Thursday, January 13

Kenapa hero selalunya "perfect"?

Powered by BannerFans.com
Assalamualaikum.
Apa khabar kawan-kawan? Untuk yang masih bergelar pelajar mesti semua tengah sibuk memulakan sesi pembelajaran. Untuk yang sudah bekerja semestinya akan sibuk dengan tugasan di pejabat. Saya? Masih di dalam mood honeymoon sambil melayan drama-drama Korea. Belum memulakan tugasan dan belum lagi bertukar status kepada pekerja. Selepas menimbulkan persoalan tentang Kenapa hero mesti dengan heroin?, kali ini saya mempersoalkan tentang Kenapa hero selalunya "perfect"?

Dalam kebanyakan drama yang saya tonton, semestinya hero adalah dari kalangan keluarga yang berada. Anak kepada pemilik syarikat terbesar dan merupakan satu-satu waris tunggal. Kadan-kadang hero adalah seorang artis yang sangat terkenal. Selain itu, dia adalah seorang yang sangat bijak. Boleh dikatakan sebagai genius. Dan satu lagi yang biasa berlaku adalah digilai oleh semua wanita.

Selain dari ciri-ciri diatas, hero juga biasanya seorang yang pandai dalam semua hal. Antaranya pandai bermain alat muzik, pandai memasak dan pandai bersukan. Dan satu sikap hero terhadap heroin adalah "dingin".

Jikalau dibayangkan dalam kehidupan sebenar, akankah kita berjumpa dengan orang yang "perfect" seperti ini? Wujudkah seorang yang boleh dikatakan memiliki ciri-ciri yang sempurna seperti itu? Bagaimana kalau saya katakan Dr Sheikh Muzafar Syukor dalah "perfect"? Bolehkan dia dikategorikan sebagai "perfect" watak hero dalam drama? Saya tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan kalau tiba-tiba saya berjumpa seorang lelaki yang "perfect" seperti hero drama.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Zahidah Dihaz juga penulis untuk blog Everything For You. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label zahidah dihaz. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Dilema

10 comments:

therosputih said...

hero sentiasa perfect sebab hero tu ciptaan manusia, manusia nak sumenya perfect, tp realitinya...ada ke mcm tu...setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya kan...

kusut said...

'hero' dlm cerita, istilah sebenar dia adelah protagonis. perkataan 'hero' adelah lebih spesifik maksud dia.

satu protagonis dlm cerita bleh jadi sorang hero, super-hero, malah antihero

as to kenapa hero selalu 'perfect'? sebab tu adelah cliché dlm movie making. tapi dlm dunia cerita.. kene la ada aspek2 mcm tu utk jadikkan cerita menarik. hence the ayat 'nak dijadikkan cerita..' :D

dear anies said...

kalu hero yg d tujukn kpd manusia..dia x pernah perfect dan x akn jd perfect smpi bla2..

syaftome said...

ada lg isu rupanya...hehe...
ingatkan dh setel sumer... :)
as for me...kenapa hero semua perfect...
sebab citer semua nya samer...

ive been watching full house, princess hours, winter sonata and my girls...
all are the same...
cinta empat segi...
and like you said...the heroes are perfect...
since then, ive never watch korean drama anymore...

zahidah dihaz said...

@therosputih: teringin jugak nak jumpa orang yang perfect macam tu...hehehe

@kusut: panjang lebar penerangan...hehehehe....

@http://aniesandyou.blogspot.com: tetapi boleh berubah menjadi lebih baik...

@syaftome: ye ke tak tengok lagi drama korea? try tengok bad guy...

syaftome said...

mmg betul pun...dh lamer xtgk...

bad guy???
never heard of it...
i'll try to look for the first episode...heee :)

humble.yat said...

hero yang perfect..Rasullullah s.a.w..?

kusut said...

@humbleyat
bukan setakat hero, dia adalah satunya manusia yg sempurna kan?

chenta said...

baru lepas tengok you're beautiful..second hero yg perfect..hero tak perfect pun..hehehehe

r.k said...

apa itu perfect ? ianya subjektif , sebab tu la hero nampak perfect je . sebab ianya subjektif . kalau cerita kebahagiaan golongan miskin , orang kaya adalah antagonis . not perfect yo !

XD