Tuesday, January 25

Biar jadi pengalaman






Assalamualaikum semua. Sihat tak? Doakan aku yer. Selsema tak habis-habis nie. Tekanan betul bila duduk dalam kelas yang sejuk macam kat oversea tue. Tapi, nak buat camner. Redha je lah dengan ujian yang diberi. 

Minggu nie adalah minggu kedua aku start kuliah dalam tahun ketiga nie. Tak sabar dah nak habis, nak kawin kerja, kumpul duit, beli kereta, beli rumah, pergi haji. Bestnyer. 

Sebenarnya, aku betul-betul blur nak post entry hari nie. Bila buat research (pergh, kelas research pun tak masuk lagi, dah buat research), terfikir nak buat puisi baru. Tapi, idea yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba. So, nak minta pendapat lah tentang satu cerita nie.

Cinta itu buta? atau Kita yang buta cinta?

Jatuh cinta perkara biasa. Kononnya, dari mata turun ke hati. Aku pernah terbaca satu artikel yang menyatakan cinta itu hanya untuk ilahi. Untuk manusia, hanya layak sayang dan kasih. Bila aku fikir, benar juga kerana cinta itu perasaan tahap tertinggi yang boleh diucapkan dan ia selayaknya untuk Yang Maha Mencipta.

Menipu kerana tidak mahu menyakitkan. Boleh korang terima? Sudah berpunya, tetapi tak mengaku kerana sayang. Jelak mendengar, tapi bila terkena, hilang kata-kata. Aku ingin berkongsi pengalaman. Mungkin biasa berlaku, tetapi penerimaan adalah berbeza bagi setiap individu. Bagi yang tidak kuat iman dan pendirian, mungkin boleh jadi gila kerana terlalu sayang. Tapi bagi mereka yang masih mengingati tuhan, insyaAllah masih punya sedikit kekuatan meneruskan kehidupan. 

Sudah tahu diri ditipu, tetapi masih setia menunggu. Kenapa? Ada banyak faktor yang boleh dilihat dalam aspek ini. mungkin sudah tiada calon lain yang dirasakan lebih sesuai ataupun sayang yang disemai tidak mahu dihancurkan dalam sekelip mata kerana merasakan masih ada ruang dan peluang si dia berubah. Mana satu pilihan anda? Meninggalkan atau membiarkan?

Berterus-terang kadang-kala bukan yang terbaik dalam semua keadaan. Percayalah. Ada masanya berterus-terang sangat menyakitkan dan boleh memusnahkan. Kalau berterus-terang membuatkan hilang kebahagiaan yang sangat sukar dikecap, pastinya ramai mengambil keputusan untuk berdiam. Melainkan, sekiranya berterus-terang memberikan sinar dalam hubungan, ia pastinya lebih mendamaikan. Terlalu banyak pro dan kontra dalam keadaan ini.

Bagi aku, biar ia jadi pengalaman paling berguna untuk dikenang dan diingati. Biar tidak bermusuh, tidak bergaduh, tidak bertegur sapa. Kerana dalam hati masih ada cinta. Asalkan ia tidak lagi berulang pada masa akan datang dan mungkin menjadi cerita paling berharga untuk dikongsi bersama anak cucu nanti.

So, apa pendapat korang? Cinta itu buta atau kita yang buta cinta?


Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Doa.

2 comments:

Hafriz Mohamad said...

Salam..
ni juz pndpt sy..

Ibaratnya, kita bria2 memandu kreta sdangkn kita xtau pn cara nk bwk kete..n kdg2 x knal pn apa sbnrnye itu kreta.

Mcm cinta, kita x nk brcinta tp x tau selok belok dan batas2 dlm cinta. Dgn sbb tu, kita bleh trbabas. Silap2 aribulan, gntung diri.

Cinta tak buta... krn ALLAH jua Maha Pencinta. CintaNya pd hamba x prnah brubah..
knali Maha Pencinta sblum mngenali cinta manusia. ^_^

therosputih said...

pernah menjadi buta kerana cinta, sedar ditipu tapi masih sanggup ditipu...

perlukan kekuatan dan kesedaran yang tinggi utk tahu cinta itu buta...cinta kepada ilahi tidak pernah buta...