Monday, January 24

Kaca Mata 3-D Kat Wayang?

(klik banner untuk visit kusut-blogs)


awal summer haritu adik ipar aku datang holiday kat sini and stay kat rumah aku utk 2 minggu. best jugak le bawak jalan2 tempat yg menarik kat South Australia ni. tapi tu cerita lain. aku tertarik la ngan satu topik yg kitorang borakkan satu hari yg panas tu. pasal tengok wayang 3D, beli spek utk tengok wayang 3D berharga $1, dan jugak aku tak rase 3D tu hebat sgt pun.

hehe


aku sendiri pun pernah tengok wayang 3D (yg kene pakai spek 3D tu lah) sekali je. apesal? sebab mahal amat. kat malaysia aku tak sure lah brape tiket dia (siape tahu tolong info ye trime kasih!) tapi kat sini harga tiket dia around $12 lah. tapi kalau nak tengok yg 3D tiket dia $25 lebih kurang. lebih 2x ganda harga tiket biase (and lebih 3x ganda harga tiket murah kat wayang kampung) tu! sebab tu le aku yg kaki movie ni tak pegi tengok wayang selalu2 kat sini.
aku tanye le adik ipar aku pasal wayang 3D kat msia. dia jawab la semua2.. tak mahal sgt.. harga tiket temasuk pinjam spek mata. 'aik.. dia takde jual terus ke?' aku tanye. apparently, kat msia kalau kite pegi tengok wayang 3D, spek 3D yg dia kasik tu hi-tech and kalau rosak kena bayar ratus2 (ok aku exaggerate.. aku lupe brape harga yg dia cakap tu) nye. adik ipar aku cerita la yg ade la orang pegi tengok cerita 3D dgn anak2 pastu spek tu tak muat budak pakai pastu rosak pastu kena bayar. kesian aku dengar.

'gile ba** camtu. apsal dia tak jual yg murah je?' cakap aku lagi. kat sini, spek 3D tu $1 je.so kalau 1st time pegi tengok wayang 3D tu kena la beli spek dia. so $25 + $1 lah. then lepas2 tu kalau nak tengok wayang 3D tu takyah beli dah spek tu. bawak je yg sendiri. apesal murah sangat ek spek tu? spek yg $1 ni nampak mcm spek biase je. tapi bukan la spek 3D zaman 70an dulu yg sebelah biru sblah merah tu. tapi spek untuk Streoscopic 3D yg proper cuma mungkin material dia kurang mahal. bukan la jenama mahal ke ape


(as long as it serves its purpose, then nothing wrong with that right?)

kualiti gambar atau efek 3D ade beza atau tak tu aku tak tau sebab tak penah aku comparekan lagi. nanti aku balik m'sia nanti aku plan nak pegi tengok wayang yg 3D nye pastu nak pegi IMAX pulak. ye.. aku gian nak tengok IMAX. harap2 bleh tengok TF3 kat IMAX.. wife aku suke ke tak aku nak heret dia pegi jugak.

ok berbalik pada cerita spek 3D tu, aku rase mungkin spek yg digunakan kat wayang2 m'sia tu sama mcm yg guna utk 3DTV. spek tu takleh diguna kat tempat lain rasenye. kat kedai electronics sini, spek tu paling cikai harga dia $99.

(harga dari site kedai elektronik kat australia)

pada aku takde la best sgt pun tengok wayang 3D. mungkin tech tu lagi best diguna utk main game. bleh kurangkan insiden hilang HP disebabkan unintentional short-sightedness sebab susah nak agak depth dlm game. oh sungguh aku nak cuba main game GT5 kat 3DTV

T_T


Mengenai Penulis Entri Ini :
kusut juga penulis untuk blog kusut-blogs. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di @kusut. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label kusut. Entry terbaru ketika ini ialah tentang Anti Cheaters

8 comments:

Tupai Karan said...

xpnah lg tengok wayang 3D hehe.. sbb tau mahal. eh fyi aku secara auto cuma imagine yg biru merah punya, taktau lak spek 3d yg design biasa nih haha ketinggalan zaman sungguh

chenta said...

rasanye spek 3D kat sini yg biru merah tu kot..erm..tiket mahal gak..let say kalau wyg biasa tiket br rm10, tp bila 3D trus jadi rm17-rm23..

ni berdasarkan pengalaman i tengok 3D la..tp i suke tgk cite kartun bile 3D..cantik!

therosputih said...

tak pernah tgk wayang 3d, sebab rasanya jalan cite sama je, setakat nak feel mcm betul2 happen depan mata, takpelah...takyahla kot...lagipun rimas nak pakai spek bagai nih...

r.k said...

first time ghua pakai 3d spek ni kat wayang , ghua tengok Narnia . falam lifr , first time masa tengok tv3 , cerita senario .. Hehehe ..

kalau kaki muvi , i mean , duduk dalam panggung berbaloi la tengok 3d . kalau setakat kaki muvi tengok dekat pc , heh ..

tv3d baru nak up dekat malaysia ni , 2 3 tahun lagi meletop lah tu .. sekarang ni sembang tvhd lagi mate . games dengan tv3d will be F osem !

humble.yat said...

3d,.he2..selalu byg spek biru merah jer..tapi tgok 3d teringat video klip erra fazira lagu ape ntah..xingtla plak. hehe

kusut said...

@tupaikaran
haa tu la zaman sekarang. tengok wayang macam tengok live tu. tapi aku rase bukan banyak beza pun :P

@chenta
ye ke yg biru merah tu? tu teknologi tahun 70an tu. uih kalau kat msia baru nak guna tech tu, i weep for our cinematic technology lah

@therosputih
tu lah. aku yg tak pakai spek ni naik pening jugak la bile pakai 3d spek tu.

@rk
kalau lagi 2 tahun maybe orang tak jual 3dtv yg cam skarang ni kot. 3dtv skarang kena pakai 3d spek. huduh lak tu. yg baru nye screen 3d tapi takyah pakai spek dah. autostreoscopic-3D nama dia

kusut said...

@humbleyat
ade video clip local dlm 3D ke? kalau 3D animation tu aku ingat la lagu bidadari tu. hehe lucu lah bile tengok balik.

Tieah Madian said...

Seronok lah..
Aku tak pernah lg tgk wayang 3D ni..
Mati2 aku ingat spek yg sebelah biru sebelah merah derr..
Hahaha..
Thanx berkongsi info..