Friday, April 8

Eh Rahsia Komunikasi Lagi


Sebelum ini, pasti semua ada terbaca mengenai Komunikasi Oh Komunikasi dari salah seorang editor 100penulis, Rosputih.Saya juga membuak-membuak nak berkongsi dengana rakan-rakan di laman ini cara komunikasi , tambahan pula profesion saya melibatkan komunikasi yang sangat banyak dan  yang penting perlu meyakinkan.

Rahsianya ialah



Yakin dan Boleh Meyakinkan


Kucing yang sangat2 yakin


Sukar kan nak jadi orang yang yakin? sebabnya kita perlu berilmu dulu sebelum dapat meyakinkan orang. Tonasi di sini juga tersangatlah penting.Lembut tetapi tegas.Yang paling penting jangan sesekali menusuk jiwa.Kecil hati kawan kita nanti.

     Bijak



Yang ini kena berfikir dulu sebelum bercakap. bukan semua yang ada kemahiran ini, tetapi kemahiran ini boleh dibentuk.Bijak dalam menyusun kata-kata mengikut apa yang kita tahu.Kalau tak tahu, mengaku tapi cara yang paling bijak.Bukan bermanis mulut, bukan lidah bercabang waima menanam tebu di di bibir.



     Mampu Menguasai Keadaan


Yang ini paling sukar.Tidak semua keadaan kita dapat kawal.Daripada sinilah, boleh berlaku salah faham dan sebagainya.Sama ada komunikasi itu berbentuk satu hala dan dua hala terpulang kepada kawan-kawan.

Rahsia yang lain  banyak lagi ? Tetapi kena simpan dulu yek :-p


"Tak semestinya seorang pendiam itu tidak pandai berkomunikasi kerana yang pendiam itu lebih bisa dan bermakna kata-katanya berbanding yang banyak bicaranya"


Mengenai Penulis Entri Ini :

humbleyat juga penulis untuk blog Naluri Kehidupanku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Jumaat . Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label humbleyat. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kesilapan Itu Membuat Kita Memperbaiki Diri.

4 comments:

! Sam Posmen ! said...

mampu menguasai keadaan itu yang selalunya orang gagal. memang susah. kalau kita marah emosi kita sering terganggu dan sebab itulah segala macam caci makian terkeluar. sikit sebanyak komukasi tidak dapat berlaku dengan lancarnya.

mungkin kalau bab ni soal agama perlu di serapkan. tiada lagi yang boleh takeover.

faizalnizam said...

komunikasi jadi bermasalah bila ada orang tengah emosi. aku biasa dengan situasi itu. tp aku faham, manusia kadang-kadang kalah dengan perasaan sendiri.

syaftome said...

btul tue..
yg pendiam tue x semestinya takut untuk berkomunikasi atau pendiam...
mereka lebih suka memerhati terlebih dahulu...
seblum membuat apa2 tindakan yg melulu...

Aida Ismail said...

tips yang sangat berguna. InshaAllah inshaAllah. hehe. setuju yang orang pendiam tak seperti nya tak pandai berkomunikasi, cuma mungkin menjaga tutur kata dari mengeluarkan kata-kata yang sia sia.

May Allah bless kak Yati =)