2 DSLR ade super macro utk lebih dekat lagi. tapi kalau gune compact camera, paling best sebab dia kecik dan ringan, nak macro celah mane2 pun senang ^^

chenta said...

nur.sa punye hp ada function ni?wah..canggih!

saya baru tau..thanks kusut! ^_^

chenta said...

dh try dh..kat hp sy pun ada la!baru perasan :P

kusut said...

eh ade komen :P

@chenta - nanti dah upload kat blog inform ye

iEra naDira said...

sejak saya tau kamera kompak pun boleh buat makro, memang kamera tak terlepas langsung drpd tangan. :D

Ada je benda nak snap. Saya ada snap pic sebatang pensel warna jarak dekat guna makro. boleh tahan! ^^ heee [puji diri sendiri] :P

Nanti bila2 saya upload kat blog. Encik kusut jangan tak tengok. Lalala~ ;D