Tuesday, January 18

Semalam yang tidak akan berulang

"Eja, tolong Wan jemur kain batik Wan dalam baldi tue. Ada dua helai dalam baldi tepi buaian tue," perintah nenekku yang dipanggil Wan oleh cucu-cucunya kepada ku pada suatu petang.

"Malas," ringkas aku menjawab.

Aku lihat dengan mataku, Wan terus berjalan lambat-lambat ke baldi lalu mengambilnya. Dibawa perlahan dengan menggunakan sebelah tangan kirinya. Tangan kanannya memegang sebatang kayu yang biasa digunakan sebagai tongkat. Lalu, dijemur kain batik dua helai itu di ampaian tanpa sedikit pun marah kepadaku kerana tidak mahu membantunya.



Wan amat memanjakan aku. Cucu-cucunya yang lain tak pula manja sangat seperti aku. Dia sentiasa tahu apa kesukaan aku.

Pernah suatu hari di waktu pagi, "Eja, jom ikut Wan," panggil Wan dari rumahnya di belakang rumahku yang hanya beberapa langkah. Pagi itu, Wan mengajakku ke kebun di sebelah rumah Wak Eri untuk mencari cendawan. Musim hujan begini, banyak cendawan yang tumbuh di batang-batang kayu yang lama. Aku seronok sangat mencari cendawan sehingga kadang tak tersedar yang aku semakin jauh ke dalam kebun.

Pulang dari mencari cendawan, Wan akan masak lauk kegemaran aku. Tapi, yang pelik bin ajaibnya, sehingga sekarang aku tak tahu masakan apa yang Wan buat. Sangat sedap, tapi rugi sebab aku tak berpeluang mempelajarinya. Waktu itu aku sangat kecil untuk belajar memasak.

Bila tiba bulan Ramadhan pula, rumah Wan sangat happening. Mana tidaknya. Wan pasti akan menjahit langsir baru. Aku tahu, semua rumah pasang langsir baru. Yang mengujakan ialah Wan akan menjahit sendiri langsir-langsirnya dengan menggunakan mesin jahit yang mana akan berfungsi apabila roda di sebelah kanan mesin dipusing menggunakan tangan. Sangat klasik. Korang pernah tengok tak?

Dan lagi, yang paling best dan aku tak kan pernah lupa ialah bau aroma bahulu gulung yang sangat lazat dari bangsal belakang rumah Wan. Pergh, sangat sedap dan membuat air liur meleleh beb. Bayangkan, Wan bakar bahulu tue guna arang. Memang old skool dan sangat ori beb. Aku memang confirm batal puasa bila Wan bakar bahulu. Hahahaha..

Ada lagi yang paling best, bila semua orang jealous sebab baju raya aku sama dengan baju raya Wan. Hahaha. Bangga aku tunjuk kat sepupu-sepupu aku. So, jelas, nyata dan terang (macam belajar tajwid pulak) aku cucu kesayangan Wan aku. Kan, kan, kan? =)

Aku pernah ponteng sekolah agama tiap kali tiba hari khamis. Korang nak tahu kenapa? Sebab, petang khamis lepas zohor dalam pukul 3, Wan ada kelas mengaji dekat surau dalam lorong rumah aku nie. Aku memang suka ikut Wan. Sebab, semua ayat Al-quran yang dia belajar tue, aku yang tulis dalam buku nota dia. Warna-warni buku dia. Aku suka guna pen yang pelbagai warna. Wan pun suka. "Cantik tulisan Eja nie. Jelas. Wan nampak. Senang Wan nak baca," selalu Wan puji tulisan aku.

Hurm.. Korang tau tak, kenapa hari nie aku cerita pasal Wan aku? Aku rindu sangat kat dia. Bulan Disember yang lepas, genaplah 11 tahun pemergian Wan mengadap Yang Maha Esa. Walaupun memori aku dengan arwah hanya beberapa tahun, aku tak pernah dapat lupakannya. Disaat-saat akhirnya, aku juga yang sentiasa di sisinya.

Paling aku tak kan boleh lupa dan aku sangat kesal dengan sikap aku, bila aku teringat pasal dia suruh aku menjemur kainnya. Aku melihat dia berjalan lambat, tanpa sikit pun aku membantu. Bila dia pergi selamanya, baru aku tahu mengapa kakinya sakit tak pernah pulih sehingga berjalan lambat. Rupa-rupanya, kayu yang diselak di syiling rumahku suatu ketika dulu untuk menyangkut buaian tempat aku beradu telah jatuh dan terkena kakinya saat sedang membuai aku sepaya aku lena dibuai mimpi indah. Sungguh aku tak sangka. Aku sangat dimanja. Namun, semalam yang berlalu, aku sedar, tak mungkin akan berulang.

Al-fatihah buat arwah Wan yang tercinta, Musripah bt Sawirono. Semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.

Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Beri Aku Cara Lupakan Cinta Ini.

14 comments:

Enh Ear said...

al fatihah..
;) seronok bca citer awk ni..
sbb, saay ni bkn cucu yg disygi..
jelesnya

Anonymous said...

sedeynye..
aku pon ade wan jugak..
tapi msih hdup..
aku tau rase disayangi seorg wan..
cuma adik laki2 aku dpt lebey..=]
takziah, al-fatihah.

n.u.k.i.l.a.n said...

SANGAT sedih.. mesti bergenang air mata ketika menulis entry nie...

al- fatihah jugak untuk almarhumah

..Aku Sendiri.. said...

saya pun rindu tokwan saya. :(

anyss said...

Salam,
DariNya kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Alfatihah.

Jom join;
Kontes Cerita Paling Lawak sedunia

ieza ashaari said...

@Enh Ear: terima kasih.. :)

ieza ashaari said...

@hudadida: sygi dia selagi msih ada.. :)

ieza ashaari said...

@Sky efore Pinky: bukan setakat bergenang.. tp menitis.. semoga almarhumah di tempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin..

ieza ashaari said...

@..Aku Sendiri..: rindu itu anugerah..

ieza ashaari said...

@anyss: wslm.. kita kena redha..

r.k said...

sweet memories u had there .

tahu apa lagi sweet ? u remember it !

:) Al-Fatihah .

*mesin jahit tu ada satu kat umah ghua , dan ghua ada pengalaman buat bahulu gulung pakai arang , bakar atas bawah . yeah !!

humble.yat said...
This comment has been removed by the author.
humble.yat said...

Al-fatihah untuk arwah..semoga apa yg dilakukan olehnya menjadi inspirasi buat kita..:-)

humble.yat said...

Al-fatihah untuk arwah..semoga apa yg dilakukan olehnya menjadi inspirasi buat kita..:-)