Wednesday, April 6

saya berdoa..



Assalamualaikum and hye all... oh, hampir terlupa tau bahawasanya hari ini hari Rabu!! betul-betul lupa nih.. bukan buat-buat lupa... kadang-kadang aku pelik dan rasa macam tak percaya jer kalau ada orang yang akan terlupa besday dia kan... ok, sekarang aku dah faham perasaannya bila.... ya, bila kita memang betul-betul terlupa! hehehe...

ok, tiba-tiba hari ini terfikir-fikir tentang doa... oh, doa.. kenapa lah doa aku ini sering tidak termakbul? pernah tak kita tertanya-tanya soalan sebegini. sila jawab dalam hati. kadang-kadang kan kita memang suka berdoa... tapi lupa pula nak betulkan cara memohon doa....


sudah tentu ramai yang dah tau kan adab berdoa.. just nak remind balik jom!
kalo nak berdoa seelok2nya kita pilih waktu yang baik seperti hari 'Arafah, hari Jumaat, bulan Ramadhan.... tapi hari lain pon boleh jer.. bukan dilarang pon kan? suasananya pon, mestilah baik kan? elok pada waktu2 yang tenang, sunyi, waktu nak mendirikan solat, waktu di dua khutbah dan sebagainya. Selain itu, perlu juga mengadap ke kiblat dengan mengangkat dua tangan sehingga nampak ketiak dan menyapu tangan ke muka apabila selesai doa.. masa berdoa tu doalah dengan penuh perasaan takut, gerun pada kehebatan dan kebesaran Allah dan khusyuk. Kita juga mesti yakin yang semua doa kita akan dimakbulkan oleh Allah.. Berdoalah dengan penuh perhatian dan memulai doa dengan Tahmid dan selawat, selain kita berselawat dan beristighfar... dan, kalu berdoa tu eloklah dalam keadan bersih kan? bersih dari hadas dan najis!

hmmm... semoga doa kita dimakbulkan Allah s.w.t....
Allah berfirman,  "minta doalah daripada-Ku nescaya Aku menerima doamu"-al-Mukmin 60

* isi adab berdoa ini diambil dan diubahsuaikan dari buku Qiyamullail Munajat dan Selawat terbitan Blue T-Publication.

sekian, terima kasih.

tinta jemari :))  jangan pernah aku terlupa lagi~


Mengenai Penulis Entri Ini :
gomok9endek juga penulis untuk blog GP. Anda boleh mengikuti beliau di
sini pada setiap Rabu dan di gomok9endek. Untuk membaca semua hasil
penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label gomok9endek. Entry
terbaru di blog beliau ketika ini ialah kenapa aku guna nama gomokpendek untuk blog??.

5 comments:

nn said...

pernah juga terbaca yang kadang-kadang doa kita tak termakbul sebab Tuhan dah janjikan benda yang lebih baik untuk kita...

hidup ni ujian.

Aida Ismail said...

kadang kadang kita yang tak sedar dalam diam Allah dah makbulkan doa kita. inshaAllah, dengan bermuhasabah diri dan teliti kembali. pasti ada jawapannya. sesungguhnya sebaik baik tempat untuk kita mengadu adalah Allah. may Allah bless us all =)

thank you for sharing this! =D

Cute Oven said...

terima kasih kerana artikel ini...

cukup baik untuk merenung kembali segala apa yg telah kita lakukan..

semoga doa kita akan senang dimakbulkan...

sjaa64 said...

berdoalah...sesungguhnya doa itu senjata orang mukmin :D

sentiasalah berfikiran positif

ieda Qema said...

nn: betul tu nn.. apa yg berlaku pasti ada sebabnya..

aida ismail: kita yang tak sedar dalam diam Allah dah makbulkan doa kita.. itu ayat mak saya yang selalu disebutnya.. heh..

cuteoven: yup.. betul tu..

jaa64: doa tanpa ada rasa putus as!