Setiap Minggu (Sabtu), satu topik akan disiarkan. Ini sebagai satu langkah melatih daya penulisan anda di samping mengatasi masalah kekurangan idea untuk menyiarkan entri di blog anda. Kembangkan topik yang diberi mengikut kreativiti anda. Cabaran ini diinspirasikan dari Cabaran 30 Hari Blogging yang mungkin pernah anda / rakan-rakan blogger anda buat, bezanya cabaran ini berlangsung selama 30 minggu (30 topik berbeza). Cabaran ini tiada tarikh tutup, anda boleh mula pada bila-bila yang anda mahu (atau boleh give-up bila-bila juga.. hehe). Dengan cabaran ini juga diharapkan dapat membantu blog anda mempunyai updates sebanyak 30 entry.
Penyertaan dari editors / bekas editors juga digalakkan.
Untuk menyertai Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis ini, anda perlu ikut syarat mudah di bawah :
Penyertaan dari editors / bekas editors juga digalakkan.
Untuk menyertai Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis ini, anda perlu ikut syarat mudah di bawah :
1) Tajuk Entri[Tajuk entri mestilah mengikut topik, diikuti dengan " | Cabaran Minggu x"][Contohnya, jika topik minggu pertama yang diberi ialah 'Beruk Kegemaran Saya' maka tajuk entri anda mungkin seperti ini : Beruk Yang Aku Suka | Cabaran Minggu 1 atau Cerita Tentang Beruk | Cabaran Minggu 1 atau Dasar Beruk! | CM1 ]. Tajuk boleh diubahsuai asalkan tidak lari dari maksud sebenar. Ini syarat wajib untuk semua topik. (1 Markah)
2) Kumpulkan entri-entri anda tersebut dalam satu label khas, contohnya Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis atau 100penulis di blog anda. Ini syarat wajib untuk semua topik. (2 Markah)
3) Sertakan kod banner ini dalam entri anda :
<div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">
<a href="http://www.100penulis.com/2011/04/cabaran-30-minggu-latihan-menulis.html" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;" target="_blank"><img border="0" src="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEij6D3iPEBVZjoNDX7O5m5qJ4eJ3o31VKbKsDW_UayqTd6B6nMFxIXtJYofplU24ePi-9CYfyWVbTYodWwfA2Ea6nWBC9ly27aO8ybZwyIN_BMQ-yp-pIArHjWmAmB_fUr97i4bSxt2LBY/s1600/250x100b+C30M.gif" /></a></div>Langkah ini adalah untuk bertukar backlink antara blog anda dengan blog 100penulis.com. Ini syarat wajib untuk semua topik. (2 markah)
4) Tag dan link-kan 2/lebih blog rakan anda, maklumkan mereka untuk sertai (bukan paksaan - mereka ada pilihan untuk tidak sertai). Cara memaklumkan mereka ialah melalui mesej / notification di shoutbox dan sebagainya. Tujuannya semoga lebih ramai yang akan sertai dan manfaatnya akan dapat dilihat di topik-topik yang akan datang. Tag rakan-rakan yang berlainan untuk setiap topik. Ini syarat wajib untuk topik 1 hingga 5. (2 Markah)
5) Laporkan link entri anda di 100penulis.com untuk dimasukkan dalam senarai mingguan. Pastikan anda meninggalkan link yang betul di bahagian komen topik yang betul. Senarai boleh dilihat di setiap topik yang berkaitan. Link akan disusun di sini mengikut submission terbaru ke lama. Ini syarat wajib untuk semua topik. (1 markah)
6) Olah topik mengikut kreativiti anda. Anda boleh sertakan rujukan, diskusi dan sebagainya. Latih diri anda untuk mengupas tajuk yang diberi. Sertakan gambar hiasan jika perlu. Sebaik-baiknya anda elak dari kegiatan plagiarism, tingkatkan daya penulisan yang original. Panjang entri ikut suka, namun praktiskan menulis dengan mendalam. (2 Markah)
Berikut adalah link topik-topik yang disiarkan. Klik yang berkaitan untuk meninggalkan link entri penyertaan anda.
- Topik Minggu 1 : 23/04/2011
- Topik Minggu 2 : 30/04/2011
- Topik Minggu 3 : 07/05/2011
- Topik Minggu 4 : 14/05/2011
- Topik Minggu 5 : 21/05/2011
- Topik Minggu 6 : 28/05/2011
- Topik Minggu 7 : 04/06/2011
- Topik Minggu 8 : 18/06/2011
Selamat menulis! Don't givap!
Update 9/5/11 - Sistem pemarkahan (untuk topik 1 ke 10) :
Tajuk : 1 Markah
Label : 2 Markah
Banner backlink : 2 Markah
Submit Entri : 1 Markah
Effort/Olahah Entri : 2 Markah
Tag Backlink : 2 Markah
TOTAL : 10 MARKAH
Update 9/5/11 - Sistem pemarkahan (untuk topik 1 ke 10) :
Tajuk : 1 Markah
Label : 2 Markah
Banner backlink : 2 Markah
Submit Entri : 1 Markah
Effort/Olahah Entri : 2 Markah
Tag Backlink : 2 Markah
TOTAL : 10 MARKAH
20 comments:
Maaf...sYaf Baru Lagi Dalam Dunia Blogger Nie.. Kalau SYaf TerSalah Pst Entry Tu Maaf YEa.. SiLa beri Tunjuk Ajar...
Salam,saya berminat nak join cabaran 3 minggu tu..ini link saya
http://afzaafreeda.blogspot.com/2011/04/cabaran-minggu-1-kalaulah-saya-ada-rm.html
thanks!
@afza,
tempat submit link kat sini : topik 1
saya nak joint...
nampak menarik bag saya yang masih setahun jagung dalam dunia blog ini..
tapiii....
saya x faham syarat no.4 tu...
dan, boleh ajar x mcm mana nk tag nama org tu??
x faham ^__^"
@ayien,
tengok kat senarai dalam topik 1, leh visit blog diorang dan tengok cara untuk tag.
secara ringkasnya macam ni : letak link 2 blog kawan kat entri, dan maklumkan kat tuan2 punya blog tu untuk baca entri ayien.
saya nak join jugak...
http://www.zahidahwahid.com
New Entry: Khamis yang blues
rugi plak tk dpt join yg topik minggu 2 tu..sob3
saya nak guna bahasa inggeris dan melayu..boleh tak?
@aisya humaira,
aik? kenapa tak join? submit je link.. cabaran ni xde tarikh tutup pun
@alana zainal,
blh..
saya masuk ya! saya guna blog ni http://alanazainal.blogspot.com/ :)
salam..
sori nk tanya..
syarat no 2 tu mcm mn nk buat..
xfaham..tq..
@cik lala,
waktu create post di blog, ada pilihan 'label' di bawah komposer (sebelah Post Options). Namakan label "100penulis" / "Cabaran 30 Minggu Latihan Menulis"
tumpang tnye..
perlu ke buat semua topik..
kalau saye nk wat topik 4 je bole ke???
means saye pilih la topik mane yg saye nak uat...
@hana
blh tapi mesti ikut syarat #1-6
but by the end of 30th topik, xdapat markah penuh. tapi kalau nk join utk suka2 je apa salahnya
kalo nak jion.. kene start dari mggu pertama ke coz skg pun dah mggu ke 5 kan.. cane ek?
bile nk kuarkan tajuk untuk minggu keenam? :p
banyaknya ketinggalan....sangat2 sibuk sekarang ni....huuuhuhu
New Entry: Cartoon cupcake: Taiwan Cake House
akak suka menulis....sokong
cabaran ini masih berlangsung atau tidak?
bila nak keluar cabaran seterusnya? 9? 10? hingga 30?
Post a Comment