Thursday, January 13

pantang ke?











Macam2 jenis pantang yang kita amalkan sekarang ni tak kira korang bangsa apa, warna kulit apa rambut mcm mana.. Mesti ada pantang larang kan?


Sekarang ni aku bukan nak cita pasal pantang larang tapi perkara yang paling pantang aku tengok...

Aku pantang betul kalau orang tak reti nak tunggu turn time Q. Tak kirala, Q time nak beli lunch meal mcD yang murah tu ker, Q nak beli tiket wayang ke, Q kereta nak masok parking atau beli minyak ke, dan bermacam-macam jenis Q lagilah...

Aku pantang kalau duduk kat kedai makan, then pelanggan panggil waiter/waitress tu... Ciitt ciitt cupp cupp (bunyi mulut).. Atau mcm2 lagi la jenis mulut. Bunyi ciuman pun ada kan? Tolonglah.. Diorang pun manusia macam kita. Penat2 bekerja. At least panggil laa dengan panggilan sopan sikit macam... Akak, abg atau adek ke.

Aku pantang bila pegi mana-mana kedai, orang kedai tu tak reti nak senyum. Tak reti nak greet takpe.. At least bagilah senyum sikit. Bukannya berbayar pun. Tolong exercise urat muka tu adalah. Dah tu, layan pun macam nak tak nak jer. Ni nak bukak business ke tidak?

Aku pantang kalau orang asyik nak arahkan orang lain buat kerja sementara dia tak buat apa2/dapat buat sendiri.
Contohla kan, si A mintak tolong si B ambikkan air untuk A. A time tu tengok tv jer sambil goyang kaki. Sekali takpe, kalau dah berkali2 sampai si B asyik tangguh kerja. Tu aku tak berkenan.

Dan macam2 lagi.. Tp aku berhenti takat ni jer..

Korang ada pantang lain tak?

Nota kaki:
cetusan idea daripada Hot FM pagi tadi pasal pantang...




Mengenai Penulis Entri Ini :

nurul izzati juga penulis untuk blog [.] Dot . Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di ztie.shr di TWITTER. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label nurul izzati. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah malu tapi mahu?.

6 comments:

therosputih said...

aku pantang tgk orang laki siul2, cup2 ngorat org pmpuan lalu lalang.....nympah

ztie said...

tu jenis org laki tak gentleman, kalau nak dia ble approach terus.. Ye tak cik ros putih?

||aLeaSaRa|| said...

slm sggh pagi jumaat!kite pun pantang kalau gi mana2 gerai/kedai makan/restoran....pekrja@cashier tak reti sym.tapi owner punyalah peramah!

humble.yat said...

pantang masuk kedai yang guna "pelaris" hehe..:-)

pantang klu org tu ak punctual..
buang masa je tunggu..hu2..

chenta said...

huish..kalau nak senaraikan ni..berjela-jela..ehehhe

r.k said...

ghua pantang betul bila pantang larang dah ada tapi nak jugek langgar . cis , pantang tu , bukan benda main-main . pantang betul lah !