Monday, June 13

Adakah Bersendiri Solusi Kepada Permasalahan Cinta?


Mei lalu saya tidak menyumbang sebarang entri. Jun ini wajar saya menulis untuk 100Penulis. Soalnya perkara apa yang saya harus kongsi dalam entri ini? Memandangkan saya ada membaca entri [saudari Rosputih] perihal ["Antara Sahabat dan Cinta"], tidak salah jika saya menulis sedikit kesinambungan tentang hal cinta.


Cinta kadang-kala meletakkan kita dalam keadaan yang "complicated" seperti yang ditulis oleh saudari Rosputih. Memang kadangkala sesuatu yang menakjubkan bagaimana perasaan boleh berubah dari kekasih hati kepada sahabat.

Maka adalah sedikit drastik jika saya katakan solusi termudah ialah kekal "single" kerana kamu akan punya kebebasan yang lebih. Tidak terkawal dan tidak sukar membuat keputusan. Tidak terikat dengan kehendak orang lain.

Nampak dan bunyinya mudah bukan? Tetapi hakikat kekal hakikat betapa manusia mesti hidup berteman. Jika tidak kesunyian adalah umpama pisau tajam yang menghiris-hiris hati tanpa belas. Maka apakata jika tidak perlu kekasih hati, hanya sahabat sahaja? Apakah itu akan menyelesaikan masalah cinta dan kesunyian pada masa yang sama?

Setiap perkara yang seronok dan sedihnya. Soalnya ialah bagaimana kita "cope" dengan setiap masalah yang timbul daripada sesuatu perkara itu. Cinta memang indah tapi kadangkala membunuh. Sendiri memang membawa kebebasan tapi ia juga boleh membunuh.

Pilihan kamu?


Mengenai Penulis Entri Ini :
Fyzal juga penulis untuk blog Fyzal's Territory Anda boleh mengikuti beliau di sini pada setiap Isnin dan di Twitter. Untuk membaca semua hasil penulisan beliau di blog 100penulis.com, anda boleh klik label Fyzal. Entry terbaru di blog beliau ketika ini ialah Perjanjian Perikatan Anglo-Portugis 1373 | Perjanjian Tertua Yang Masih Berkuatkuasa Hingga Sekarang

No comments: