Friday, May 20

benci lelaki


walamak....mati aku kali ni, tajuk entry perghhh....habis sume blogger lelaki yang lain boikot aku kali ni...ahaks....takpelah, aku nak teruskan jugak psl isu ni....tak kira tak kira...

sebelum tu, bagi amaran awal2...bukan sume lelaki mcm apa yang aku nak cakap, daripada 5 orang yang aku jumpa, adalah sorang yang kurenggg...yang lebih 4 orang tu okay what...

aku tulis ni based on apa yang aku baca, pengalaman sendiri, pengalaman mereka di sekeliling, dan dari tv...so, takkan kerana nila setitik, kita nak cop lelaki2 yang lain mcm tu jugak, sabar2....baca dulu isu aku...

1. lelaki kalu pujuk rayu, memang superb!!
2. sebelum dapat, memang kaulah bunga, akulah kumbang, tapi lepas dapat, kaulah bunga, dan akulah kera


itu adalah 2 ayat yang memang menghantui aku ke mana saja aku pergi kalau bercakap psl lelaki...aduh...aku pun selalu dgr cerita2 benar yang berlaku di kalangan kawan2 aku, tapi nak buat mcm mana...

bila dgr cerita yang tak best, nak je aku jerit benci lelaki tetapi hakikatnya...mampukah kita membenci golongan ini?

benci lelaki, bermaksud kita benci ayah kita, abg kita, adik lelaki kita, saudara lelaki kita, dan kalau ada suami, benci suami kita? nauzubillah...

tak boleh benci lelaki tak boleh, sebab tanpa lelaki, tiada kaum bernama hawa...

ketahuilah oleh mu, kaum hawa diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki, bukan dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk disepak, tetapi dari sisi untuk dilindungi dan disayangi....


notakaki : kerana lelaki kita hidup dan kerana lelaki kita kecundang



Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Selamat berkenalan dan selamat mengomen entry ini.=)

No comments: