Thursday, May 5

Jelajah Paris-Amstardam-Frankfrut


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Banyak kali benar entri aku terbabas. Ada masa, teringat tentang hari Khamis pada hari Khamis itu juga. Sebab entri belum tulis, tertundalah post entri kat sini. Ada masa yang lain, draf dah siap tulis, namun terbabas hingga hari Jumaat baru ingat. Terlambat!

Agak lama aku fikirkan, adakah pengalaman sepanjang di tiga kota ini perlu dikongsikan atau tidak di sini. Namun akhirnya, aku memutuskan untuk menulis seringkas yang dapat di sini. Hanya di sini. Tidak tertulis di blog aku pun. Kira macam ekslusif hanya di 100 Penulis sahaja hu hu hu

Kota Paris terkenal dengan jolokan Kota Cinta. Kota penuh dengan nilai romantik dan kesenian. Selain mercu tanda Menara Eifel, banyak tempat yang kita boleh pergi bila jejakkan kaki di sini. Muziumnya sangat banyak hingga tak terhitung. Tak sempat nak jejakpun.




Menara Cinta

Datang anda ke kota ini tidak akan lengkap tanpa memandang menara besi ini. Lebih cantik pada waktu malam sebab dihiasi lampu. Selang masa sejam, lampu yang berkelipan di menara ini akan dipasang. Ramai yang menunggu detik ini untuk ambil gambar.




Arch d Triomphe
Asalnya adalah kubu untuk pertahanan negara ini. Kini ia terletak di tengah-tengah bulatan yang besar dan sibuk. Kalau nak naik ke atas kena bayar lagi (mana-mana tempat pun kena bayar hu hu hu kurus poket bila berada di sini)


Musee Du Louvre
Muzium yang besar. Di sinilah lukisan sebenar Mona Lisa dipamerkan. Kalau masuk, tak pasti berapa hari baru habis jelajah hu hu hu


Porte de versailles

Istana ini juga sangat luas. Taman di kawasan istananya lagiiiiiii luas, sesayup mata memandang. Bila balik dan tengok semula gambar-gambar di sini, barulah aku sedar, rupa-rupanya di sinilah lokasi untuk kolej dalam filem Mohabbatein (gini ke eja?), tempat Shah Rukh Khan dan Aishwarya Rai berlari-lari menyanyi. Tetiba je rasa nak pergi beli DVD filem tu semula.




Notre Dome

Notre dome adalah sebuah gereja yang sangat besar (bagi aku, tak pernah tengok gereja besar macam tu). Di bahagian bawahnya terdapat kubur yang besar juga. Seseorang yang mati ditanam di kawasan kubur ini untuk tempoh tertentu, kemudian kuburnya akan digali semula. Tulang-tulang tersebut akan dikembalikan kepada waris (sebab kawasan kubur tu tak cukup. Nak letak kubur orang lain pula). Kalau nak masuk ke dalam gereja ni kena bayar dan beratur panjang, nak masuk ke kawasan kuburpun kena bayar juga hu hu hu tapi masa aku pergi tu, tak payah beratur panjang. Namun sebab harganya yang mahal, rasanya tak perlulah masuk sebab bila masuk sahaja ruangan berkenaan, bau yang semacam menusuk ke hidung. Maklumlah, kawasan kubur yang digali kan…

Pandangan depan

Dari sudut sisi di seberang sungai


Dari belakang...seni binanya memang mengagumkan!


Dari Paris kami ke Amstardam. Singgah seketika di Universiti Leiden. Belanda memang negeri Kincir Angin yang sangat cantik. Setiap sudut negeri ini snagat cantik untuk dipotretkan. Tak lupa juga kami jenguk tulip yang masih lagi segan-segan nak memunculkan diri. Waktu ini musim bunga baru menyelakkan tirainya. Tak banyak bunga sudah berkembang hanya kudupnya sahaja yang kami jumpa. Suhu di sini masih sangat sejuk siangnya, malah cecah 0 darjah pada waktu malam. Ohhhhh sangat sejuk sampai gigil-gigil bulu roma ;)



Pergi Amstardam, tak sah kalau tak masuk sini...


Seterusnya perjalanan diteruskan ke German dan kembali semula ke Paris dua hari kemudian. Merasa jugalah kami naik keretapi PELURU (ICE) yang hanya mengambil masa lebih tiga jam sahaja berbanding lebih 12 jam kiranya menggunakan bas.



Itulah secebis pengalaman manis sepanjang 11 hari berada di sana. Maaf, tak sempat nak tulis panjang-panjang. Jamu ajelah mata tengok gambar ya ;)
Mengenai Penulis Entri Ini :
Anyss juga penulis untuk blog Saat Kau Sentuh Hatiku. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Khamis. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Anyss. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Cinta Ini.. .

1 comment:

Kak Mahh said...

Ooooo...setiap Khamis ada entry baru yer.