
Assalamualaikum semua. Mesti pelik tajuk entry nie. Dah menang, mestilah juara. Kan, kan, kan. Tapi, ada sebab aku wat tajuk gitu. Cer citer, cer citer. =)
Kenapalah aku masih dalam mood tak puas hati atas kemenangan mereka-mereka yang ganas itu pasal netball tempoh hari. Mana nak puas hati kalau sampai la ni tangan aku masih berbungkus! Nak wat macam mana. Aku memang lemah-lembut orangnya.
Okay, berbalik kepada tajuk hari nie. Korang-korang yang menang apa-apa pertandingan pun lah kan, belum tentu juara. Kenapa aku kecoh hal nie? Yole, manalah tau time game tue, pasukan yang lain bukan dalam 100% terbaik kondisinya. Contohnya, sebelum game dorang cirit ker, muntah-muntah ker, contohnyalah kan. Kita tak tahu.
Lagi pula, juara nie, kalau korang dah jadi cam Datuk Nicol ker, dan yang seangkatannya. Means, dah termaktublah. Puas hati jugalah kalau korang nak belagak satu dunia nie kan, walaupun mereka yang hebat nie pun tak sebelagak korang.
Kalau nak kata korang juara, boleh saja. Dengan syarat, tak main kotor okay. Kalau dah yang menonton pun kata kome-kome main kotor, bukan juara lah sebenornyer yer. Tak yah nak perasan sangat ye. Takut riak pula, berdosa. Hahaha. Susah nak menjawabnya.
Fikir-fikirlah kenapa tak semua orang boleh terima korang menang. Bukan tak terima kekalahan. Tapi, orang tak kan berbunyi kalau korang menang cara cun punya. Kalau memang korang hebat, confirmlah lepas game tak sombong dan berlagak macam tanah yang dipijak nie korang yang punya. Renung-renungkan dan selamat beramal.
Mengenai Penulis Entri Ini :
izfanora juga penulis untuk blog senyuman gadis gerimis. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Selasa. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label izfanora. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Aku kaya. Korang ada?.

3 comments:
bagila deme nak juara di mata deme tp dimata peyokong mereka tetap kalah..
faisalapardi.com
Hai cik izfa nora... apa khabar? ingat lagi tak kat saya? heheh...
tak suka bila ada pertandingan dalam universiti yang dipolitikkan. secara tradisi, kolej-kolej tertentu saja yg saban tahun akan menang walaupun kolej-kolej lain ada yg jauh lebih baik persembahannya. mentang-mentanglah kolej-kolej yg selalu menang tu ada 'hubungan baik' dgn pusat kebudayaan universiti dan orang atasan, mudah saja bg mereka utk menang.
*oops... ter'emo' isu universiti plak kat sini. hahhaha....*
lelaki [tanpa] emosi
monyet merah jambu menulis
ngomelsikit
Post a Comment