Monday, April 11

Perubahan Itu Pasti

Perubahan. Itu sudah pasti.
Akan pasti berlaku perubahan.
Dalam kehidupan ini.

Sesetengahnya akan berkata, "Perubahan itu bagus."
Yang lain pula akan berkata, "Perubahan itu penting."
Tapi yang pasti, "Perubahan akan berlaku."
Kerana perubahan itu adalah semulajadi.
Perubahan itu adalah lumrah alam.
Dan semestinya, perubahan itu adalah pasti.
Dalam kehidupan, sentiasa berlaku perubahan.
Sejak dari kecil lagi, kita sentiasa berubah.
Tidak kira dari segi mental ataupun fizikal.
Tidak kira dari segi dalaman ataupun luaran.
Tanpa dapat digugat seinci, peribahan itu adalah pasti.

Secara terperinci, sejak dari kecil. Kita berubah.
Mula-mula kita belajar untuk menggelengkan kepala.
Lama-lama kita sudah pandai mengeluarkan bunyi.
Kemudian pula, kita mula merangkak dan belajar berdiri.
Tanpa disedari, kita sudah pandai berjalan dan seterusnya berlari.
Lambat-laun, kita mula semakin besar dan bertambah tinggi.

Dari segi emosi pula, kita membesar menggunakan segala deria yang ada.
Dan daripada situlah, kita mula membentuk sensitiviti.
Ingatkah anda, bila di kala kita masih kecil dahulu, semuanya perkara adalah menggembirakan.
Sesaat kita bergaul dengan budak baru, sudah menjadi kenalan teman mesra.
Dan mulalah, kita bergembira. Tanpa mengira waktu dan masa.
Tetapi kini, sedikit sahaja silap dan salah, hubungan lama boleh retak begitu sahaja.
Ditambah pula, bila kita terasa kecil hati, rendah diri, dan sedih, semua benda jadi tak kena.
Begitulah, bila sensitiviti itu menular di segenap tubuh kita.

Mentalitinya pula, kita belajar melalui pengalaman, pada kebiasaannya.
Kerana, apabila membesar, kita pastinya akan melalukan kesalahan dan kesilapan.
Dan daripada kesalahan dan kesilapan itu, kita belajar.
Kita belajar untuk memperbaiki diri sendiri dan berusaha untuk tidak mengulangnya semula.
Dan pengalaman sebegini, sudah sebegini tidak akan diperolehi di dalam kelas atau di mana-mana.
Kerana, kadangkala kita perlu merasainya sendiri.
Hanya kerna, belajar mengenai sesuatu dan merasai pengalaman itu sendiri, adalah dua perkara yang sungguh jauh berbeza.

Akhir kata, hidup ini penuh dengan perubahan.
Dalam melakukan perubahan, ia kadangkala adalah di luar kawalan dan kemampuan kita.
Dan dalam menjalani kehidupan ini, kita berubah sepanjang masa.
Pastinya, kita akan sentiasa berubah. Tanpa mengira waktu dan masa.
Kadangkala pula, perubahan itu boleh berlaku dalam sekelip mata. Tanpa diduga.
Walau apa jua bentuk perubahan itu.
Kita berubah untuk menyesuaikan diri.
Kita berubah untuk memperbaiki diri.
Dan kita berubah untuk memperkasakan diri. Untuk masa depan.

Dan dalam melaksanakan perubahan, pasti akan ada banyak dugaan dan cabaran.
Akan timbul pelbagai halangan dan rintangan.
Dan akan muncul pelbagai fitnah dan hasat dengki yang tidak pernah sudah.
Tapi, walau apa jua sekalipun, jangan sekali-kali kita rebah, sehingga mahu mengalah.
Lambat-laun, semua perkara itu juga akan berubah.
Kerana perubahan itu adalah suatu perkara yang pasti.


Mengenai Penulis Entri Ini :
syaftome juga penulis untuk blog Tour of My Existence. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label syaftome. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah A Life Without The Internet.

2 comments:

Aida Ismail said...

like this post! apa yang penting adalah, kita sentiasa berubah menjadi lebih baik. semoga hidup terus diberkati Allah. Amin Amin. =)

syaftome said...

kita memang akan berubah...
tanpa kita sendiri...
dan kita akan berubah...
tapi tidak semestinya orang berubah ke arah kebaikan...
itu semua terpulang kepada tingkah laku dan gerak geri setiap individu...

ps: amin...moga semua berubah ke arah kebaikan...