Antara yang aku pelajari/temui/ingin jauhi adalah:
Jika anda berfikir bahawa memakai skaf labuh itu sangatlah hip dan terkini, jangan sesekali memakainya dan memasuki kereta (sama ada memandu atau tidak) dan biarkan tingkap terbuka. Ini adalah dikhuatiri apabila angin berhembus (terutama sekali jika angin kencang atau anda sedang memandu/dipandu dengan laju), skaf anda itu mungkin akan tersangkut pada tayar kereta dan dek kerana tidak perasan (atau tidak sempat) untuk membetulkannya, jerutan itu menyentak secara sendiri, mematahkan leher anda serta-merta; seperti apa yang berlaku kepada Isadora Duncan.
Jangan sesekali membuat lawak bodoh/mempersenda/cuba berlagak pandai dengan krew pesawat dan juga juruterbang, lebih-lebih lagi ketika pesawat sedang dalam penerbangan menuju ke entah mana-mana destinasi pilihan anda. Aku tidak akan bertanggungjawab jika lawak bodoh anda itu akan menimbulkan amarah kepada anak kapal dan natijahnya anda akan dipukul sehingga mati oleh mereka dengan menggunakan pemadam api seperti apa yang berlaku ke atas Len Koenecke.
Menjadi seorang rock star juga mempunyai potensi besar untuk mati di atas pentas. Ironik bukan? Leslie Harvey, gitaris Stone the Crows, meninggal selepas dikejutkan oleh aliran karan daripada mikrofon yang dipegangnya. Keith Relf, bekas penyanyi kumpulan The Yardbirds, turut mati dikejutkan aliran karan. Kali ini bukan daripada mikrofon, tetapi amplifier yang digunanya. Claude François, seorang penyanyi dari Perancis, juga mati terkena kejutan elektrik apabila mencuba untuk menukar mentol di dalam bilik mandinya yang ketika itu dipenuhi air.
Begitu juga melepak dan bermandi-mandi di taman tema air juga boleh mengundang maut kepada anda. Erika Tomanu, anak kecil berusia tujuh tahun daripada daerah Saitama, Jepun, sedang duduk-duduk dan bermain air di tepi kolam renang awam apabila dia disedut oleh sistem perpaipan dalaman kolam renang tersebut. Abang-abang penyelamat yang bertugas mengesahkan bahawa kolam itu selamat untuk digunakan pada mulanya walaupun lubang yang menutup sistem perpaipan itu tidak ditutup oleh grill yang secara kebetulan tertanggal pada hari itu. Anak kecil itu disedut kepala dahulu, sejauh 10 meter melalui saluran paip itu kerana mesin pam yang mengepam aliran air itu berfungsi dengan baik. Ia mengambil masa lebih daripada 6 jam untuk para bomba dan penyelamat menebuk lantai konkrit kolam itu untuk sampai ke tempat di mana mayat anak kecil itu tersangkut. <a href="“http://en.wikipedia.org/wiki/Abigail_Tailor”">Abigail Tailor</a>, anak kecil berusia 6 tahun, mati sembilan bulan kemudian setelah sebahagian besar organ dalamannya ‘tertarik’ keluar setelah dia duduk di atas sebuah saliran paip di mana hujungnya terpasang pengepam air untuk keseluruhan sistem kolam renang tersebut. Walaubagaimana pun, anak kecil itu meninggal kerana kanser yang disebabkan oleh organ yang digantikan oleh para doktor bertukar memiliki sel-sel kanser.
Menyertai pertandingan juga boleh menyebabkan maut wahai pembaca blogku yang budiman. Lihat sahaja Jennifer Strange yang mati akibat keracunan air setelah mencuba untuk memenangi konsol Wii di dalam sebuah pertandingan di radio “Hold Your Wee for a Wii” di mana dia harus minum air dalam kuantiti yang banyak dan menahan daripada kencing. Namanya juga sudah aneh (Strange), patutlah dia mencuba menyertai pertandingan aneh sebegitu. Dia mati akibat air kencing di dalam pundi kencingnya yang terhimpun bertukar menjadi toksin di dalam badan apabila ia tidak disingkirkan untuk satu jangkamasa yang lama. Makanya, janganlah tahan kencing wahai pembaca budiman. Ini adalah kerana bukan sahaja anda berisiko untuk mendapat batu karang, tetapi juga mati secara aneh seperti Jeniffer Strange.
Oh, lupa pula hendak beritahu bahawa robot juga boleh membunuh kalian, ya? Robert Williams, seorang pekerja di Ford Motors Co. menjadi orang pertama pernah direkodkan mati dibunuh oleh robot. Kenji Urada, pekerja di salah sebuah kilang Kawasaki turut menemui maut apabila dia ditolak oleh robot mekanikal yang bekerja bersamanya, menyebabkan dia terjatuh ke dalam mesin pengisar yang seterusnya membunuh lelaki tersebut.
Akhir sekali, bermain permainan komputer atau konsol juga boleh membunuh kalian. Jeff Dailey, pemuda 19 tahun, menjadi manusia pertama yang mati disebabkan permainan video apabila mencapai rekod baru 16,660 dalam permainan arked Berzerk dan secara tiba-tiba mengalami kegagalan jantung. Setahun selepas itu, seorang remaja berusia 18 tahun menemui maut yang serupa setelah mencapai rekod yang sama dalam permainan arked yang sama. Ada teori yang mengkaitkan angka ‘666’ dalam rekod permainan video itu yang menyebabkan kematian kedua-dua remaja tersebut kerana ia berkaitrapat dengan syaitan. Entahlah. Bagi aku, ia suatu ketidaksengajaan yang menakutkan, ya? Lee Seung Seop lelaki 28 tahun dari Korea Selatan mati keletihan setelah bermain a href=“http://en.wikipedia.org/wiki/StarCraft”>StarCraft selama 50 jam tanpa henti di sebuah kafe siber.
Ya, ya… aku tahu aku harus mencari bahan untuk tugasan projek bahasa Inggerisku dan bukannya membelek-belek Wikipedia. Baiklah, kembali kepada objektif sebenar! Hehe… ^^,
Mengenai Penulis Entri Ini :
shandye juga penulis untuk blog Monyet Merah Jambu Menulis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label shandye. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah S'petang Bersama Kamu - Bab: 18.
6 comments:
aah... ini kematian yang tidak di sangka barangkali. banyak perkara dalam dunia yang tidak terduga.
kematian dijerut skarf sendiri dan mati semasa main game - itu mmg menakutkan.
fuh~~sungguh tak kusangka..tapi cara kematian tu hanya menjadi penyebab je..semua orang tetap akan mati dgn apa cara sekali pun..
a'ah, betul tu, pelik pun, tp benar...
ermm..semua nih asbab untuk seseorang tuh mati sebenarnya..moga-moga kita sentiasa berhati-hati..=)
nice entry =)
wah best dan mmg aneh..tapi sekrg ni ramai yg mati mengejut..semoga kematian kita dalm iman aminn:-)
Post a Comment