Monday, May 23

Penyakit Blogger


Nak jadi blogger popular? Nak tingkatkan mutu penulisan? Maka elakkan dari penyakit-penyakit sebegini

1) COPY PASTE INSTEAD OF SHARING
Bila terbaca artikel yang menarik di mana-mana, maka hangpa rasa patut sampaikan kepada pembaca hangpa.

Jadi dengan sewenang-wenangnya artikel itu hangpa copy dan paste dalam blog. Tu dah jadi satu penyakit yang tak mustahil akan sebati dengan diri hangpa. Lama kelamaan ia akan bagi kesan negatif kepada kualiti penulisan hangpa.

Sebaliknya kalau hangpa selitkan link ke artikel tersebut dalam entri hangpa, pembaca akan lebih hargai kesudian hangpa berkongsi. Come on, everything on the net ada URL kan?

Contoh ayat yang diselitkan link :

Penat aku bila tengok banyak blog dah mula guna bahasa kasar. Aku terbaca pasal sikap blogger kaki carut dan aku setuju gejala ni makin menjadi-jadi sekarang.

2) PLAGIAT IDEA TANPA BAGITAU SUMBER
Sama dengan point no. 1, hangpa baca something, wow menarik. Heh aku nak tulis pasal ni jugak la.

Maka satu entri baru terhasil selepas diinspirasikan dari artikel tersebut. Namun untuk membuatkan pembaca kagum, langsung hangpa tak mention sumber mana hangpa gunakan sebagai rujukan. Seolah-olah semuanya lahir dari otak hangpa sendiri. Bagus betul.

Walaupun entri hangpa telah diubahsuai dengan perasaan "I can write better than you", lebih meriah entri hangpa tu kalau pembaca boleh view sumber asal. Biar pembaca nilaikan sendiri kebolehan hangpa mengolah isi yang sama dengan gaya penulisan hangpa.


3) FULL COPY PASTE
Sama jugak dengan point 1) di mana ada artikel menarik yang hangpa ingin kongsikan kepada pembaca. 100% artikel itu hangpa paste dan demi nak tunjuk kesudian hangpa sharing, maka diletakkan link ke sumber asal di bawah entri hangpa.

What's the point? Dah baca full kat blog hangpa so apa makna lagi pembaca nk baca benda yang sama di link sumber tu?

Kurangkan sikit tampal menampal ni. Kalau nak tampal jugak, cuma preview sebahagian kecil dari artikel tersebut. Misalnya ambil satu perenggan saja dan selanjutnya benarkan pembaca baca dari sumber tu.

Contoh copy paste seperenggan :
...Pernah dengar Blogwalking Manegement? Aku dapat idea ni setelah aku agak kelamkabut untuk blogwalking ke setiap blog yang telah aku follow. 10 blog bermaksud 10 entry kena baca dan tinggalkan komen. Kalau 20 blog? 30 blog? 100blog? Blogwalking Management ni bukan sekadar cara macam mana korang singgah ke satu-satu blog tu, tapi macam mana nak manage korangnya masa blogwalking ... (baca sepenuhnya di sini)

4) LEMAH KEMAHIRAN KOMEN
Satu lagi kaedah meningkatkan mutu penulisan, bukanlah sekadar di blog hangpa saja. Hangpa boleh praktikkan dengan tinggal komen di blog orang lain.

Namun banyak pulak kelemahan dalam operasi komen mengomen ni. Kalau lama-lama dibiarkan maka bagaimana hangpa komen sekarang, macam tu lah jugak sampai berbulan-bulan.

Kalau nak tahu tentang kelemahan dalam kemahiran mengomen ni sila terjah entri aku : 6 Perkara Patut Elak Bila Commenting


5) BERTUKAR JADI ANON BILA ADA KONFLIK DENGAN PENULIS / ENTRI TERSEBUT
Banyak sangat dah blogger mengeluh kena serang dengan pengkomen anonymous. Sahabat aku, Anyss juga pernah jadi mangsa si anon hasil dari salah satu entrinya.

Persoalannya kenapa arena blogging kita ada orang-orang begini?

Aku tak percaya zaman sekarang surfers "tak ada akaun gmail so kena la jadi anonymous". Sebabnya, bila entri yang dibaca ada kontroversi maka anons pun ramai. Takkanlah tetiba ramai "tak dak akaun gmail" pulak?

Instead of jadi pengomen tak berteloq, jadilah blogger bernama yang menunjukkan keteguhan prinsip. Maksudnya, berpegang teguh pada pendapat hangpa dan lampirkan bukti-bukti kenapa hangpa tak puas hati dengan penulis terbabit.

Mungkin orang tak tahu siapa hangpa di sebalik nama anonymous. Tapi hangpa sendiri tahu perbuatan buruk hangpa dan kualiti hati hangpa. Well, shame on you. Rasa apa? Bangga dapat sakitkan orang lain? Bangga ke "wiiii aku dapat kutuk dia, dia tak dapat kutuk aku balik sebab tak tau aku sapa.. wiii". Adeh.. Macam blogger baru nak amek PMR saja.


Aku sudahi entri ini di sini dulu. InsyaAllah, 5 lagi penyakit blogger akan aku kongsi di giliran entri akan datang kat 100penulis.com ni. Meanwhile feel free to plagiarize this entry ya. Buat banyak-banyak tau point no.2 tu :P


Mengenai Penulis Entri Ini :
Tupai Karan juga penulis untuk blog @hatitupai. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Tupai Karan. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah 6 Perkara Patut Elak Bila Commenting.

6 comments:

misz myza said...

oh yg point no 1 tu,seboleh2 nye mmg me elakkan.. mcm simple sgt lak keja, artikel best, copy, paste then publish..

therosputih said...

serius aku setuju gile ngan point last tu...bila bab komen yang ada bau2 tak puas hati, mula ah bertukar jadi cik anony, pelik2....

dah buat, sendiri tanggung la, ni tak...dah baling batu, sorok2 tangan plak...

betoi2 nak amek pmr ke? aku takut baru nak masuk tadika pun tak lepas lagi...

Kyra Ismera said...

suka entry ny..sekarang rmai blogger ingt dgn mencarut mereka nmpk cool..pdhal tak pun

amry said...

pergh!!memang tarbaik la entry ni...aku pun tak terfikir topik ni...

copy paste tanpa beritahu sumber dari mana......jangan malukan diri sendiri..kena ada yang tanya lebih detail tentang isu tu..tak tau nak jawab cam ner?tak perlu jadi hero la....just be ourself...betul ke BI aku ni.hehe

err..ada juga entry aku terselit...tq tq....tak sangka den...tq juga sebab selitkan link aku...tengok2..kan dah mengeratkan lagi siratulrahim antara blogger kalau saling sharing..sharing yang sah la yer.heeee

Anonymous said...

assalam...masih ramai yang tak faham konsep duplicate content dan kesannya...sebab tuu suka hati jer copy paste...aku dh malas nak pi tuntut balik entri copy paste...google pun bijak, dia tau mana copy mna ori...

Shiqin Sunshine said...

assalam hai...huhu....seb bek takda lagi penyakit ni....eyh2 num 2 tu macam ade kat sesetngah N3 sayala..adehhh, kekadang dah syok duk plagiat+edit sikit2 mengenai fakta lupo lak nak tulis sumber...heheh...=p