Monday, May 9

Nama Bank Sama


Sejak akhir-akhir ni banyak sangat kan website / program internet yang based on cash gifting segala benda tu. Senang cakap, money game la. Memang web / pogrem2 camni ada produk, tp lebih difokus kepada head hunting kan?


Tgk saja cara pemasaran (kah3) geng2 LOGIN FB DPT 100. Spamming, unnecessary tagging kat album gambaq duit kipas (yg of coz, hanya shared / copied from other people), dan hype yg nampak gila2 punya 'melatah' dan kejakunan yg obvious.

Ye lah, zaman skang dah maju, kena lah ada BISNES INTERNET kan? My gawd. Inilah sebabnya makin ramai yg dok terkena sebab byk ikan2 jaws menanti ikan2 bilis masuk mulut. Umpan kata 'MODAL KECIK SEMUA ORG MAMPU' (ceh pegi marmfoos je la), atau dok recycle newspaper cutting "RAKYAT DIMINTA MANFAAT JANA PENDAPATAN", yg best skali guna ayat Irfan Khairi tu yg buat aku tak tahan geli ketiak berfungus nih..


Latest aku 'terserempak' dgn satu web menggunakan nama bank tempatan. Ya, betul. Aku tak amek kesah sgt la. Then sorang kawan aku lak tanya aku pasal benda ni, dia nak kepastian. Ya, ini tandanya nama web itu mengelirukan ramai lg pengguna fb kat malaysia ni. (Yelah rakyat kita kan pengguna fb terulung).


Ni sepatutnya rupa web sebenar bank yg betoi :



Tapi kalau diubah skeeeet je kat bhgn url, hgpa akan landed kat page ni :



Beza gila kan? Tapi nama sama.


Tengok la kalau awai2 depa dah cuba mengelirukan orang yg tak alert utk investigate, apatah lagi kalau dah join kan? Mungkin ada byk masalah nanti. Sori aku tak mau dengaq sapa2 mengaku BERJAYA dengan progrem2 headhunting berselindung balik produk tahicks, ok?


Cuma apa yang aku pesan, hentikan penipuan, dan sesapa yg rasa dah tertipu tu, hgpa sepatutnya lindungi kwn2 atau sedara mara dari terjebak cam hgpa bukannya tolong pelingkop depa semata2 nak untung sorang diri. Berniaga ada steps yg betul dan cara promosi yang betul. Jangan pakai hentam ja semata2 nak duit ber'infiniti'. Sila korek tanah dan masuk dlm lubang, pastu kambus sendiri. Jimat sket oksigen kat dunia ni :D
http://tupaikaran.blogspot.com/2010/06/nama-bank-sama.html


Mengenai Penulis Entri Ini :
Tupai Karan juga penulis untuk blog @hatitupai. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Tupai Karan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Pempuan Kalau Bergambar... Heiii.

3 comments:

Zulkifly Omar said...

aku x suka benda2 ni.. xcaya langsung pasal bleh kaya2 cepat ni.. nampa beno nipunya..hahaha

kusut said...

last aku cek la kan, pyramid scheme ni bukan termasuk dalam kategori rezeki halal. banyak aku tengok kat FB tu jelas2 la pyramid.. ade hati jugak diorang nak kata 'bukan skim cepat kaya'.

lebih facepalm lagi bile diorang guna 'Alhamdulillah' banyak2 kali.

duit banyak ilmu takde = fail

Anonymous said...

macam2 cara orang nak menipu skrg ni