Semalam saya dan kawan-kawan di facebook dengan gembiranya mengenang kisah silam sewaktu di sekolah rendah dulu. Tengok tajuk entri mesti korang tau nak cakap pasal apa kan,hehe. Mestila pasal lagu-lagu sekolah rendah dok kita nyanyi, praktis lagi main rekorder kat umah,haha. Korang mesti ada lagu feveret kan. Macam saya, saya suka lagu..
"Lihat jauh nun di sana, tekun petani kerja..Buah padi masak kuning, isteri kerjasama" --> apa entah tajuk lagu nie?haha. Seronok betol nyanyi ramai2 kat kelas.
Lepas tue pulak, sangat suka main recorder, kalau salah tiup note, hancusss, memang bingit telinga. Lagu feveret saya untuk main recorder pulak ialah lagu Seberang Prai.....
Seberang Perai
Seberang Perai, bandar yang indah
Menuju Pulau Pinang
Merentas selat yang indah permai
Jambatan Pulau Pinang
Kini kau menjadi
Lambang Malaysia
Hasrat kemegahan tercipta
Kini kau menjadi titian yang muhibah
Negara Malaysia
Tercinta
Haaa, korang ingat tak lagu feveret korang. Jum saya kongsi lagi lagu-lagu untuk korang, mengimbau kenangan silam dulu-dulu.
Lagu Pelangi
Hujan panas
Ku pandang awan mega
Warna lapis tujuh bercahaya
Orang tua kata ular naga
Mencedok air dalam telaga
Kalau tunjuk tangan jadi kudung
Rupa rupanya itu cerita bohong
Ais kacang
Ais kacang, ais ais kacang
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang dipinta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkong
Air gula berwarna...
Campur semua
Enak rasanya
Kegemaran kita semua
Nie la alat muzik kegemaran time kelas muzik, kalo lupa nak bawa, kena ketuk dgn cekgu T_T |
Jum, korang ingat tak lagu-lagu lain, jum2 kongsi kan bersama,hehe :)
15 comments:
Bunga matahari sangat cantek~~
kembang di waktu pagi~~~
Daunnya hijau, bunganya kuning~~
memikat kumbang lalu~~
rekoder gua xreti main.
dah kurang ingat dah. tak ada yang favorite sgt, or kalau adapun dah lupa. dah lama sgt. tp paling ingat lagu inggris kanak2 sebab ayah selalu pasang dlm kereta tiap kali otw ke sklh haha.. satu kaset (dulu kaset jeee) hafal smua hoho.
cth mcm old mcdonald had a farm, rain2 go away, butterfly, i love you you love me, n ape lagi tah. haha. kalau nak ingat balik kena fokus betul2 :P
Hahaha.. Akak pun ingat lagu tu zaman2 sekolah... eh ntah2 kita sama umur jek...hehehe...
Ais..ais kacang...ais ..ais kacang.. bila cuaca panas dan rasa dahaga... lalalalalalala....
"potong memotong, membanting padinya, bercerailah tangkai jeramiiiiii"
^________________________^
teringat mrs phua yg mengajar kelas muzik. sangat garang, tapi bile kelas muzik dia sangat cerai.
ayamak.
i memang x minat dengar lagu since kecik2 lagi. sampai lah sekarang. apa masalah I sebenarnya nieh?
hahaaa
Entri ni best sebab ada nama aku. :)
Buku muzik masa skolah rendah; ruang atas ada tempat utk lukis2, kat bwh tulis lirik.
wah. nampak sangat kelas muzik saya tak best sebab tak banyak lagu pun saya ingat. lagu tiga kupang dan sepuluh budak hitam aje yang masih terngiang-ngiang kat telinga ni. :D
pernah kena rotan dengan cikgu muzik sebab failed masa ujian. dah daku tak minat. hahahha. maluu..
dah lama tak dengar lagu zaman kanak-kanak. rindu pulak rasanya. setakat yang ingat lagu "labah2" jela..hehe
Salam...
Saya masa sekolah rendah dulu suka sangat time muzik... leh main recoder..Hehe...
Msk je sekolah menengah saya masuk pancaragam sekolah... Saya main flute, seksefon, kleranet, dram & terompet... Nak men recoder...Tapi, xde..hehe...
Tapi, dah lama x men semua tu...dah x ingat dah kod2 muzik yg macam tauge tu...Haha...
Lagu yg saya ingat masa seklah rendah dulu sambil men recoder...
Aku burung,
burung tiong,
sungguh pandai,
bernyanyi...
Hehe...
lagu barney n fren.boleh?ekekeke
@kecik: adeke lagu bunga matahari?haha, cam xpenah dgr :P
@Fina Sophie: old mcdonald had a farm, eieieio, and on that farm he has some cows, eieieio, and a moo moo here, moo moo there, here moo there moo everyway moo moo,lalala~
memang, kdg2 nk refresh ssh gila :)
@mummy nana: hahaha, ye kan, entah2 sama umur plak kita..tp dulu memang enjoy giler kls muzik..
@kusut: aiyoo, terharu sebab ingatkan lagu tue balik,sgt suka woooo! :))
@cik jannah: aiyoo, mmg xminat muzik ek?haha, mesti ada minat benda lain nie, minat menulis kot, tue pasal berblogging kan, teehee >.<
@kecik: oh ye kan, sooo, me dedicate entri ni untuk awak la,hehe :)
@nur.sa: hehe, mcm kes cik jannah jugak la nie, xminat..takpa2, minat boleh dipupuk, nanti geng 100 penulis koir ramai2, mesti nur.sa suka,hihi :))
@aniza: haha, memang zaman kanak-kanak buat kita jadi rindu kan, lebih-lebih lagi sesiapa yg betol2 enjoy life jd kanak-kanak,hehe :)
@Azwandy Bin Muhamad: wow wow wow!!dulu pernah nak masuk pancaragam, mak xkasi,uhuk! pastu ayah memang suruh masuk kelas violin sebab kementerian bagi free blajar, mak pn xkasi, nak UPSR katanya,wuuu~..xdahal, nanti kita buat kls muzik, blaja balik tauge2 tue,hihi :)
@kata kila: aiyoo, suka lagu barney..i love u, u love me, we are happy family, hik2.. >.<
Airmu mengalir dari gunung jauh disana.
Jernih dan sejuknya, sungguh dipandang mata.
Kau tetap mengalir walau apa halangan tiba.
Tak berhenti henti hingga sampai dilaut nanti.
Masa juga kan berlalu tak menunggu kita.
Gunakanlah sepenuhnya jangan lah leka.
Post a Comment