Masih ingat lagi filem Duyong? Alahhhhh yang Saiful Apek berlakun dengan Maya Karin tu…Awie juga. Dah tak ingat? Alaaaaa yang ada lagu best tajuk Aspalela tu…haaaaaa ingatpun!
Balik dari Semporna, Sabah cuti sekolah lepas, aku selongkar Youtube.com dan khatamkan tengok filem Duyong walaupun dah berkali ditayangkan kat tv. Tak sempat nak tengok sebelum ni. Bila dah balik dari Semporna, barulah aku dapat menikmati filem ini dengan lebih baik. Sebabnya mudah sahaja, aku pergi tengok sendiri kawasan penggambaran filem ini di Tampi-tampi.
Kalau pergi Semporna, kita tak akan menyesal kerana lautnya sangat indah. Hijau dan jernih. Pencinta laut tak akan lepaskan peluang untuk ke pulau-pulau berhampiran seperti Mabul, Sipadan, Kapalai dan sebagainya. Cantik sangat. Dari resort pun kita boleh nampak ikan, penyu, ketam kat dalam laut. Snorkling pun dah puas hati, apalagi scuba…lagilah berbaloi.
Balik dari Semporna, Sabah cuti sekolah lepas, aku selongkar Youtube.com dan khatamkan tengok filem Duyong walaupun dah berkali ditayangkan kat tv. Tak sempat nak tengok sebelum ni. Bila dah balik dari Semporna, barulah aku dapat menikmati filem ini dengan lebih baik. Sebabnya mudah sahaja, aku pergi tengok sendiri kawasan penggambaran filem ini di Tampi-tampi.
Kalau pergi Semporna, kita tak akan menyesal kerana lautnya sangat indah. Hijau dan jernih. Pencinta laut tak akan lepaskan peluang untuk ke pulau-pulau berhampiran seperti Mabul, Sipadan, Kapalai dan sebagainya. Cantik sangat. Dari resort pun kita boleh nampak ikan, penyu, ketam kat dalam laut. Snorkling pun dah puas hati, apalagi scuba…lagilah berbaloi.
Banyak rumah tumpangan yang murah dan selesa di pulau mabul dengan sewa harian serendah RM70 sahaja termasuk makan minum sepanjang hari. Sepanjang masa percutian itu, saya memang tak ingat langsung tentang dunia lain termasuk lambakan kerja yang perlu disiapkan ikut masa. Lupa terus dunia lain selain menikmati keindahan Semporna termasuk di Pulau Mabul dan Kapalai.
Kalau suka jejalan makan angin segar tanpa pencemaran, Semporna dan pulau-pulau ni memang tempat yang sangat sesuai. Dah kerja keras majukan negara sepanjang tahun, sesekali apa salahnya hadiahkan diri percutian murah tapi indah. Airasia kan ada? Plan awal-awal, menabung dari sekarang.
18 comments:
org semporna ke anyss, or sj jalan2 ke semporna? cuz kebetulan, bulan 12 nti saya dah plan nak pergi semporna. hehe.. :) insya-ALLAH. ada cdgn?
pulau kat semporna memang cantek gyle. saya pernah sampai sana last year. tapi masa tuh pergi kejap jer sebab kejar masa. next tyme lau dapat pg memang nak stay lama2 lah...wah smpai skrg masih teringat keindahan air laut.
lame dah mengidam nak ke sana. tapi pulau dekat terengganu ni pon tak singgah lagi. tunggu dulu la semporna. hehe
nak pegii nak pegii...sobssss
mengendap orang nanti mata kene ketumbit! haha
eh tapi seriously..
nak sgt pegi pulau2 ni dan berscuba diving. nak kene amik lesen dulu tapi. eh.. scuba diving pun tak penah!
Fina Sophe: Jejalan je ke Semporna, ore Kelate ;)
Kalau pergi Semporna, sangat rugi kalau tak pergu pulau terutama Sipadan. Tinggal semalan dua di pulau mabul, nanti boleh pergi pulau kipalai dan sipadan. kat pulau sipadan tak boleh tinggal, boleh pegi siang untuk scuba dan snorkling je. Nak masuk sipadan kena minta permit dulu. Permit tu amik masa sebulan untuk proses dan lulus. Dah boleh mintak dari sekarang. Kami dulu tak tau kena minta permit ni...rasa rugi je tak pi Sipadan Sebab pulau sipadan pulau yang paling cantik...
maklumat lanjut banyak saya tampal dalam blog http://annieyss.blogspot macam kat link dalam entri di atas.
Cik Jannah: Sesiapa yang dah sampai tengah laut sana, memang akan pi lagi. Rugi tak pergi...saya sebenarnya tak suka laut sebab panas, tapi...dah sampai sana, tak mau naik ke darat lak hu huh u bila naik, gelap gelita mengalahkan bayau laut hu hu hu
Danial Ikhwan: Pulau kat Trengganu pun saya belum penah saya pi hu hu hu kedai kropok losong dah penah pi lah ;)
kata kila: Jommmmmmm pi! book tiket awal2...6 bulan sebelum pi, book tiket airasia, boleh dapat murah sikit ;) Sempat menabung lagi tu...
Kusut: hu hu hu ketumbit!
snorkling tak kena lesen. Saya pun tak reti berenang tapi pi terjun juga buat snorkling. Besttttttttttt! Bukan je penyu datang ngendap...anak dugong pun datang ngurat hu hu hu
satu hari nanti :) mahu juga pergik.
anyss.. letak la link gambar.. nak tengok gambar dia..
wowww...
bestnye... emm... klu dapat posting sana, xyah g pasar dah, jala ikan aje nnt!ehhe
nur.sa: Besttttt nikmati alam semulajadi
Asada: Dah letak link sebenarnya...tapi tak tau kenapa post tu 1 perenggan bertindih, penat dok godek2 tapi tak jadi gak...
saya letakkan link kat sini je lah ya...
http://annieyss.blogspot.com/2010/06/mabul-aku-datang-menggendong-cinta-yang.html
http://annieyss.blogspot.com/2010/06/tapak-arkeologi-bukit-tengkorak.html
http://annieyss.blogspot.com/2010/06/menjejak-duyong-di-tampi-tampi.html
http://annieyss.blogspot.com/2010/07/kata-cik-bintang-entri-senafas.html
http://annieyss.blogspot.com/2010/07/hatiku-tertinggal-di-kapalai.html
Semua entri ni ada banyak gambar...selamat menikmati ;)
Sofia: kalau masa isi borang nak posting tu letak Sabah dan Sarawak...memang CONFIRM dapat. Kat pulau Mabul tu ada satu sekolah, bolehlah tengok suasananya dulu sebelum pi posting...pulaupun bukan besar, 1 jam jalan kaki dah habis ;)
jeles T_T haha..aritu gi sabah just sempat g kundasang, ranau and kk. pergi poring, kg luanti (ikan gigit2 kaki,best!!)pastu, gi labuan, naik feri dari menumbok lebih best drpd naik dr kk.boleh tgk laut yg cantek sgt..dulu time dok matriks di labuan,mmg boleh kira every weekend pi laut dia, mmg cantek jugak.
tp,sekarang ni bercita-cita nk pi pulau di tgnu dulu, hoi hoi *mula menabung* :)
Syazy: Saya pun jeles dengan awak jugak...penah landing kat labuan, tapi x pijak tanah pun hu huhu ...jeles jugak, saya selalu pi KK tapi sering kempunan tak sampai kundasang dan ranau lagi...apalagi gunung kinabalu hu huh u....panjang umoQ, kita pi lagi hu huhu
Post a Comment