Monday, May 9

situasi di kedai mamak.


Assalamualaikum readers :)

Korang selalu lepak kat kedai mamak kan? Perkara biasa korang buat di kedai mamak nak tahu tak apa?


  • Akan memilih duduk di luar kedai dengan alasan senang nak tengok TV subsidi yang selalu dipasang dengan layar besar
  • Jika kawan-kawan ramai, korang akan suka-suka buat meja tu macam rumah sendiri dengan menyambung-menyambungkan meja seperti permainan lego
  • menyuruh pelayan mengelap meja dengan harapan meja yang korang duduk tu sama bersihnya seperti meja yang baru dibayar deposit
  • gemar bertanyakan menu kepada pelayan sedangkan korang dah tahu ia tiada beza dengan kedai- kedai mamak lain dan korang memang diiktiraf sebagai pelanggan tetap oleh tauke kedai tersebut
  • suka melihat gelagat pelayan dengan menyuruh mereka masuk acara lari berganti- ganti, bermula dengan memesan makanan, mintak sudu, kemudian garfu, lepas tu tisu dan diakhiri dengan air kosong. Mintak sekaligus tak boleh ke?
  • Sesaje menguji kebolehan kira-kira yang dimiliki oleh mamak tersebut dengan menyuruh mereka mengira bil berkali- kali tapi akhirnya korang jugak yang akan merana kerana harga yang dikira makin naik.
credit; Sabrie Sab, Ujang Mei 2011.

Mengenai Penulis Entri Ini :
afifaa. juga penulis untuk blog .wilayah afifaa.. Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label afifaa.. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah DAY 24; A letter to your parents.

2 comments:

Zulkifly Omar said...

hahaha ni la realitinya kalau p kedai mamak.. walaupun aku jarang2 duduk sana.. hehe

kusut said...

lepak mamak ok je. tapi bile datang satu group yg takleh cakap slow2, tak reti gelak normal sound level. sakit otak sungguh.