BUGGATI VEYRON hmmm..
antara 10 kereta termahal di dunia..
tengok rupa, rekaan kereta ni dah cukup mewah dan ekslusif..
apatah lagi harganya tak tercapai akal kita nak membayarnya.
Tapi bukan kereta ini menjadi "post" utama saya pada kali ini.
tapi isu "MAHALNYA!!!!!" yang menjadi mainan fikiran saya pada masa ini.
Malah bukan isu kenaikan harga barang yang sering ibunda saya bicarakan tatkala membeli barang keperluan barang dapur kami sekeluarga.
Apa yang menjadi persoalan saya,
MAHALKAH HARGANYA UNTUK MENJADI BAIK?
Saya menonton sebuah drama tempatan, kisahnya seorang kanak-kanak perempuan yang tersangat nakal berubah menjadi baik setelah kedua ibu bapanya terkorban dalam sebuah kemalangan.
Apatah lagi bila melihat kanak-kanak itu membesar,
agak sejuk hati melihat dia menjadi "baik"
tapi, kanak-kanak itu hanya menjadi "baik" dengan pertukaran nyawa.
Pada fikiran saya, ianya agak MAHAL untuk menjadi seorang yang baik dengan kehilangan kedua ibu bapa tercinta yang membesarkan dan mendidik kita seadanya.
Jadi, sahabat-sahabat di luar sana janganlah menjadikan isu untuk menjadi insan yang "baik" bila kita dah kehilangan nyawa orang yang kita sayang.
Akan menjadi insan yang "baik" apabila dah sampai seru dan hidayah.
Alasan-alasan yang agak klise didengari untuk kita menjadi "baik".
kerana alasan-alasan itu terlalu mahal untuk menjadi tukaran status "baik".
Saat kita menjadi "baik" seperti yang diinginkan,
rupanya kita dah kehilangan permata berharga.
Saat kita menjadi "baik" seperti yang diimpikan,
segalanya sudah terlambat untuk kita ulangi sejarah yang tidak ternilai.
~Wallahu 'alam~
16 comments:
bugatti veyron kereta plg mahal!!! hahahaha..
xp cantik sgt2..
agagagaga...
my favy.. =)
mewahnye keta..
tp, klu tercalar sikit, aduiiii
some peopple kena triggered sikit baru dia sedar. td baca paper anak tendang ayah. apehal?
bugatti kalau bwk masuk tmn-tmn konpem setel, bonggol byk kak.
hehe, syorga cinta. =p
setuju!kesimpulan yg saya boleh buat adalah: jom kita kekalkan atau usaha berubah jadi 'baik' sebelum dikenakan bayaran sesuatu yg 'mahal'.
mesti hargai apa yg ada sekarang. especially parent yg masih hidup, kalau dh xde, baru nanti terhegeh2 nak cari, meraong menyesal.
ah, malam ni abis keje nak blik la..
Salam mama ngan engku nak cium pipi skali.. Takut tak sempat.. :)
cerita kelakar.. mase zaman muda dulu, clash dengan awek lantas berazam utk tak jadik 'orang baik' lagi dah.
lepas tu hidup huru hara. bile dah lama baru sedar ape mengarut aku ni.. jadik baik lagi banyak reward lah.
part kelakarnye.. last2 (lepas lebih setahun) kitorang sambung balik hubungan.
ok aku tau.. tak kelakar. tapi jadik baik lagi banyak reward
Miss Kira:
bugatti veyron kereta jadi pilihan mewah belia2 arab sekarang ni..huhu..tengok ajer la jwpnnya..
sofia: tula tercalar sikit buggati tercalar hati huhu
KeCiK said...
betul2 da tengantuk baru terngadah kan? nampaklah kita n tak sempurna mana..
koshary;
salah satu contoh drama yg betul, itu antara ilham post ni, pandai koshary, maklumlah sy ni hantu drama melayu,suka tgok mesej yg tersirat.
syazy;
bukan setakat ibu bapa ajer, teguran sahabat baik pun perlu diambil kira, tapi susah kan nak cri teman yang jujur untuk menegur setiap kesalahan kita.
raja fiqri;
cium jngn tak cium ibu,kalau boleh masa dia tidur, pandang dan renunglah mata ibu, mesti mengalir air mata mengenangkan jasa ibunda tercinta
kusut;
part sekejap jadi baik dan sekejap jadi kurang baik membuktikan iman kita ini sentiasa bertambah dan berkurang..;-)kita hanya insan biasa yang tidak sempurna..ada moral of story aper citer kusut tu..
kesimpulannya, jangan bertangguh utk mjadi seorang yang baik dan berguna :D
@fina-betul..tp senang je kan klu nak jadi jahat..
oh...saya nak kereta ni!!tapi berzaman la gamaknya..haha
Post a Comment