Salam sejahtera dan selamat hari Isnin 100 Penulis dan pembaca-pembacanya. Semoga kita mampu memulakan hari dan minggu baru dengan perkara-perkara yang baik. Minggu ini masih banyak kerja yang perlu dihabiskan. Ada beberapa assignment lagi belum selesai walaupun peperiksaan sudah sangat hampir.
Kita bicara sikit perihal berbuat baik. Berbuat baik ini bukan perkara mudah, berbuat baik dengan ikhlas lagi susah. Biasa jadi tak orang yang buat baik pada kita mengungkit-ungkit hal lalu atau kita sendiri pernah melakukan yang sedemikian?
Seelok-eloknya apabila kita buat baik pada orang, terus lupakan kebaikan yang kita lakukan itu. Ungkit-mengukit bukannya kita tidak tahu, memang bukan perkara yang elok. Benda yang boleh menyebabkan orang lain sakit hati dan silap-silap kita tidak beroleh apa-apa pun daripada kebaikan kita yang lalu kerana kita mengungkitkannya kembali.
Nak buat baik banyak - kalau tak mampu, buat sikit-sikit. Orang dulu dulu kata buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Saya tidak pasti jika peribahasa ini masih terpakai dan releven pada zaman serba maju begini. Zaman yang orang dah susah nak bezakan mana yang baik mana yang jahat. Yang baik orang kata jahat, yang jahat orang kata baik pula.
Sementara kita boleh berbuat baik, buatlah seadanya dan semampunya - dan dengan ikhlas. Soal balasan dan seumpama dengannya - biarkan - itu kerja Yang Maha Esa. Saya bukan yang layak untuk beri nasihat, sekadar peringatan kecil pada diri sendiri dan sahabat-sahabat.
Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Bayi Perempuan Di Kawasan Perkuburan.
2 comments:
memberi nasihat dan peringatan tak perlu kelayakan. semua orang boleh. inshaAllah selagi mana yang baik untuk kita dan orang lain.
setuju dengan "Yang baik orang kata jahat, yang jahat orang kata baik pula". dunia sudah semakin hampir dengan penghujungnya.
semoga kita dijauhkan diri dari sifat-sifat mazmumah, dan didekatkan diri dengan sifat-sifat mahmudah. amin.
thank you untuk peringatan ni. May Allah bless you =)
lebih menjengkelkan kalau seseorang itu tidak ada menyumbang sebarang kontribusi sekalipun tetapi sibuk menjaja cerita kepada orang lain yang dia tidak cukup tidur dan kepenatan kerana berhempas-pulas memberi sumbangan kepada tugasan tersebut. orang lain yang terlibat secara langsung dengan tugasan itu tahulah bahawa si dia hanya cakap kosong. hurm...
lelaki [tanpa] emosi
monyet merah jambu menulis
ngomelsikit
Post a Comment