Thursday, January 20

sistem yang dimanipulasi


Kadang-kadang aku naik bosan dengan apa yang terjadi disekeliling kita. Aku keliru, berada dalam satu sistem yang terikat. Terikat dengan akta, terikat dengan etika, terikat dengan budaya. Kata mereka akta itu adalah garis panduan, etika itu menjaga profesionalisme dan budaya merupakan identiti yang membentuk masyarakat. Akan tetapi kadang-kadang apa yang berlaku adalah akta itu  selalu diperguna, etika menjadi alasan semata-mata dan budaya cuma hiasan saja.
Paling dekat adalah dalam membuat tindakan. Semua harus dalam 
saluran yang betul. Tapi  masalahnya kalau ikut saluran yang betul, saluran tu tersumbat, maklumat tak sampai ke tempat yang sepatutnya. Birokrasi-biroskrasi. Itulah sebabnya perkhidamatan awam biasanya lembab. Pekerja di kaunter muka ketat, senyum pun tak pandai. Otot muka tu kejang ja sepanjang masa.  Aku bercakap berdasarkan pengalaman ok...  ada yang asyik tarik muka, ada yang marah-marah cakap kasar-kasar, ada yang suruh pindah-pindah kaunter... itu la realitinya di kaunter-kaunter kerajaan sekarang.

Ok sekarang cerita lain pula. Pasal hak bersuara. Baru-baru ni ada satu keputusan drastik dari pihak tertentu, terus ramai yang tidak setuju. Jadi satu perjumpaan pun diadakan. Dengan agenda asal untuk berunding. Pihak yang membuat keputusan menerangkan rasional, yang bagi aku “ntah apa-apa”. Salah satu rasionalnya adalah sistem tu pernah dah dijalankan.. eeuuww. Kemudian sesi mendengar pandangan bermula.  Kemudian selesai semua tu pihak berkenaan mengulas.

Apa yang mereka ulas?? Mereka cakap macam ni kamu harus bersyukur bla..bla..bla.. paling aku tak tahan dengar bila dorang cakap, kamu sebenarnya takda hak pun untuk membantah semua ni keputusan pihak pengurusan. Jadi??? Apalah guna buat perjumpaan untuk ‘rundingan’ kononnya tu... huh!! Macam gimik semata-mata. Memanglah ada pindaan dari keputusan dorang tu, tapi cara dorang cakap macam dorang tak puas hati bila ada pihak yang membantah. Hello... orang belajar tinggi-tinggi untuk berfikir ok... dah la rasional tu lemah sangat-sangat.. no point!

Paling aku ingat ayat ni:
“tak kiralah sistem macam mana sekalipun yang penting diri sendiri... bersatu atau tak kita bukan kerana sistem.”

Aku tak nafikan ok semua dari kita. Tapi sistem tu perlu ada.. dan perlu ke arah perpaduan. Kalau cakap tak perlu buat apa kerajaan sibuk-sibuk buat Dasar Ekonomi Baru tu. Buat Konsep 1Malaysia segala. Huh!!

Aku ni bukan la berhaluan kiri atau mahu membangkang. Cuma mau mengkritik apa yang aku nampak.  Kalau boleh siapa-siapa yang kerja belakang kaunter tu senyum la ok. Aku pernah juga jaga kaunter, jangan cakap aku tak paham kerja belakang kaunter macam mana. Layan saja walau orang tu kita tak suka sekalipun sebab dia adalah pelanggan. Dan kepada sesiapa yang berada di atas atau akan berada di atas, ingatlah yang keputusan kita akan menentukan rasa hormat orang terhadap kita....^^




Zulkifly Omar juga penulis untuk blog Dariku Zulkifly. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label ZulkiflyEntry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 

terlalu kenegerian: aku tinggalkan group itu~

11 comments:

kusut said...

aku tak tau la cerita ni pasal siapa and atas dasar apa diorang buat benda2 camtu. so aku taknak judge ape2 lah.

tapi dlm hal undang2/etika/budaya (dlm kata lain, batasan), aku rase semua tu adelah bagus. tanpa batasan.. runtuh nnti segala nilai moral manusia. tapi sangat unfortunate bila setengah2 orang suka sangat manipulasi kuasa yg ada dlm tangan diorang.

tapi ye lah.. semua orang pendapat berbeza. i was brought up with firm belief in discipline. dan kebebasan tu adalah ganjaran bukan hak

therosputih said...

setuju ngan komen kusut kat atas...hidup tanpa batasan karang haru pulak...tp terlebih batas pun haru jugak...bersederhanalah dalam apa jua tindakan...

Fina Sophie said...

i believe here is not a diary. don't let yang lain rasa macam unfinished business, please. ehehe. rasanya ramai tak faham apa yang ingin zul sampaikan cuma tak tahu hujung pangkal. zul je yang tahu. maybe zul boleh terangkan lagi perubahan sistem apa yang dimaksudkan. mungkin yang lain sama2 boleh beri pendapat. just a suggestion :)

Zulkifly Omar said...

Kusut: lebih baik saya tidak menyebut pihak tertentu. cuma apa yang berlaku ni perkara yang biasa berlaku dimana-mana.. bukan saya ja yang biasa jumpa benda macam ni.. saya juga bersetuju dengan peraturan dan undang-undang. tapi cuma geram bila ada manusia-manusia yang cuma memanipulasi kuasa dan undang-undang untuk kepentingan sendiri.... saya juga pcaya akan disiplin. hehe

Zulkifly Omar said...

therosputih: hehe.. yerpp.. ^^

Zulkifly Omar said...

Fina Sophie: thx bagi pendapat. saya bukan nak tulis diari.cuma memperlihatkan situasi. kalau saya terangkan dengan jelas karang... takut jadi terlalu sensitif sebab terpaksa sebut pihak2 tertentu.
anyway thx bagi pendapat.

shandye. said...

pengalaman peribadi: pekerja di sebuah **d daerah hulu langat sangat tidak profesional dan malas. hendak minta cop dan tandatangan pegawainya (yang aku nampak sedang bersembang di telefon di biliknya!) harus datang balik kerana kononnya beliau 'sibuk' dan tidak mahu diganggu.

oh, receptionistnya juga hanya sekadar cantik tetapi bermulut *bleep*bleep* dan hanya tahu memuat turun resipi rendang dan kemaskini FB (aku jenguk ke skrin monitornya kerana dia tampak 'sibuk' dan enggan melayan aku pada mulanya).

ok, sekian.

r.k said...

jap , mula-mula macam lu bangkang sistem punya sistem , lepas tu lu kata sistem itu perlu .. ghua lost kejap .

anyway Zulkifli Omar , what make the system good is the people that implement the system (employee) not the consumer that should be entertain by the F employee .

Stay clear that the systems make we live better just if we are entertained better .

Birokrasi tidak bermasaalah , cuma orang yang menyelenggara birokrasi itu yang memberi masalah . :)

have a nice day mate .

kusut said...

@zulkifly
tak perlu sebut nama pihak yg dimaksudkan pun.elak dr masalah yg tak perlu ada.cuma starting tu terase mcm lost kejap sebab tak tau hujung pangkal.sabar je lah dgn birokrasi.

@shandye
ugh aku pun baru je minggu lepas kene berurusan dgn sorang peniaga dan jugak sorang officer bank yg sama tak profesional dan tak competent.memang rase nak cili je mulut diorang. lol

humble.yat said...

bila sentuh isu ni, sedih juga bila govt tax naik dari 5% ke 6%, plz upgrade the system!no more pending..huk2..

Unknown said...

betul tu zul. kalau dah xnak terima apa yang pihak tu bentang and langsung xberi pertimbngan lg lepas 'usul' dibentangkan baik xpayah buat rundingan.terus je umum keputusan dorg tnpa trima pndapat pihak lain. better lgi xpayah susah2 nak kumpul2 buat rundingan dan menghangatkan suasana kan..kan