Tiba giliran Cik Jannah pula G11 untuk membuat entry. Minggu lepas ter"skip" kerana sibok teramat dengan ber-raya sana sini ditambah masalah untuk online membuatkan giliran I terlepas. Tak apalah anggap tak ada rezeki.
Bila hari raya korang alami tak benda yang I alami nieh? kalau pergi rumah saudara A mesti tanya "bila nak kawen?", saudara B "Siapa bf", saudara C "Orang mana", saudara D "Jangan tunggu lama-lama nanti lama-lama dia dikebas orang" (bunyi macam lagu). Soalan-soalan begitu memang lazim sangat saudara-saudara I utarakan tapi yang peliknya cousin-cousin I yang sama umur tidak pulak ditanya nya. Kenapakah?
I rasa umur I sekrang yang mencecah 25tahun nie bukanlah umur yang dikategorikan sebagai umur wajib kawen kan? Bahkan abang sendri pon belum berkahwin. Takkanlah nak langkah bendul pulak kan? Kang lau dia mintak bukan-bukan sebagai hadiah langkah bendul macam mana? dia minta rumah sejibik ker? kereta sebuah ker? Tak pasal-pasal mood nak kawen masa tuh membuak terus jadi meroyan.
Sepatutnya soalan-soalan maut begitu usahlah ditanya. Konon katalah soalan begitu ditanya kepada wanita yang usianya menjangkau panggilan "anak dara tua". Apa tak kecil hati beliau? Orang cakap kawen tuh sedap tapi sebenarnya kawen tuh memang perkara sunnah yang dituntut rasullulah tapi disebalik perkahwinan itu terdapat 1001 hikmah dan dugaan yang bakal ditempuh.
Bukan mudah nak kahwin. Bukan mudah nak jadi Isteri yang solehah, Bukan mudah nak tempuh alam rumah tangga kalau diri benar-benar belum bersedia. Sebab tuh ramai wanita yang lewat usianya baru berkahwin. Bukan sebab tak ada calon suami tau. Salah fakta tuh.
T__T
Lepas nieh jangan tanya soalan kawen kat I. Nanti I kecik hati
T__T
15 comments:
biasa la tu..dah jadi macam satu tradisi dah buka warung kopi tanya soalan pedas macam tu.hehehe
hahaha.. sabar je la ngn soalan cepu mas camtu. cam soalan peberet lak kan.. ada tak yg tya kat formspring? hihi =P
diorang saja mengusik.. x yah ambik hati.. =P
hehee. dah biasa sangat dah..
awak tanya balik la orang yg tanya tu. makcik/pakcik ada ank lelaki nk bg kat saya ke? hahaha.
tak. tak. awak abaikan aje. kalau saya, selalunya saya akan senyum dan jawab, nanti sampai masa, sampailah kad. mak saya pun ajar jawab mcm tu. takyah amik hati sangat. dah jenis orang kita suka bertanya. soalan pun takkan abis-abis. dah kawen pun akan ada soalan, dah ada anak? dah ada anak nanti tanya lagi, bila nak tambah anak.. see?
cuma satu soalan je orang tak berani tanya kot. bila nak mati? huhu..padahal ajal, maut sama juga dengan jodoh semuanya di tangan Dia.
@nur.sa eh bile nak mati.. kalau org jawab soklan tu mungkin dia suicidal kot.
sabar je la ek. nanti dah kawin paham la that urge to ask orang bujang that dreaded question. and i'm not talking about anything sexual tau. org yg tanye tu mungkin menyakat tapi dia ade niat baik tu
memang soalan skeptikal time raya.sampai ada seorang kwn call sy, minta saya prepare jwpn untuk dia..comel betul.tp perkara macam ni subjektif, perlu bersifat terbuka, kalu die mnegusik, jwblah blik dgn usikan.;-)
ni kalau dapat member hangin ni. mesti tak boleh terima kan kan
[z@ck] :
kan?
apa lah bg soalan pedas laen kali bagi la mkn rendang pedas. sedap gak leh msk pewot ;)
ASaDa RyutaRo :
nasib baik x da formspring. eh jakunnye x da formspring? T_T
tak amek hati. cuma diorg mencuit hati sket
:)
nur.sa :
betol2.
jodoh ajal maut dtangan tuhan. bila depa dok tanya saya pon tak tahu nak bg jawapan apa. cuma leh jawab bagi lah chance kat abang dulu.
hihi
kusut :
nanti dah kawen nak tnye semua yg single soklan cepu cemas. sapa jawab dapat emas "bila nak kawen?" rugi la ko kawen lambat sebab kawen sedap. erkkk? apakah?
(org kata kawen sedap? sedap rasa perisa apa eh?)
T__T
humbleyat :
Nasib baik saya tak sentap cuma nak jawab tuh berulang kali jadi letih. last2 senyum jer la
kata kila :
aha sebab sesetengah org anggap isu nie sensitif. nasib baik i pkir +ve..
:)
hehe.hepi hepi selalu.biasalah kdg2 org nak usik je tu.hihi.sy pun kdg2 seronok jgk tnye2 sedara psl kawin ni.itu namanya nakal.kakaka.tp jgn kecil hati ok.hapi hepi selalu:)
hehe.. skrg ni sy pun dah ramai pakcik mkcik bertanya. umur dah nak 24, cousin yg baya2 saya pun dah ramai yang dah kawen dan yang merancang nak kawen pun ada juga. mestilah tnya. adoi.
tp biasanya, sy jawap saja, "tunggu anak aunty si lanag (or siapa2) tu kawin dulu. smpai skrg blm kawen2 lagi."
kalo aunty tu takda anak baya saya or lbh tua dr sy, pass soalan tu dekat bujang2 yg ada time tu. agak kejam tp tu cara sy nak mengelak haha. nak wat cmna, seru tak smpai lagi. bf pon takdaaaaa.
lepas tu, dah cukop. diam. otomatik tukar topik. senang kan? :D
sizuka[Izzati] :
eh eh tak kecik ati dear. cuma malas nak layan. sebab sepatut nye mereka kena tanya my bro dulo. nie yang tua belom kawen dah tanya adiknya. tak adil kat situ
T_T
Fina Sophie :
kadang-kadang saya jwb mcm 2 gak. tapi kan tau lah lau ari raya kan ramai sedara mara. lau pg sedara A dia tanya.. kalau kat rumah 2 ada suami isteri sepupu sepapat sorang2 dok tanya dalam masa yg berlainan jadi geram pon ada. tapi terpaksa kena bajet cool jer. padahal dalam hati dah berapai sampai dalam hati berkata2 "apsal korang nie menyibok sangat tanya aku bila nak kawen? ko kawen kan anak ko sudah. jgn sbok anak orang"
tu dah tahap kritikal lah ... :)
orang tak tanya ak dah kawin ke belum, tpi tanya 'anak berapa?'.
ni mushkilah besaq. kelibat bini pon takdak boleh tanya anak. heish.
nak buat mcm mana kn, senyum senyum je lah bila ditanya mcm tu.
Yaa saudara Koshary memang tepat sekali! Makcik/Pakcik yang annoying ni memang takkan putus dengan soklan-soklan trivia. Bila dah kawin...diorang akan tanya bila nak ada anak...bila ada anak...diorang akan tanya bila nak tambah anak...bila anak dah bole buat team bola, diorang tanya bila nak beli keta/rumah besar...Argghh!
It never ends. Kunci dia sabar ajelah...
Saya pn tak terlepas tp xda yg tanya pasal kawen, tanya sapa bf ja, bila nak kenalkan?aiiyoo sebab kazen saya yg umo 31 lelaki tak kawen lagi..hari tue ada plak dorang pakat nak suroh saya dgn kazen saya tue, takmooooo, dah anggap mcm abg dah pun..org tua nie mmg serius sgtla kalau nak suroh anak kawen,haha.
koshary :
eh?
lagi advance soalan yg ditanya. hik3
laen kali jwb lah anak dah ada 2 anak tekak & ank mata. erk?
(pandai nasihat org je lbh)
hik3
Chip :
sbb kita x da kuasa nak buat orang tak bertanya. normal bila manusia ingin tahu kan sesuatu kan?
betol kata chip kunci nya sabar
:)
sYazY_dZaiMa :
huishhh
x baek kan kawen kazen? lagi2 lau kita dah anggap abg. memang lah lagsung tak kan ada perasaan.
T__T
jwpn sy plak, saya nak setia pada ibunda tercinta, tak bersedia nak tinggalkan die lagi sebab adik2 semuanya bersekolah lagi.nsib bek semua faham hehe.
tp ada juga statement dr seorang ibu pagi raya bila nak tak balik kg "menyesal plak kawinkan anak awal2!"
sebab semua dah lari dari die..jd si ibu nekad tak nak kawinkan ank2 die yg lain awal2.huhu..terkujat jap..
Post a Comment