Tuesday, May 3

tips (berguna untuk aku) dalam kehidupan sehari-hari. lalalala... o_Ov


Untuk entri kali ini aku hendak berkongsi sedikit tips yang berguna untuk aku, tapi tak tahu lah sama ada korang semua boleh gunapakai jugak atau tak. Sebarang kemalangan yang korang alami ketika mengikut tips-tips ini adalah bukan tanggungjawab aku okay. Hehehe...

Anyways... cedidaut!



  1. kalau ke salun utk potong rambut, make sure JANGAN silang kaki masa hairdresser tu tgh potong rambung korang. nanti klu korang silang kaki, rambut kat belakang (bahagian yg dekat dgn kolar baju) akan senget meninggi.
  2. masa blow-dry/flat-iron rambut, bahagikan rambut kepada 6 sections kecil di kepala dan mula dari bahagian paling hadapan (dua sections yg atas dahi korang ittew) dan mula bergerak ke belakang. bukan apa, selalunya iron/blow-dry rambut sengsorang ni meletihkan so kalau mula dari depan by the time korang sampai ke tengah korang dh lenguh dan malas dah. betul tak? hahaha...
  3. masa pakai product mcm conditioner atau styling gel, tundukkan kepala dan mula sapu dari belakang rambut, sisir guna tangan ke bahagian hadapan. orang selalu salah anggap mula dari depan ke belakang. sebenarnya cara macam ni salah sbb nnt product tu akan byk kat bahagian depan je dan tak sekata. lepas dh ratakan product rambut (cthnya gel rambut ittew) baru gayakan rambut dan kemaskan dgn tambah gel secukup rasa ikut gaya korang ittew. 
  4. kalau korang alami cirit-birit, ubat paling efektif bg aku adalah perut yg kosong dan setin coke. seriously. jgn makan apa-apa dan minum satu tin coke. lps tu rest. insyaAllah cirit-birit stops almost immediately.
  5. panadol lebih berkesan kalau diambil dgn 100 plus. ini ubat demam paling ampuh sekali! lol.
  6. bg yg lelaki, cukur jambang, janggut secara menegak iaitu mulakan dari atas ke bawah. ini adalah utk elakkan daripada ingrown hair tumbuh. amende tu ingrown hair korang tanya? ha google la sendiri. hahaha...
  7. kalau mencukur, adalah paling efektif dan senang selepas cuci muka, seelok-eloknya perkara terakhir yg korang buat ketika di bilik mandi. ini adalah sebab masa bulu-bulu atau rerambut kat muka korang tu adalah dalam kondisi paling lembut.
  8. aku kadang-kadang suka gunting rambut sendiri, yanow... just a quick trim je. JANGAN gunting rambut ketika rambut dalam keadaan basah. ini adalah kerana bukan sahaja akan merosakkan struktur rambut tetapi nanti bila rambut dah kering, sebenarnya ia akan nampak lebih pendek. so kalau byk korang potong masa basah, sebenarnya rambut korang dh terlebih potong daripada kepanjangan yg korang nak.
  9. uncang teh sebenarnya boleh digunakan paling minimum dua kali sebelum ia boleh digunakan. INI SERIUS!
  10. vaseline merupakan pelembap paling best sekali yg pernah aku jumpa. sapu sikit pada bawah mata dan kelopak mata, bibir, siku, lutut dan tumit sebelum tidur. hasilkan memang mengagumkan. esoknya bibir tampak merah segar, mata takde kesan lebam dan kulit rasa licin berpelembap.
Ha, cukuplah 10 tips yg aku amalkan aku kongsi dengan korang. Kalau ada apa-apa tips yg korang nk kongsi, tinggalkanlah kat bahagian komen kat bawah tu eh? Thanks.



Sedikit Cuplikan Tentang Makhluk Aneh Ini:

shandye
juga kerap menceceh tidak tentu hala di Monyet Merah Jambu Menulis. Setiap Selasa makhluk aneh ini mesti mahu membebel di 100p. Dia juga rajin melepaskan burung-burung biru di Twitter. Klik label shandye untuk membaca semua bebelan makhluk aneh ini di 100p. Makhluk aneh ini juga menulis monyet.merah.jambu.menulis dan lelaki [tanpa] emosi. Kthnxbai
!

3 comments:

nn said...

yang 10 tu memang terbaik.

tapi pasal gunting rambut tu kan, kalau pergi salon memang dia potong time rambut basah kan? tapi memang lepas tu rambut lagi pendek bila dah kering -_-

*banyak betul tapinya.

shandye. said...

hairstylist mmg potong rambut masa tgh basah sbb diorang dh buleh agak bila rambut tu kering dia akan jadik remain panjang mana. ini aku taw daripada conversation aku dgn my hairstylist (waa... menggunakan perkataan my mcm diva sangat rasanya. lol) nmpk sgt aku kuat sembang masa tgh kena potong rambut. lalala...

Jue said...

agree ngan no.8 coz im so into this hair style, cut pe etc lah
i love everything about hair hihi
brg penjagaan rambut lg byk dr muka hoho

and no.10 mmg terbaek kan vaseline tu
bibir kering pun tiada lg! **chewah!**