Ini entry pertama saya.
ini bukan entry biasa-biasa, ini entry Raja. :)
Salam perkenalan dan salam sahabat buat editor, pembaca dan pengunjung 100penulis.Juga salam 1Malaysia.keh keh keh.
Saya terjumpa link ke 100penulis di blog mana entah, ketika saya berjalan-jalan blog.
Ini adalah komuniti penulis yang kedua saya sertai selepas kapasitor.net.
Sebelum ini saya banyak menulis puisi, cerpen dan blog di situ.
Namun komuniti di situ agak terikat dengan undang-undang dan hukum penulisan.
Jadi, sekarang saya agak kurang menulis di kapasitor.
Ada la posting lagi sikit-sikit.
Saya juga menulis blog sendiri di blog Raja Fiqri Fauwaz.
Saya menulis di situ sudah hampir dua tahun, namun blog itu agak kurang konsisten postingnya, dan sekarang saya sudah mula agak aktif menulis semula untuk tahun ini.
Tentu komuniti tertanya-tanya,
Kenapa penulisan saya kaku dan terlalu mengikut hukum tatabahasa,
penjelasan saya mudah, ini cara saya menyampaikan penulisan saya,
dan saya adalah seorang penulis Bahasa Melayu.
Bertemu lagi kita di entry yang akan datang.
Sekian dari saya,
Raja Fiqri Fauwaz
Blogger rajafiqrifauwaz.blogspot.com
16 comments:
salam kenal,
lepas ni bolehlah kita bertukar-bertukar idea. :)
boleh.. insyallah..
salam berkenalan...
Tak jadi masalah, (:
Bagi saya tiada salahnya menulis mengikut hukum tatabahasa dan mempunyai gaya baku kerana tanpa insan seperti anda, siapa lagi yang akan memartabatkan bahasa jiwa bangsa kita, bukan ?? :))
By the way, salam perkenalan yeee >___<
ade sorang blogger otai ni kata, jangan guna bahasa macam surat khabar.. tak menarik (lebih kurang camtu la maksud dia). tapi tu pendapat dia la
ade orang boleh buat ayat skema tapi bunyik menarik jugak kan?
slamat kenal, slamat hari raye! ^^
salam perkenalan..tidak kira la apa ayat atau bahasa yang digunakan, asalkan idea dan pendapat tu dapat disampaikan dan difahami ^_^
penting juga untuk kita martabatkan Bahasa Malaysia dalam komuniti virtual ni. saya setuju dengan anda! =)
salam perkenalan.
satu cara mengekalkan penggunaan bahasa melayu tu.
keep it up :D
salam kenal dan salam aidilfitri.
hehe.. sudah menjejak ke blog kamOo.. salam kenal..
err.. nak panggil raja? atau fiqri? atau fauwaz?
salam kenal
nama panjang benor cik abg nie..
=)
Salam berkenal-kenalan Raja Fiqri Fauwaz, aiseh, nama chantek dan panjang! so, nak panggil apa ni?ngeee~ >.<
K. Beyazid - ya, salam kenal.
Azza ShanShan - Baiklah.. hehehe..
miss faten - hihi.. ye la.. nak bahasa baku pun tengok jugak tempat kan.. takkan nak reply komen pakai bahase juga.. hihi..
kusut - yup. saya setuju. Tak percaya tanya pembaca-pembaca mastika. Hihi..
kompas - :)
koshary - yup.. betul3.. :)
nur.sa - yup, memang itu pun tujuan saya.
ASaDa RyutaRo - mane2 pun boleh..
cIk JanNah - salam. Ramai dah cakap macam tu.. hihi
sYazY_dZaiMa - mane2 pun boleh.. :)
Bukan setiap masa kita perlu siyes.
Tak best lah camtuh.
Dan tak setiap masa kite perlu maen2.
Bertempat lar kiranya.
Kalau ada isu nak dibincangkan, kte serius lah. otometik bahasa keluar.
Dah terbiasa (:
azza. betul la tuh, saye pun memang macam tu.. hihi.. selalu jugak..
cantek nama. nak panggil fauwaz je la leh kananyway, eid mubarak to you :)
Post a Comment