Friday, January 21

KEMPEN ATASI BLOGWALKING TIPU

Tanpa perlu menambah gadget atau widget external seperti shoutmix (yang telah/belum di-lock) atau cbox, anda dialu-alukan menyertai kempen ini :


Wujudkan Guestbook menggantikan shoutbox di blog anda.

Caranya :
1) Hanya create satu page baru dan namakan ia sebagai Guestbook.
2) Letakkan banner di atas, yang di-link-kan ke Guestbook anda. Kod banner :

<div align="center">
<a href="http://URLGuestbookanda.html">
<img src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjARa6hyOms1c2Sb-4NF2S6osqE_UR3jA79IYkegr2kjoyBYQZL-7euLV52mIeSDGbgwH_wZ8oiEsEe35RwS6euqrogmz8ncWCKvWB13SIfK_W3l074cYg1As1-HSmVb6COY-9CYfAeTdLK/s320/noshoutboxonlyguestbook_100penulis.jpg" /></a></div>
*Gantikan URLGuestbookanda.html ke URL yang sepatutnya.

Senang bukan? Jadi pelawat yang betul-betul ke blog anda sahaja yang akan tinggalkan komen di bahagian guestbook. Manakala blogwalkers penipu yang menggunakan software / inline frames tetap mencari shoutmix/cbox, YANG TELAH ANDA BUANG DARI BLOG ANDA!

Guestbook untuk apa?
Tak semua pelawat anda ada 'idea' untuk tinggal komen di entri, walaupun mereka telah membaca apa yang anda tulis. Jadi guestbook amat berguna untuk menggalakkan pelawat tinggalkan komen/jejak mereka.

Step by step :
Dashboard > Edit Posts > Edit Page > Create New > Taip mesej anda > Post Options : Comments : Allow.

Jangan lupa tambahkan link guestbook di tab menu anda dan beri tips untuk pelawat tinggalkan URL blog di komen mereka. Anda boleh lihat contoh Guestbook 100penulis.com di sini.




Mengenai Penulis Entri Ini :
100penulis ialah admin untuk blog 100penulis.com. Anda boleh mengikuti beliau di sini dan di Twitter. Sebarang pertanyaan tentang penyertaan sebagai editor blog 100penulis.com bolehlah diemailkan kepada 100penulis[at]gmail[dot]com. Sila jangan spam. Spam email dengan promosi 'bisnes online' atau MLM dan sebagainya akan ditongsampahkan secara automatik.

13 comments:

therosputih said...

ooo...baru tau buleh wat gini...thanks for the info ya...

dya adriza said...

sayang shoutbox biru :(

r.k said...

cayalah bos . buat ghua berkobar-kobar ni !

kusut said...

aku makin konfiden utk buang shoutbox. dulu terase nak buang tapi aku kadang2 suka jugak bagi shoutout kat shoutbox :P. since sekarang ni aku dah tak rajin shouting.. mungkin adil utk aku buang :D

owh teringat blog Wansteddy kasik FREE AFBW Badge (yg comel btw). AFBW = Anti Fraud Blogwalking.
link - http://wansteddy.blogspot.com/2011/01/badge-anti-fraud-blogwalking-for-free.html

chenta said...

god job la!

100penulis said...

@therosputih

buleh je eh..salah satu cara nk cepatkan page loading gak

syafiqsulaiman said...

menarik gak idea ni..
page aku pon x terlepas dr bw tipu..

100penulis said...

@dya adriza

sy pun, tp dah sbb nak elakkan blogwalkers penipu, buat camni kot, maybe utk sementara

100penulis said...

@r.k,

berkobar2 utk apa tu heh

100penulis said...

@kusut

samalah. shoutmix tu sekadar hiasan ja lately. awal2 dulu rajinlah nak blogwalking dari shoutbox ni tp lama2 rasa penat lak

Tieah Madian said...

Terbaek!

humble.yat said...

wah..nanti cari free time sket nak buat jugak la.lg seng buat mcm ni kan?
thanks admin bg widget free hehe:-)

kusut said...

aku buang shoutbox mlm tadi. pagi ni cek ade lagi shout baru. lol kantoi tipu blogwalk lah encik tu