Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera
Aku ada seorang kawan
katanya “Kaulah sahabat aku dunia akhirat”
bodohnya aku sangat percaya
manakan tidak
setiap kali dia pulang ke kampung
datangnya bersama buah tangan
kalaupun tidak keropok lekor
sekurang-kurangnya keropok keping
yang sedap
kala memasak juadah istimewa
aku tidak terkecuali dapat merasa
kesedapan masakannya
atau masakan bondanya
dan dia sentiasa hadir waktu gembiraku
sentiasa ada
saat aku ketawa
sentiasa di sisi mengharung waktu ceria
Langit tidak sentiasa cerah
kala mendung menutupi langitku, mentari hidupnya sangat benderang
aku teraba dalam kabus mencarinya, dia meniti alam bahagia
aku terkapai dalam gelita mengharapkannya, dia dikelilingi neon warna warni
akupun terduduk sayu dalam sabar
waktu duka yang menebarkan sayap derita
masih menanti huluran tangannya
memberi kekuatan
menghulur sedikit sinar
sedang dia dihasut nestapa
kononnya aku cemburu hidup bahagianya
padahal saat itu
nafaspun tak mampu kuhela lagi.
dia pernah berkata “Kaulah sahabat aku dunia akhirat”
aku sangat bodoh kerana terlalu percaya
aku bahagia dengan bahagiamu
namun maafkan aku tak mampu turut bahagia
kerna detik itu bahagiaku diregut pergi
dan aku perlu berjuang untuk bangkit kembali
biarpun sendirian.
Usah berkata “Kaulah sahabat aku dunia akhirat”
andai dikau tak mampu kotakannya
biarpun hanya di dunia.
~~Anyss~~
Bandar Baru Bangi
Mei 2011
PsssT: Entah kenapa, aku terlalu emosi. Maaf, rasa ini terpendam terlalu lama…kalau nak baca dalam versi yang lain, walaupun serupa...namun tetap tak sama, ikuti sahaja di Untuk Seorang Bekas Sahabat
Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Ci Epal ke Hanis Zalikha Paling Popular? .
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Ci Epal ke Hanis Zalikha Paling Popular? .
2 comments:
itu pengalaman hidup. dari situ kita mengenal manusia kawan. dari situ kita tahu erti sebenar seorang sahabat. mencari kawan sebenar sukar. hidup mmg begitu.
cuba tabahkan hati walaupun sukar. mesti cuba.
rasanya hampir setiap orang pernah melalui benda macam ni. nak buat macam mana. rambut sama hitam hati lain-lain.
Post a Comment