Tuesday, April 19

Hargailah Insan Bernama Sahabat.

Salam...
 Minggu ini sudah masuk study week. Masing-masing kelam kabut study..aku pon sama..dalam pada itu,aku sempat menghasilkan nukilan khas untuk sahabat2 ku...yela...manalah tau ada salah silap dengan mereka sepanjang semester ini.Ingin aku kongsikan nukilan itu disini sebagai tanda menghargai seluruh warga yang bernama sahabat. Tak lupa kepada yang bakal menghdapi final exam, semoga berjaya aku ucapkan. Gambatte!!!!

Sahabat….
Sahabat yang baik,apabila dipandang wajahnya..
membawa mengingati ALLAH...
apabila tersenyum padanya...
 terasa ketenangan di jiwa..
apabila merenung matanya
terzahir kejujuran dari sinarannya..
Mendengarkan kata-katanya..
Menyejukkan hati y resah..
berbicara dengannya..
menghilangkan rasa gundah..
Melihat gerak gerinya..
Membuat aku kagum ..
kerana taatnya pada suruhan Ilahi..
meninggikan takutku kepada ALLAH...
kerana elok budi pekerti..
kerana elok bahasa ku dengari..
kerana sopannya menegur diri ini..
dan kerana kelembutannya...
berbicara menambat hati..
Berkawan dengannya..
Berjuang ku ke jalan ALLAH..
Berteman dengannya..
Terbit kekuatan di hati..
Bersahabat dengannya..
Tiada susah yang aku hdapi..
Hanya kehidupan yang penuh warna warni
Sahabat..
Tidak kusedar…
Bila diri ini menempatkan kalian dihati..
Tidak ku tahu…
Mengapa hti ini berasa senang tatkala kalian disisi..
Tidak jua ku fahami..
Mengapa diri ini..mudah berkongsi suka duka dihati..
Tidak dapat ku selami..
Sejak bila diri ini..menyayangi kalian seikhlas hati..
Atas nama sebuah persahabatan..
Yang tak mungkin dapat ditukar ganti..
Andai suatu hari nanti…
Kita tidak bersua lagi…
Andai suatu hari nanti…
Kita tidak berbicara lagi…
Andai suatu hari nanti..
Diri ku dibenci..
Andai suatu hari nanti…
Runtuh segala kemesraan ini…
Maafkanlah atas segala kekhilafanku..
Halalkan makan,minum dan ilmu yang dikongsi dulu..
Maafkan ku..
Atas segala ketidakpuasan hati…
Maafkan ku..
Terkadang tersalah bicara mengatur kata…
Maafkan ku..
Aku tetap aku…
Namun, ingatlah wahai sahabat..
Kita pernah tersenyum…tanda gembira..
Kita pernah menangis..tanda duka..
Kita pernah bahagia..bersama..
Sesungguhnya kita sentiasa bersama..
Aku hanya orang kecil..
Mungkin ada atau tidak dihti kalian…
Tidak member apa-apa makna…
Tetapi ingin ku luahkn disini…
Apa yang terpendam dihati…
Aku….ckup bersyukur…
Mengenali dan menjadi sahabat kalian…
Aku…cukup bertuah…
Kerana kalian, aku masih disini..
simpanlah ini sebagai kekuatan...
simpanlah ini sebagai kenangan..
jangan dibuang jangan dihilangkan...
tiada gantinya kalian di ingatan...
Kalianlah sahabatku yang terbilang…
Dunia dan akhirat..


Mengenai Penulis Entri Ini :
GadisMerahJambu juga penulis untuk blog Ceritera Gadis Merah Jambu. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Gadis Merah Jambu. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Kisah Aku,Dia dan Impian (Part 10).

No comments: