Thursday, April 14

Reblog:Dosa jangan di (+), Iman jangan di (-)


Takut untuk menerima hakikat yang selama ini kita telah banyak melakukan dosa. "Normal la kan, semua orang buat dosa, tak ada yang sempurna", "Ala, bukan aku je yang buat, orang lain pun sama je". Tapi setidaknya kita seharusnya cuba untuk menyedarkan diri bahawa kita sedang melakukan sesuatu yang dilarang Allah. Lebih baik orang yang melakukan dosa, dan sedar dia sedang berbuat keburukan dan terus bertaubat berbanding dengan orang yang melakukan dosa tapi tidak sedar mereka sedang melakukan dosa sehinggakan menganggap dosa yang dilakukan olehnya menjadi satu kebiasaan yang normal.

Kerapkali kita mengalami kesukaran untuk bangun menunaikan solat subuh. Saat itu kita seolah-olah sedang bertarung antara memilih Allah atau syaitan. Dan kerap kali juga la kita jatuh ke tangan syaitan. Sehinggakan perbuatan meninggalkan solat subuh menjadi kebiasaan dan kita tidak lagi merasa bersalah. Ya Allah. Kalau solat lima waktu pun susah nak dijaga, macam la agaknya nak kuatkan iman di dada nak melawan segala bisikan syaitan yang direjam olehMu Ya Allah.

Bisikan syaitan itu amat halus, sehinggakan kehadirannya kita tidak dapat agak. Tapi yang pasti bisikan syaitan itu kita dapat rasai. Bersyukur lah kita kerana di saat kita lalai, di saat kita lupa akan Allah, Allah menghantarkan peringatan, tidak kiralah secara sedar atau pun tidak sedar. Lihatlah setiap peringatan yang diberi itu sebagai tanda kasihnya Allah pada kita, kerana Allah ingin melindungi kita dari terus melakukan sesuatu yang dibenci Allah.



"Adakala kita kalah dalam pertarungan dengan syaitan. Tapi itu tidak bermakna kita akan terus tewas kerana kita akan bangun berdiri mengalahkan mereka dengan iman kita."

p/s : dulu selalu dengar orang cakap kalau kita solat, tapi kalau kita masih melakukan dosa maknanya ada yang tak sempurna di dalam solat kita. Mungkin ada baiknya kita sama-sama merenung kembali apa yang kurang di dalam ibadah kita. Peringatan yang cukup besar untuk diri sendiri.

Reblog from my own blog. May Allah bless us all. =)

Mengenai Penulis Entri Ini :
Aida Ismail juga penulis untuk blog On Stage. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Aida Ismail. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah "Perfect Girls' Day Out".

2 comments:

SueZ said...

info yang sangat berguna..terima kasih

SueZ said...

boleh saya tanya, ader kenal mana2 ustazah yang boleh memberi nasihat dalam agama dan rumah tangga?

http://suezdairy.blogspot.com/

sueria_ni@yahoo.com