Monday, April 25

tips-tips untuk lupakan seseorang a.k.a bekas kekasih



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...kali pertama melihat banner ini di 100penulis??hehe..oklah sebenarnya jaa adalah editor baru di sini dan baru sahaja menjadi keluarga 100penulis..ni post yang pertama dan julung-julung kalinya bertapak di sini..hehe (^_^)


Entry yang pertama ni jaa nak berkongsi pasal pasangan pasangan yang dulunya bercinta bagai nak rak, kemudian hubungan terputus di tengah jalan...



biasanya pasangan yang bercinta dan saling sayang menyayangi namun berpisah atas sebab-sebab yang tertentu pasti sukar melupakan si dia bukan??pergi kafe je,teringat saat-saat makan bersama,pergi padang,teringat waktu main bola sesama,pergi pasaraya teringat si dia sungguh caring membawa barang-barang yang dibeli,pergi karoke je teringat saat-saat menyayi lagu cinta bersama-sama dan banyak lagi la =p



  • kalau tiap-tiap kali online,tangan tu tak payah nak menggatal pergi jenguk blog dia ke,facebook ke,pergi stalk gambar-gambar dia ke..apa-apa sahajalah yang berkaitan dengan dia...sebab bila tengok,perasaan rindu tu pasti datang balik




  • delete semua gambar-gambar yang korang pernah ambil bersama-sama dulu..tak kiralah gambar yang pergi dating ke,makan ke atau apa-apa sahaja yang menggambarkan betapa bahagianya korang dengan si dia..

  • aktifkan diri atau sibukkan diri dengan aktiviti lain bersama rakan-rakan,tak payah nak fikir lagi pasal perkara yang dah lepas tu..yang lepas tu biarlah lepas,tak payah nak dikenang lagi..jangan mengada nak duduk tepi katil,lepas tu terbayang saat-saat indah main kejar-kejar tepi kolam =p

  • simpan semua hadiah-hadiah atau gambar-gambar ketika bersama dahulu di tempat yang agak jauh dari pandangan mata kita..cth:dalam stor barang-barang....kita akan cepat lupa bila kita tidak melihat barang-barang tersebut.

  • padam sahaja semua no.telefon,e-mel,atau apa sahaja yang boleh menghubungkan korang berdua..tetapi bagi yang masih boleh berkawan seperti biasa adalah tidak menjadi masalah..

  • cuba ingat balik apa perkara buruk yang pernah dilakukan sidia terhadap kamu..contohnya si dia suka membanding-bandingkan kamu dengan rakan-rakannya yang lain,komen tentang perangai,penampilan kamu dan sebagainya...mungkin si dia banyak sakitkan hati kamu,dengan mengingat perkara buruk tentang dirinya sudah pasti semua perkara indah-indah dapat dilupakan..

beraktiviti bersama rakan-rakan :)



  • carilah rakan-rakan sebagai teman setia dan pendengar..jika hari minggu kamu tidak dapat diluangkan bersama si dia lagi,cuba ciptakan aktiviti hari minggu yang menaarik bersama rakan rakan seperti memancing,jogging,bermain futsal dan sebagainya..

  • sentiasa bertanya dan muhasabah diri sendiri...adakah si dia terlalu baik dan sempurna bagi anda??atau anda yakin si dia dapat memberi kebahagiaan kepada anda??kalau masa bercinta pun dah boleh buat hal macam-macam,apatah lagi berkahwin..jadi ingatlah dan yakinlah bahawa si dia bukan diciptakan untuk anda..

  • dekatkan diri dengan yang maha pencipta dan keluarga...sebagai orang islam,reda dan terima seadanya..sentiasa solat dan membaca quran pasti akan dapat menyejukkan jiwa yang kacau teringatkan kisah-kisah lama yang pastinya membuatkan anda bertambah sedih...


jangan sesekali berasa terkilan dan sedih kerana semuanya hanya sia-sia...teruskan melangkah ke hadapan dan bina hidup baru..sebenarnya jika kita sudah mempunyai pengganti yang lebih baik,sedikit sebanyak kenangan bersama si dia akan hilang dan lupus dari ingatan..selamat tinggal kenangan..ini bukan hanya sekadar melupakan bekas kekasih,namun bekas tunang atau isteri/suami juga boleh mengikuti tips ini :D



Mengenai Penulis Entri Ini :
jaa64 juga penulis untuk blog Jaa's Story. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label jaa64. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah dah rasa lega sedikit.

7 comments:

Unknown said...

tahniah.. penulisan yg baik.. dan harus semua yg sedang putus cinta jadikan ini sebagai panduan...


n3 terbaru kakyong.com
Akhirnya ade juga gambor ibu dan 3 anak
Referral kakyong.com : 19 Mar to 19 Apr 2011
Saya Mahu Strawberry White Coffee Genting Higlands dan Teruja untuk memiliki Astro B.yond PVR

therosputih said...

selamat datang ke 100 penulis...selamat berkenalan...

tak suke ingat balik kenangan lama, pastu mula ah, meleleh2...aih...nak buek camno...payah2...

sjaa64 said...

@kak yong- thanks...^^

@the ros putih- thanks salam perkenalan gak..tulah pasal kan..tadi pun tetiba teringan teman lama..huhuhuhhu

jom study di study room :)

shandye. said...

selamat datang ke 100p. jujur sy katakan ini adalah antara platform terbaik utk mendapat kawan baru di samping mengasah bakat penulisan anda. selain itu, trafik ke blog sendiri juga turut meningkat secara tidak langsung. hehehe...

btw, suka tips ini: "simpan semua hadiah-hadiah atau gambar-gambar ketika bersama dahulu di tempat yang agak jauh dari pandangan mata kita." dan sy selalunya akan hantar barang-barang kenangan antara sy dgn dia kepada kawan sy yg ddk kat johor nun. dhla jauh, tak ada alasan hendak pg johor semata-mata mahu tengok barang2 tersebut. kwn sy tak kisah pun sy tinggalkan kotak pusaka tu kat rumah dia. hahaha...

chenta said...

selamat datang jaa ^__^

perkongsian yang bagus..tapi walau apa pun yang kita cuba buat, pokok pangkalnya hati. kalau hati tak kuat, kita takkan dapat buat semua tu...kan?

sjaa64 said...

@shandye...

thankss...salam kenal gak..tapi jaa kan dah buang semua sebenarnya tu pun kekadang masih teringat-ingat..huhuhuhuh..teruk betuiii!!!

tspi betul gsk tu, xde keje nak pi jauh-jauh semata-mata nak tengok barang tu balik kan..heheheheh

sjaa64 said...

@chenta-
thankss ^^
hatilah yang tntukan sagalanya..huihu