Monday, January 24

Jika Kena Cara Orang Muda Akan Berubah


Jika saya boleh menulis dengan nada yang tidak begitu serius. Sudah pasti saya akan lakukan sedemikian. Kerana saya sedar, ramai orang yang lebih suka entri yang sifatnya tidak begitu serius. Saya masih belajar berbuat demikian.

Dalam entri saya Isnin lepas iaitu Orang Muda Kita, saya tidak berkesempatan membalas komen rakan-rakan blogger. Tetapi itu tidak bererti saya tidak membaca respon kalian. Cuma kesibukan saya sekarang agak luar biasa.


Sebelum saya menulis entri, saya membaca entri oleh editor 100penulis iaitu Cik Ain bertajuk Hanya 5 Minit? Entri pendek yang memberi kesan mendalam lalu seperti menolak-nolak supaya menulis sedikit tentang "berubah".

Hidup perlu berubah. Jika kekal sama, maka ke mana hala tuju kita? Walaupun begitu berubah bukan semudah menyebutnya. Jika kita mahu kawan-kawan kita berubah, berikan mereka masa dan serta nasihat-nasihat berhikmah yang akan menyuburi jiwa mereka.


Saya suka jika diberi nasihat yang elok-elok dengan cara yang elok-elok. Itu sesuatu yang membuatkan kita tersentuh. Siapa kita untuk menghukum. Jika seseorang itu tidak elok sekarang tidak bererti dia akan tidak elok selama-lamanya.

Kerana manusia itu boleh berubah dan bersangka buruk itu bukan sesuatu yang wajar. Orang muda ini "sukar", mesti "kena" cara barulah sesuatu yang positif akan tampak di mata.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 5-0 Di Old Trafford Dan Saya Masih Tercengkam Oleh Kesibukan

3 comments:

Yulia Fajrin said...

saya suka entri ni.. :D

BILA BERSAHABAT

therosputih said...

betul...kalau kena gaya nasihat, kejap je orang tu akan berubah...

kusut said...

sokong!

aku paling tak tahan bile ade orang (even yg muda) rasa diri dia 'mulia'. as if ade lesen utk tegur semua orang. uh aku yg tengah kebetulan lalu sebelah orang yg ditegur tu pun rase nak drop kick si penegur. unless penegur tu sorang polis (atau ape2 anggota badan yg bertanggungjawab) yg tengah bertugas lain lah