Monday, January 17

Orang Muda Kita


Minggu lepas sebenarnya saya terlepas untuk menulis di blog ini pada hari Isnin kerana kesibukan yang teramat sangat. Makanya, untuk minggu saya memperingatkan diri untuk bersedia awal. Baru-baru ini saya sempat berbual dengan seorang sahabat - yang mana perbualan kami daripada hal-hal ringan tentang kawan-kawan lama hingga ke isu-isu berat sekitar perihal generasi muda kita.

Dunia blog ini banyaknya di isi oleh orang-orang muda. Yang punya suara besar dan cita-cita besar. Yang mahu segala pembaharuan dan kebebasan. Dan ramai pula yang berhujah bukan atas landasan keimanan dan itu yang menjadi kebimbangan.

Saya gusar sebenarnya apabila membaca entri-entri sebahagian blogger-blogger muda Melayu Muslim yang mempertikaikan soal ketuhanan. Malah ada yang menidakkan Al-Quran dan menolak hakikat kedatangan Hari Pembalasan. Bagi golongan sedemikian dunia adalah tempat berseronok dan yang ada hanyalah dunia ini sahaja tidak ada kehidupan selepasnya.

Pemikiran seperti ini jika dibiarkan, kita bimbang merosakkan anak-anak muda Islam kita. Saya bukan orang bijak pandai agama tetapi yang asas-asas biarlah kita pegang kukuh. Jika kalian sedar ada rakan-rakan disekeliling kalian yang jadi begitu. Tolong mereka. Tarik semula kepada kebenaran Islam.

Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Cuba Mencuri Masa

7 comments:

therosputih said...

masyaallah...blogger sekalian, ayuh kita berubah...hari ini lebih baik dari hari semalam...mudah2an...

pesanan ni utk diri sendiri jugak...insyaallah...

nn said...

dulu ada follow blog melayu yang dah murtad. sedih juga baca pasal family dia, mak dia semua. tapi now dah tak jumpa blog tu.

kusut said...

tu la hakikat dunia ni. dunia ni tak perfect dan life isnt fair. too bad some people tak boleh terima takdir.

pada yg ada teman yg mcm tu, jgn hukum dia kecuali kita ada hak utk menghukum. bimbing dia, cuba utk bersabar

anyss said...

Salam,
Penyakit dalam masyarakat kita lebih tenat bila libatkan jiwa...itu yang buatkan orang islam lemah. Rapuh dari dalam, akan goyah akhirnya...

Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

kusut said...

@anyss
orang islam lemah ke? hehe

aku dulu selalu pikir masyarakat kita ni (tak kisah la agama apa) tak maju lagi. orang2 kat negara maju semua bagus. sekarang ni dah duk kat negara orang.. baru aku nampak maju sebenarnye malaysia ni. masalah sosial kat sini jauh lagi parah. sangat jauh

r.k said...

ya know , they say .. kalau lu tak boleh ubah/sounds lu benci je lah dari dalam hati . :)

humble.yat said...

saya juga bukan bijak pandai but i am a muslim:-)
sampaikan walau sepatah ayat :-)