Ramai orang kata sambutan Aidiladha di kelantan lebih meriah berbanding negeri-negeri yang lain. Betul ke? Aku tak pernah pula sambut Aidiladha kat tempat lain, hanya di kampung halaman sahaja. Beberapa kali pernah jugalah sambutnya di Bangi keseorangan. Tak rasa apapun, macam hari biasa sahaja. Suasana tetap sibuk macam biasa, bezanya hanya bercuti satu hari.
Apa sebenarnya membuatkan Aidiladha sangat berbeza antara di kelantan dan tempat lain? Setakat ini aku ada beberapa perkara yang menyebabkan sambutan Aidiladha sangat menjadi meriah berbanding di tempat-tempat lain. Sebabnya;
i. Pertama: Perantau Balik Beraya. Sesak Itu Indah
ii. Kedua: Acara Qurban Dijalankan Secara Persendirian
iii. Ketiga: Walaupun Tak Mampu Haji, Ganti dengan Qurban
iv. Ke Empat: Memasak Dan Jamu Kepada Tetamu
v. Ke Lima: Acara Ziarah pada Hari Kedua, hari pertama: sibuk potong daging
vi. Ke Lima: Ziarahi Kuburan
Anda juga boleh melihat keindahan awan sepanjang perjalanan aku balik kampung di Kelantan sempena sambutan Aidiladha lepas dan kembali semula ke bangi di entri Ditemani Awan Gemawan Putih Kekabu Bak Biri-Biri Gemok. Selamat menikmati.
Entri ini menjadi sangat pendek kerana anda perlu ke blog saya bagi mengetahui kisah seterusnya. hanya terdapat dua entri sahaja tentang sambutan Aidiladha yang sempat saya siarkan di Saat kau Sentuh Hatiku. tiga entri lain akan menyusul kemudian hingga ke minggu hadapan. Mohon ampun, tersangat sibuk buat masa ini, harapnya anda semua mampu mengetahui perkongsian suasana Aidiladha berkenaan.


17 comments:
aku setuju yang sebab #2. buat persendirian dan kemudian jamu tetamu makan (selepas di masak)
tak pernah nk rase feel raye haji dekat kelantan or terengganu...teringin jgk nk rase
best la raya kat Kelantan. mak orang Kelantan. abah orang Batu Pahat. hari tu balik raya kat BP tidur sepanjang hari. yang datang beraya pun cousin and pakcik je one family. tak ada buat apa-apa selain makan ramai-ramai pagi tu. tengok sembelih lembu pun tak. huhu. tapi balik raya BP dapat duit raya :P
5 THINGS: There’s a first time for everything
yeap, thats what i heard! dekat tmpt sy, family yg buat korban, adalah menjamu :) kalo family sndiri buat, prgi tlg2. perkara biasa kan..
Salam,
Pala Maldini: pergi rumah sesape pun kena makan...biasanya menu dia lebih kurang sama je
Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Dua
Salam,
Hentak belipat: 100 penulis ada ramai editor dari kelantan dan terengganu, Aidiladha tahun depan, mintak BOSS buat rombongan Cik Kiah ...saya sudi jadi tuan rumah hu huhu
Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Dua
Salam,
nn: Apa kata NN pula yang pergi jalan2 ke serata kampung dan lawat semua sanak sedara...lama2 boleh jadi budaya. meriah macam di Kelantan jugak nanti ;)
Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Dua
Salam,
Fina Sophie: Itu sebaiknya. Saling ziarah menziarahi dan tolong menolong. Masa ni lah boleh jumpa ramai sedara mara dan orang kampung. yang tak bestnya bila...ada edisi anyam ketupat hu hu hu
Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Dua
rindu kelantan! oh myyy, tapi serious raya kat kelantan memang besttt =D
ghua ade member brader kelantan sorang , bini beliau cakap , raya haji WAJIB untuk anak kelantan balik . pergh , dahsyat !!
betul2.. setuju yang point pertama tu.. hehehehe
Latest entry: Men's Love
Salam,
Aida: SabaQ! SabaQ! SabaQ!...karang boleh balik Kelate...study sampai habis dulu ;)
Sangat meriah sampai rasa macam tak sah kalau tak balik Raya
Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga
Salam,
R.k: Raya Aidilfitri kurang meriah sebab ramai yang dah mula puasa Enam pada hari kedua. Lepas tu balik KL.Tak sempat nak meriah...
Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga
Salam,
Miss Kira: tahun depan datang raya di kelantan ya ;) jom reramai!
Meriahnya Aidiladha di Kelantan Edisi Tiga
meriah! dan harap2 kemeriahan ni kekal macam ni sampai bila-bila. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. berperibahasa plak :)
wah.. memang menarik! tapi situasi saya lebih seronok kot. belajar di terengganu nak dekat2 kelantan sikit, raya haji 3 hari. so org lain juz cuti 1 hari, lepas tu sambung lagi 2 hari kelas, tapi saya dah cuti terus. hebat!!
Latest Entry: Kebahagiaan Itu Membahagiakan..
tak pernah beraya aidiladha di tempat lain selain terengganu. tapi dah 2 kali berturut2 sy beraya di mesir~ ;)
p/s : kat terengganu sambutan aidiladha kurang meriah.
Post a Comment