Thursday, February 3

Wujudkah Fenomena 'Kelahiran Semula'?


Dalam Islam, memang tiada istilah kelahiran semula. Tapi, dalam agama lain, tidak dinafikan perkara ini wujud. Apa yang dimaksudkan dengan kelahiran semula?

Dikatakan kelahiran semula ini ialah kelahiran seseorang yang telah meninggal dunia. Err.. faham tak? Takpe saya sertakan satu kisah yang sempat saya baca di sebuah laman web (maaf sebab tak jumpa link asalnya).

Christina, seorang wanita berusia 32 tahun tinggal di sebuah kampung di Amsterdam. Wanita ini tinggal bersama suaminya dan lima orang anak yang masih kecil. Namun, pada suatu hari, Christina mengalami serangan sakit jantung dan meninggal dunia sebelum sempat bertemu dengan suaminya.

Suami Christina, Edward berasa sangat terkilan kerana tidak dapat berada di samping Christina pada saat kematian isteri tercintanya. Oleh sebab itu, Edward mula berputus asa dalam hidup dan tidak menghiraukan anak-anaknya langsung.

Tekan read more....
*****************************************

Di sebuah bandar di Brisbane, sebuah keluarga ternama berasa amat gembira kerana menyambut seorang lagi ahli baru dalam keluarga mereka apabila si isteri telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel, Sophie.

Semasa berumur 4 tahun, Sophie telah membuat kejutan kepada ahli keluarganya apabila Sophie mengatakan bahawa dia adalah kelahiran semula kepada seorang wanita yang telah meninggal dunia 4 tahun lalu di Amsterdam, Christina.

Lebih memeranjatkan, Sophie menyatakan bahawa dia merupakan seorang isteri dan ibu kepada lima orang anak. Dan Sophie telah membuat satu permintaan, iaitu untuk berjumpa dengan suaminya yang dikatakan berputus asa kerana terkilan dengan pemergiannya.

Untuk memastikan segala dakwaan Sophie itu benar, keluarganya telah membawanya ke Amsterdam dan mencari keluarga Edward.

Rupa2 nya segala kenyataan Sophie kepada mereka benar2 belaka setelah Edward mengiakannya. Dan selepas daripada itu, Edward mula bersemangat untuk meneruskan kehidupan dengan roh Christina yang berada dalam diri Sophie.

Begitulah ceritanya.

Jadi, apa pendapat anda tentang kelahiran semula ini? Boleh percaya ke tak?.....


Mengenai Penulis Entri Ini :
Dya Adriza juga penulis untuk blog Dear Dinda Dya. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label dya adriza. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Sadis : Kisah Bunuh Diri Seorang Pencinta.


5 comments:

faizalnizam said...

hurmmm... weird.. tp betul ke kelahiran semula? didn't really have knowledge about this.

Cik Kumbang said...

hurmm...btl ke diz story?...
neway menarik topik nie...
-cik kumbang-

humble.yat said...

budak 4 tahun mengaku ibu?cam tak percaya je...

kusut said...

aku still skeptikal even lepas baca cerita ni. aku percaya pada roh. dan setiap orang punya roh sendiri. tak recycle.

tapi kita manusia ni bukan tau pasal semua benda yg berlaku kat alam ni kan

therosputih said...

susah nak cakap percaya ke tak...