dah lama aku tak bincang mengenai kisah sekeliling kita sebagai manusia...kepada pembaca entry ni yang terdiri dari segala mala haiwan dan binatang sekalian, maaflah...entry kali ni utk manusia, haiwan ngan binatang takkan paham konflik manusia...
kali ni, aku nak bincang mengenai hubungan sesama manusia...sebagai manusia, kita memang takkan boleh lari dari berhubungan dengan manusia, melainkan korang duk lam gua, takde hubungan langsung ngan dunia luar...tgk beruk, tgk orang utan, orang utan tgk kau, beruk tgk kau...senang...but, life is not that simple...
kehidupan memerlukan kita untuk membuat keputusan, melaksanakan keputusan, dan melalui segala keputusan itu...jadi, orang2 di sekeliling kita, tak semua yang akan setuju dgn cara hidup kita...setuju tak dgn aku?
bila berlaku pertembungan kehendak, berlaku konflik...kalau setakat konflik itu dipendam sahaja kedua2 pihak tu, mungkin kita masih lagi boleh pejam mata, tapi apa akan jadi kalau konflik itu dipanjangkan kepada pihak ketiga yang sememangnya takde kena mengena ngan kita? hati2...sebab silap langkah, kita boleh dianggap menyebar fitnah, apa hukumnya menyebar fitnah? nauzubillah...
aku ada satu kisah yang aku sendiri alami...aku cite kat sini bukan sebab nak mengaibkan sesiapa, tapi sekadar berkongsi pengalaman, moga mendapat kata nasihat dari anda semua selaku pembaca...
ada beberapa orang kawan aku, dulu kawan, sekarang lawan agaknya...duduk sama2, keje sama2...bagi aku, hal umah bincang dkt umah, hal keje bincang kat tempat keje, kalu tak de boundary terhadap sume ni, sape yang akan susah? diri sendiri saje yang susah...
okeh, kawan aku ni pernah tegur aku, aku akui mungkin itu sume salah aku, tapi aku tak nafikan yang setiap orang ada peranan sendiri, ada salah sendiri, tapi takpelah, aku terima aje kalu dorang sume cakap itu sume salah aku...aku terima dan aku rasa sebagai manusia, standardlah kalau seorang manusia itu melakukan kesilapan kan...okay, aku terima salah aku dan aku akan cuba perbaikinya...
salah sorang kawan ni cakap kat aku, suh aku berubah, aku terima...aku perlu berubah kan...pastu dia sambung lagi, "sekali aku berkawan, selamanya aku berkawan" aku mcm ni saje, pas kena tegur tu, aku berubah sket, tapi dorang tetap layan aku mcm taik aje...aku diam je, aku terima, mungkin aku ada salah lagi kan...bila aku berubah, layanannya tetap sama, malahan, ada hari2 tertentu tu, lebih teruk dari apa yang pernah aku terima....bila akuhulur salam kawan, aku diludah, bila aku hulur kemaafan, aku tak diendah...sebagai manusia, aku juga ada perasaan...bila aku amek keputusan utk keluar dari keluarga itu, aku dipulau dan dibuang...mana pergi ayat "sekali aku berkawan, selamanya aku berkawan"
aku diam saje, malas nak berkata2...bagi aku, "berdiam tak bermakna mengalah" aku serah saje pada mereka sekeliling aku untuk mentafsir apa yang berlaku antara aku dan mereka, aku? aku tetap dgn caraku, tidak akan berkata apa2 ttg mereka, meskipun benda baik, jauh sama sekali benda buruk...mereka? aku serah saje pada allah...
aku tidak akan halalkan mereka untuk menyentuh cerita tentang aku, tidak ku halalkan juga sebarang perkataan berkaitan aku yang keluar dari mulut mereka....tidak ku halal segalanya...
kalu korang nak cakap aku pendendam sekalipun, aku tak kisah, biarlah, aku merasainya...sudah aku bagi masa pd mereka untuk menutup mulut, sudah aku bagi kesabaran atas segala tindakan mereka...jadi, aku berhak menentukan ke mana hala hidupku...
notakaki : kesabaranku ada hadnya....
Mengenai Penulis Entri Ini :
therosputih juga penulis untuk blog therosputih. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap hari Jumaat. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label therosputih. Selamat berkenalan dan selamat mengomen entry ini.=)
Jom sertai GA komen, komen dan komen.
No comments:
Post a Comment